Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuffnang. Papar semua catatan

28 Julai 2012

Terima Kasih Nuffnang...Lagi 8.38

 hinggit aje lagi aku nak cash outkan.
BE yang duk berlegar-legar kat blog aku skrg ni.
Syukur atas rezeki yang di berikan...Terima kasih Ya Rabb..

15 Jun 2011

Terima Kasih Nuffnang

Last week aku gi collect ticket wayang ni kat Nuffnang opis kat Jln Yap Ah Shak.  Ni pun secara tak sengaja aku baca kat blog MDT- dah pergi collect tiket ni.  Aku pun apa lagi cepat2lah check gmail aku lak, Alhamdulillah ada...

Terus google kat mana letaknya Jalan Yap Ah Shak ni...tak nak lah sesat barat mencari.  Tahu ajelah jalan kat KL ni bukan boleh suka suki nak buat U turn...Lagi satu kalau pergi dengan en suami, dia tak suka nak cari2, pastikan tempat tu kat mana baru ajak dia...bengang kan...
Masa duk posing2 nak ambik  gambar tiket ni, eimran dah suka nak gi tengok wayang...sibuk duk tanya bila nak pergi, citer apa...Lepas tu yasmin lak tanya, bila nak tengok wayang ?  Kalau budak pompuan tu dah tahu..habislah aku...confirmed 40 kali dia akan ulang soalan...so untuk menyelamatkan mulut aku dari keletihan nak menjawab, tiket ni untuk orang dewasa sahaja...habis kenapa ada 4? ibu dengan ayah, makngah dengan pakngah...keji kan...hahahaha...muka yasmin mulalah kememeh nak menangis...habis budak2 nak duduk mana?  duklah rumah...

Setakat ni belum berkesempatan nak pergi TGV lagi.  Teruja gak ni nak pergi tgk wayang, almaklumlah lepas kahwin terus stop menjejakkan kaki ke panggung wayang ni...kesian kat diri sendiri...

30 Disember 2010

Terima Kasih Nuffnang

Yaaaahoooo..ya bedabeduuuu...1st time okay aku dapat Buffered Earning(BE).  Happy guling2 aku masa tu.  Memang tak sangka betullah boleh ada BE kat blog aku.  Aku pun bukannya reti sangat bab2 BE dengan ME ni.  Tu pun puas nak khatam kat google.  Tapi rasanya hasil dari bacaan dan pemahaman dari beberapa blog yang aku baca, sikit2 tu dah mengertilah...

Mulanya aku memang tak perasan, tapi bila aku tengok asyik iklan yang sama jer menari2 kat situ, aku pun checklah kat dashboard nuffnang.  Ooooohhhh barulah aku faham apa itu BE dan apa itu ME...muehehehe...lepas tu aku boleh lak senyum sorang2, senyum kat diri sendiri...slow bangat nak faham apa itu BE dengan ME...
Memula tu aku tengok ada 2 BE, tapi lepas tu makin meningkat kepada 3 dan terbaru ada 6.  Tapi 3 dah jadi Metered EarningEhhh..betul ke apa yang aku tulis ni...hentam sajalah... Walaupun tak banyak, tapi aku sangat2 bersyukur, sekurang2nya orang tahu juga kewujudan blog picisan aku ni...sob..sob..sob..tetiba jer sedih..

Moga dengan kedatangan tahun baru 2011 ni, makin banyaklah BE yang akan menari2 di blog aku ni..iklan ke apa ni...Sempena tahun 2011 ni, aku mengharapkan semoga mood untuk berblog ni akan terus segar dan mekar selalu, jangan ada yang ke laut lagi.  Aku juga mengharapkan moga tahun 2011 ini menjanjikan kecemerlangan dan  kegemilangan kepada aku sebagai tuan tanah kedaung kat sini...
Related Posts with Thumbnails