Memaparkan catatan dengan label jemput2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jemput2. Papar semua catatan

04 Julai 2012

Jom Minum Petang

Tea time hari Ahad lepas.  Buat cekodok ni atas permintaan eimran dengan yasmin.  Resepi ni dia orang baca kat dalam buku resepi yang aku baru beli kat sekolah dia orang hari tu.  Petang tu juga buatkan dia orang cekodok ni.  Ada kentang yang didadu, bawang besar di dadu, udang dan aku tambah daun bawang.  Sedap di makan panas-panas cicah dengan cili sos.  Kalau ada cili sos thai tu mesti lagi sedap kan...okey jemput makan...

08 Jun 2011

Jemput2 Udang

Aku buat jemput2 ni hari Sabtu lepas.  Ni pun sebab bw kat blog sapa ntah aku pun tak ingat.  Nampak jemput2 udang ni, terliuq aku...
Aku letak udang frest potong kecik2 + daun bawang + lada hidup merah potong kecik2 jugak.  Sedap cicah dengan sos cili thai. 

14 Oktober 2010

Jemput2


Ini menu sarapan pagi Ahad lepasMemula plan nak buat cam kak ayu s'pore tu punyer jemput2, tp bila aku check bahan, tx ada pulak ubi kentang.  Terus hilang mood nak masak....  tp aku tgk kat freezer ada jagung manis yg dah sebulan aku beli, kononnyer nak buat bubur jagung masa bulan puasa hari tu, tp plan asyik tx jadikkkkk jer...tu yg tx habis2 lagi jagung tu...hari tu separuh dah aku kukuskan, tinggal lagi separuh...
Tetiba jer terlintas kat kepala nak memandai letak jagung kat dlm jemput2 ni...so aku pun campakkan jer lah jagung tu...bila masak not bad jugaklah rasanyer...tp anak2 bertuah aku ni, kalau lain sikit mulalah buat muka pelik, tx nak makan...siap keluar2kan lagi jagung tu...cisss...kang aku boikot tx nk masak baru tau..!

kat dlm jemput2 tu aku tetap letakkan udang geragau jugak tp versi yg kering.  ni pun satu hal jugak...en suami beli  udang geragau ni kat tesco lepas raya hari tu. tp bercampur ngan ikan bilis + kepala ikan bilis sekali...leceh betul nak mengasingkan...

So...jemputlah makan jemput2 saya...
Related Posts with Thumbnails