19 Jun 2013

Family Day @ Pklg Balak Part 2

Ni game yang kedua.  Lari bawa bola pingpong dalam sudu.  Yasmin dan eimran dalam kumpulan yang lain.  Yasmin entah berapa kali jatuh bola ping pong dia tu.  Bila jatuh kenalah start balik semula.  Dah banyak kali tu, dia pun hangin gaklah...
Ni okey lagi, time dekat nak sampai tulah bola dia suka jatuh...hahaha...saja menguji kesabaran.
Lepas tu tiup belon dan letupkan.  Yasmin memang tiup besar cuma dia tak ikat.  So bila nak duduk kan tu, elok aje angin tu keluar...hahaha...macam kentut!  Bukan meletup pun...

Masa ni dia orang marah kat orang atas yang tak habis-habis duk baling air...sabar ajelah kan...
Ni hamper hadiah untuk pemenang...kerana markah hampir bebenor setiap kumpulan, makanya jenuh jugalah juri mengira dan terpaksa tambah satu lagi game.  
 Inilah game penentu kemenangan.  Penuhkan air dalam bekas tu.

 Larilah dia orang menangguk air
 jenuh gak lah dia orang lari ulang alik ambil air
penuh dahhhh...

Kumpulan mana yang menang tunggulah next entry ya.  Lepas
game ni, dia orang lawan volleyball-lelaki vs perempuan.  
Yang ni aku tak tunggu sampai habis, so tak tahu sapa yang menang.

Terima kasih datang baca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails