Memaparkan catatan dengan label pklg balak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pklg balak. Papar semua catatan

20 Jun 2013

Family Day @ Pklg Balak Part 3

 Nilah kumpulan yang bergelar juara...
 Kumpulan Yasmin di tempat ke 2
 Kumpulan eimran tempat ke 3

syok tengok dia orang ni main volley ball.  memula perempuan mendahului, lepas tu berjaya di cantas dek budak lelaki...last aku pun tak tahu sapa menang.  Aku dah naik atas tengok persiapan untuk BBQ...setakat tengok ajelah...muehehehe...
kalau datang sini, mesti dia orang nak cari remis ni.  macam lala tapi kecil cinonit benor.  Masak pun sama macam lala juga.  
 Ni en suami tengah membakar arang untuk BBQ
 macam-macam ada.  ikan dah semestinya. ketam, udang, ayam & sausage...
 ni breakfast pagi esoknya sebelum balik.  nasi lemak ada ikan masin.
yang ni beli saja, bukan buat...

Danial masa mula-mula tak nak mandi laut kononnya...nanti takut hitam...sekali dialah no.1 yang tak sudah-sudah duk berendam dalam air laut tu.  Hari nak balik tu pun dia sempat jugaklah mandi laut seround.  abang dan kakak tak mandi pun dia tak kisah...asal ada orang kat laut jer, mulalah dia melompat depan aku nak pergi mandi laut...
Lagi satu gambar yang aku captured menggunakan hp pintar.
Dengan ini habislah sudah cerita family day kami.  Aku nak buat entry
untuk majlis walimatul urus anak sedara en suami tu, sekali gambar semua
danial dah delete dari hp aku..ggrrr..geram aje aku...
aku berialah pergi masjid nak ambil gambar dia orang nikah, sekali tengok
semua dah hilang...nantilah aku cilok kat fb in laws aku...
kamera dia orang pun cencanggih...gambar cun meletups...
okey itu aje cerita kali ni, terima kasih datang baca.

19 Jun 2013

Family Day @ Pklg Balak Part 2

Ni game yang kedua.  Lari bawa bola pingpong dalam sudu.  Yasmin dan eimran dalam kumpulan yang lain.  Yasmin entah berapa kali jatuh bola ping pong dia tu.  Bila jatuh kenalah start balik semula.  Dah banyak kali tu, dia pun hangin gaklah...
Ni okey lagi, time dekat nak sampai tulah bola dia suka jatuh...hahaha...saja menguji kesabaran.
Lepas tu tiup belon dan letupkan.  Yasmin memang tiup besar cuma dia tak ikat.  So bila nak duduk kan tu, elok aje angin tu keluar...hahaha...macam kentut!  Bukan meletup pun...

Masa ni dia orang marah kat orang atas yang tak habis-habis duk baling air...sabar ajelah kan...
Ni hamper hadiah untuk pemenang...kerana markah hampir bebenor setiap kumpulan, makanya jenuh jugalah juri mengira dan terpaksa tambah satu lagi game.  
 Inilah game penentu kemenangan.  Penuhkan air dalam bekas tu.

 Larilah dia orang menangguk air
 jenuh gak lah dia orang lari ulang alik ambil air
penuh dahhhh...

Kumpulan mana yang menang tunggulah next entry ya.  Lepas
game ni, dia orang lawan volleyball-lelaki vs perempuan.  
Yang ni aku tak tunggu sampai habis, so tak tahu sapa yang menang.

Terima kasih datang baca.

Family Day @ Pengkalan Balak 8/6/2013

Balik dari Johor kan kita orang tidur kat Pengkalan Balak, Melaka.  Sebab hari Sabtu pagi tu nak menghantar rombongan pengantin bertandang dan sebelah petangnya pulak ada acara hari keluarga.  Balik dari menghantar pengantin tu, Danial memang tak tunggu apa dah, terus tukar baju nak mandi laut.  Aku dengan yang lainnya sempatlah tidur seround.  mengantuk malam sebelum tu tak hilang lagi tau!

Dalam pukul 5 lebih jugalah start family day ni.  Acara yang mula-mula tiup tepung.  Kali ni bukan cari gula-gula tau, cari duit.  Paling sikit rasanya RM 1.  Paling banyak RM 10.  Mula-mula bagi anak-anak kecil yang tiup...kira sekolah rendah dan ke bawah.

 tepung tu bukan sikit-sikit tau...
Danial dan yasmin semangat tu nak tiup tepung.  ni kira 1st time bagi danial masuk acara sukaneka ni...mak dia yang over sebenarnya...hahaha...
 Tiup...tiup...kan dah kata, emak dia yang over...
 Danial yang last sekali...tapi paling berbaloi...
 Dialah yang dapat RM 10 tu...
ni geng remaja pulak...tapi dia orang ni kena lari dulu
pengantin pun termasuk dalam kategori remaja

bab ni yang tak boleh tahan...acara baling tepung...
lepas tu yang kat atas tu pulak duk baling belon air...
 kesian pengantin jadi mangsa balingan tepung

Tu baru 1st game.  Game yang lain ada lagi.  Tapi tunggu
sambungannya.
Sebelum penutup, gambar pemandangan ni aku ambil
menggunakan telefon pintar aje...not bad juga kan???
Siapalah nak puji kalau tak diri sendiri...
Terima kasih datang baca.

27 April 2013

Pengkalan Balak

 Ni adalah cerita super duper basi dah...semua pun dah jadi baja...muahaha.  Kejadian ni masa cuti sekolah bulan March hari tu.  Masa tu akukan tengah di landa demam 'M', tu yang lembab semacam aje nak up cerita ni.  Lepas tu hp aku pun tengah rosak pulak masa tu, tu semualah penyumbang kepada kemalasan nak mengupdate blog...
 Hari tu ada rezeki lebih sikit...hari tulah..sekarang tak ada dah..muahahaha..kita kongsilah dengan adik beradik...sapa lagi lah yang nak share ya tak???  Tapi dah bukan rezeki dia orang nak buat cam mana kan...sudahnya hanya aku dengan kakak aku aje yang ada...Penghujung nak balik tu, makcik ngan pakcik aku sampai...dia orang lah yang dapat berkongsi rezeki aku tu...
 Macam mana pulak gambar tuan tanah boleh terbalik
 pulak ni...ish..ish..ish...
 ni sebahagian dari kanak-kanak yang mewakili ibubapa masing2.  
 Boleh pulak tak ada satu pun gambar makanan...tulah kalau tak ada kamera ni, susah tau...ni kamera kakak aku...tak ada maknanya dia nak ambil gambar makanan tu semua.  Jadi tengok ajelah sirap limau tu hah...Makanan kat sini dah kurengg sikit.  Lepas ni kita orang nak cari port lain pulak.  Banyak sebenarnya kedai ikan bakar kat area Pklg Blk ni.
Yasmin with bibik yang dah nak pulang ke kampung halaman...ada sapa-sapa nak rekomen bibik lain tak?  Aku dah cari pengganti dan dah bayar almost RM2k, tapi dah di songlapkan pulak oleh agent kat sana...Bapak...bapak jawab nanti ya di akhirat!!!

Okey tu aje nak cerita...terima kasih datang baca...

03 Ogos 2011

Makan2 @ Pengkalan Balak

Ni n3 sambungan citer balik kampung ya...sebelum puasa...
Boleh dikatakan tiap tahun kedai nilah yang kita orang terjah kalau nak makan ikan bakar kat pengkalan balak ni...sebelum tu..nilah kali ke 3 untuk tahun ni aku ke pengkalan balak...tapi minta ampun nama kedai memang aku tak tau...hahaha... bengongkan...datang tiap2 tahun, nama kedai pun tak tahu...Ntahlah tak pernah nak ambik tahu pun nama kedai ni...tapi memang dari arwah mak aku ada lagi memang sini ajelah tempat yang kita orang gi makan ikan bakar.
Macam2 ikan ada, bawal, siakap senohong, kerapu, pari n ntah apa lagi dua tiga jenis ikan aku tak berapa nak ingat.  Sotong pun ada jugak, tapi gambar tak tau mcm mana boleh pergi kat bawah sekali...
 Danial pun sibukk aje nak ambik penyepit tu...
 ketam pun ado...
 tahu bakar yang tak berapa nak sedap
 sotong goreng tepung yang sedap
 kangkung goreng belacan yang kurengg...tak order pun tak apa kot...
 siakap tiga rasa yang mabeles
 ikan pari bakar berlada...isi dia punyalah lembut...
 eh mana kepala ikan ni...
 ni hah...pinggan sapa lah ni...
Alhamdulillah...murah rezeki..tahun depan kita ke sini lagi??
 nilah sotong tu, sebelum di tepungkan...

Related Posts with Thumbnails