Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

08 Ogos 2012

Cencaru Sumbat Untuk Sahur

Gigih tau malam tadi lepas berbuka menyumbat cencaru tu.  Lepas berbuka aje terus keluar kan ikan.  Kelapa dah siap beli sebelum balik rumah.  Isi tu aku masak dulu lepas tu baru sumbat kat ikan.  Balutkan dengan aluminium foil, sahur tu bibik masak aje terus atas kuali leper.  
Okeyyy tu ajelah lauk sahur yang aku buat.  Sebelum ni semua panaskan aje lebihan dari berbuka.  Resepi ambik kat rumah kak amie, tq kak.

20 April 2011

Siakap cacamarba

Walaupun minggu lepas aku kurang sihat sebab demam+selsema+batuk, tetapi bab masak memasak tetap di teruskan jua.  Sejak demam ni, tetiba pulak TER rajin nak masak...ni menu dinner hari Jumaat.  Sebenarnya aku pun tak tahu nak masak apa dengan ikan ni.  Asyik2 resepi yang sama aje.  Resepi apa tu?  alaaaa...asyik2 sambal..asyik2 sambal...
Hari tu ntah mana datang idea nak cuba2 mereka cipta resepi sendiri...Yang sebenarnya aku nak perabiskan serai, halia dan lengkuas masa buat rendang hari tu.  Semua bahan tu aku blend sekali dengan bawang.  Macam nak buat rendang jugak cuma tak taruk rempah rendang aje.  Bila dah masak rasa not bad.  Tapi aku kena tunggu komen dari pengkritik tegartetap, sapa lagi kalau bukan en suamiku itu...
Kalau ikut komen Eimran memang sedap aje apa yang ibu dia masak.  Even tengah tumis bahan2 blender pun terus dia ke dapur sebab sedap sangat baunya...Kalau ikut tekak aku ni boleh lah...tetiba malu...hehehe...sedaplah...lepas ni aku nak cuba ikan bawal lak...resepi ni aku main agak2 suka hati aku aje nak letak banyak mana bahan2 tu.  Tak ada khusus byk mana satu2 bahan tu...

13 Disember 2010

Sambal ikan bawal

 
Masak dua lauk ni hari Khamis lepas masa cuti jaga qaseh ngan danial demam.  Di ulangi...masa jaga qaseh ngan danial demam, 'jaga' tu kena bold kan...walaupun 'jaga' anak demam tetap masak ok...bawal masak sambal, alaaa sambal pun nak kecoh...ngan sayur kacang panjang + daging korban yg masih ada lebih lagi tu...tu kira last kopek lah tu...habis dah daging korban...


Yasmin nak interframe.  Gambar super blurr sbb pakai kamera hp cap ayam.  Nnt nk masukkan n3 persiapan ke sekolah yasmin.  Dia nak masuk darjah 1 thn depan.  Skrg ni duk membilang hari bila 31hb nak pergi orientasi sek.  Hari2 duk tanya bila 31hb...naik letih aku nak menjawabnyer, tp kesian lak kat dia, kang merudum jatuh semangat dia, tx mau gi sekolah lak...layankan jerlah...

24 Julai 2010

Siakap Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut



ni menu utk lunch hari ni. baru jer masak. belum makan lagi, sbb nak tunggu en suamiku balik dr kerja. resepi ambik kat blog kak nor@ secubit garam. resepi asal tajuk nyer ikan goreng dlm sos daun limau purut. tp sbb aku gunakan ikan siakap so aku letaklah tajuk ikan siakap. bukan siakap senohong ya...eimran baru jer habis makan, aku tanya, camner sedap tx? dia kata seeedapppp...terima kasih kak nor utk resepi ni. aku letak kat sini utk rujukan di kemudian hari.
Bahan2 :
ikan bawal - aku guna ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut- hiris halus dan di goreng garing
minyak utk menggoreng
bersihkan ikan dan keringkan
salut dgn tepung(kering) & goreng garing
hidang atas pinggan
utk sos:
5 ulas bawang putih-dicincang -sy tumbuk
3 ulas bawang merah-dicincang-sy tumbuk
5 biji cili padi hijau-di cincang-tx ada kaler hijau
5 biji cili padi merah-dicincang-sy letak 7 biji di tumbuk
3 helai daun limau purut-di hiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cwn cuka - sy letak 2 sudu besar
3 sudu besar sos ikan
2-3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cwn stok ayam-(guna air biasa + 1/2 kiub stok ayam)
1 sudu kecil tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
minyak
cara2nyer:
panaskan minyak & tumis bawang putih & cili hingga wangi
masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung
masak hingga mendidih
masukkan bancuhan tepung jagung & biarkan mendidih sehingga sedikit pekat
tuang atas ikan & tabur dgn daun limau purut yg dah di goreng
siap utk di ngap...
Related Posts with Thumbnails