Memaparkan catatan dengan label cekodok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cekodok. Papar semua catatan

04 Julai 2012

Jom Minum Petang

Tea time hari Ahad lepas.  Buat cekodok ni atas permintaan eimran dengan yasmin.  Resepi ni dia orang baca kat dalam buku resepi yang aku baru beli kat sekolah dia orang hari tu.  Petang tu juga buatkan dia orang cekodok ni.  Ada kentang yang didadu, bawang besar di dadu, udang dan aku tambah daun bawang.  Sedap di makan panas-panas cicah dengan cili sos.  Kalau ada cili sos thai tu mesti lagi sedap kan...okey jemput makan...

24 November 2011

Cekodok Nasi

Di sebabkan cekodok nasi ni buat untuk minum petang, kenalah aku buat auto publish belah petang.  Sekarang ni kan asal petang aje hujan, tak ada chance nak bawa anak2 pergi taman.  Bila dah hujan tu mulalah perut bernyanyi merdu.  Tak tau nak buat apa, buat ajelah cekodok nasi ni.  Sedap di makan panas2 cicah ngan sos cili.  Kalau ada sos cili thai laaaagiii sedap.  Berebut2 kita orang anak beranak makan.  Sekejapan licin lepas tu melopong lak fikir nak masak apa untuk makan malam.  Lagi time cuti sekolah ni, otak asyik fikir nak masak apa next, next, next sampailah malam.


Selalunya aku blend kasar sikit nasi ni, lepas tu buatlah cam buat cekodok biasa tu.  aku suka letak taugeh, kalau ada stok daun bawang masuk sekalilah.  Lepas tu time goreng aku suka biar nipis sikit baru garing.  Seeeedaaappppp...dulu anak2 aku tak berapa suka kalau buat cekodok nasi ni, tapi lepas dua tiga kali buat, okay aje dia orang tak complen dah.

08 Jun 2011

Jemput2 Udang

Aku buat jemput2 ni hari Sabtu lepas.  Ni pun sebab bw kat blog sapa ntah aku pun tak ingat.  Nampak jemput2 udang ni, terliuq aku...
Aku letak udang frest potong kecik2 + daun bawang + lada hidup merah potong kecik2 jugak.  Sedap cicah dengan sos cili thai. 

21 Disember 2010

Cekodok Breadcrumbs??

 Tak taulah kenapa semenjak 2 menjak ni, aku suka betul makan cekodok2 ni, cekodok ya, bukan 'kodok'...minggu lepas jer, breakfast sabtu ahad aku duk buat cekodok, minggu sebelum tu pun hari ahad pekena cekodok gak...aku diserang hantu cekodok kot..muehehe.  Tapi cekodok yg ni ada spesel sikitlah, aku salutkan ngan breadcrumbs.  Idea ni hasil blogwalking kat blog DJ.  Tapi dia buat cekodok pisang, aku nyer cekodok biasa jer...
Breadcrumbs tu dah lama beli, dah nak expired pun.  sib baik boleh guna utk cekodok aku ni.  sedap jugak bila letak breadcrumbs ni.  rangup jer, makan panas2 lagilah sedap...sekejap dah licin...cekodok kali ni aku letak hirisan kobis, udang segar yg dipotong2 kecil ngan bawang jer.  pastu salutkan ngan breadcrumbs tu...jadilah cekodok bersalut breadcrumbs...

23 Jun 2010

Cekodok Nasi

Ni pulak breakfast hari Sabtu. Disebabkan malam tu tx ada sapa yg makan nasi, so nasi byklah yg berlebih. Nak buat nasi goreng, cam tx berapa nak rajin. Lagipun aku dah lama ambik resepi cekodok nasi ni, mintak ampun lagi sekali, tx ingat kat umah sapa aku skodeng resepi ni. Sebenarnya, ini percubaan kali ke 2. Masa yg pertama dulu tx ada blog, so tx letak lah kan. Aku blend nasi + ikan bilis. Bagi tekak aku ni, sedap jer...sendirik buat sendirik lah kena puji kalau tx sapa lagi nak puji...cicah ngan sos cili jer. Kenyanglah sampai tengah hari. Lagipun lepas breakfast tu kitaorg(aku + anak2 jer) balik kg jap sbb nak tempah baju raya.
Related Posts with Thumbnails