Hasil rembatan dekat pasar tani prima saujana minggu lepas. Aku suka buah duku ni dan rasanya pun tak lah mengecewakan...manisss...
cantik kan isi dia. sekilo RM 3.50 kalau tak silap. tapi kalau beli 3 kilo RM 10. Disebabkan memang dah lama tak makan buah duku ni, laju aje aku beli 3 kilo.
Yang ni memang di cari everytime ke pasar tani. Talam berlauk. Kali ni beli satu aje... jangan tamak haloba...tu pun dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar!
Tu robot danial aku suruh posing dengan sikat hello kitty yasmin. kat pasar tani ni selambak orang jual barang-barang hello kitty...geram pulak aku menengoknya, tu yang rembat satu sikat kononnya untuk yasmin...ngeh..ngeh..ngeh...dua kali aku ulang kat gerai hello kitty ni...sib baik kuat iman tak tergoda lagi...ehhh mak dia pulak yang lebihkan...okey dah jom balik sebelum tergoda...laju-laju ajak yasmin dengan qaseh pergi gerai lain pulak... hahaha tau takut!!
okey tu ajelah nak cerita. esok sabtu boleh pergi lagi pasar tani...terima kasih datang baca...selamat berhujung minggu.
Memaparkan catatan dengan label prima saujana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prima saujana. Papar semua catatan
08 Mac 2013
18 Disember 2012
Pasar Tani @ Prima Saujana
Pasar Tani ni setiap hari Sabtu. Memang kat sinilah jugak tapak pasar malam hari selasa dengan Khamis. Tapi kalau time pasar tani ni, macam-macam ada. Selalunya aku memang tak habis nak tawaf kawasan pasar tani ni. Mana tak nya, belum apa-apa lagi, kiri kanan menarik ajak pergi ke gerai yang jual mainan...haaisshh...
Kalau ke pasar tani ni, 1st gerai yang kita orang terjah dulu-dulu adalah gerai yang jual ketupat palas...tapi sekarang tidak lagi, sejak lepas raya hari tu muak dah makan ketupat palas...tunggulah keinginan datang balik, harus borong ketupat palas kat pasar tani ni... hehehe...
Sekarang ni anak-anak sibuk nak membeli ayam goreng pak lang pulak. Dulu ayam goreng uncle bob, skrg dah di melayukan...pak lang...tapi lebih kurang aje rasa dengan uncle bob punya. Dah dapat makanan yang dia orang nak, suruh beli air pulak...pagi-pagi dah minum ais...
Pokok bunga pun aku teringin nak tanam, tapi en suami selalu pangkah bila aku tunjuk nak beli...ggrrrr...
Kalau ke pasar tani ni, 1st gerai yang kita orang terjah dulu-dulu adalah gerai yang jual ketupat palas...tapi sekarang tidak lagi, sejak lepas raya hari tu muak dah makan ketupat palas...tunggulah keinginan datang balik, harus borong ketupat palas kat pasar tani ni... hehehe...
Sekarang ni anak-anak sibuk nak membeli ayam goreng pak lang pulak. Dulu ayam goreng uncle bob, skrg dah di melayukan...pak lang...tapi lebih kurang aje rasa dengan uncle bob punya. Dah dapat makanan yang dia orang nak, suruh beli air pulak...pagi-pagi dah minum ais...
Pizza pun ada, tapi aku tak pernah cuba lagi.
Sebelah pizza tu lah gerai pak lang..
Lagi satu pot yang aku suka nak terjah kalau ke pasar tani ni, kat tempat pokok-pokok ni. Tapi tak tulah, tak ada tempat nak tanam kat rumah...gila tanam pokok durian depan rumah...kalau rumah kat kampung okeylah...Pokok bunga pun aku teringin nak tanam, tapi en suami selalu pangkah bila aku tunjuk nak beli...ggrrrr...
Budak kecil ni lah yang paling teruja tiap kali ke pasar tani ni. Mata dia nampak aje kalau ada objek upin ipin...minggu sudah dia suruh beli tikar gambar upin ipin, aku tak layan, minggu hari tu pun dia suruh beli patung upin ipin yang dia pegang tu...sama juga...aku tak layan...lepas tu nasib baik yasmin menyelamatkan keadaan...dia sakit perut, aku pun laju aje buat kelam kabut masuk kereta...hahaha...kesian qaseh tak sempat nak menangis sebab tak dapat upin ipin dia...reaksi muka dia cam pelik aje bila kita orang kelam kabut masuk kereta...fuuhhh selamat ahkak...
Tapi tulah aku ni tak sampai hati...kejam tu memanglah kejam...tapi bila anak dah minta tu teringat-ingatlah juga ketidak sampaian hajat di hati dia orang tu kannnnn...suka atau tak aku belikan juga tikar upin ipin yang dia nak hari tu...melayang rm aku...
Banyak lagi sebenarnya gerai-gerai kat pasar tani ni. tapi dah sibuk tertoleh kiri kanan tak sempat nak ambil gambar...
okey tq for reading...
Labels:
pasar tani,
prima saujana
19 November 2012
Chicken Wing
Beli kat Pasar Malam Prima Saujana hari Khamis malam Jumaat lepas. Al maklumlah baru balik dari cuti-cuti Malaysiakannnn...kepenatan kononnyaaaa...ajaklah pergi pasar malam, nasib baik ada pasar malam hari tu..ngeh..ngeh..ngeh...
Jarang-jarang jumpa orang jual kepak ayam ni. Dulu kalau pasar malam hari Khamis ni kita orang suka beli ayam uncle bob. Tapi hari tu memang tak ada pulak orang jual ayam uncle bob ni, nampak kepak ayam ni...bolehlah kannnn.
Sedap jugak, boleh lah beli lagi nanti...
Gambar2 kat Langkawi dah dapat, rasa macam nak kena resize lah. Sebelum tu jamulah dulu ngan chicken wings ni hah.

chicken wings,
pasar malam,
prima saujana
01 Ogos 2012
Ayamas@Prima Saujana
Sukanya hati kita orang bila nampak kat Prima Saujana dah ada ayamas. Dulu ada satu kedai kat kajang, tapi dah tutup. Lagi satu aku selalu beli dulu kat Balakong pun dah tutup. Lagi satu kat Bt 9, hah yang tu masih wujud lagi. Dulu aku memang selalu beli yang dekat Balakong, tapi sejak Balakong tutup, kita orang beli kat kajang. Bila kajang tutup, lamalah dah tak makan ayamas. Rasanya last year kot masa balik berbuka kat kampung...malas pulak nak mencari entry lama tuh...kini baru dapat menikmati lagi...lama kan...
Kebetulan tengah ada promo kombo ramadhan. Beli dua ekor for RM 50 dapat 2 botol air 100plus. So aku pun rembatlah percik ngan blackpepper. Beli masa hari Ahad hari tu...lagi setengah jam nak berbuka baru geh geh nak pergi kedai ayamas.
Danial aje rembat 3 ketul peha ayam tu. Suka betul dia ratah cam tu aje. Yang lain-lain makan dengan nasi panas...dap..dap...
Sekarang ni ayamas dah ada delivery. Bagus bebenorlah tu. Masa pergi hari tu aku adalah ambil flyer ayamas ni, ingat nak save no. deliver kat hp, tapi tak buat-buat lagi. Semalam danial terjumpa flyer tu, tunjuk kat aku suruh call...pandaikan budak-budak sekarang... sesedap rasa aje suruh makpak dia orang call...

ayamas,
prima saujana
23 Mei 2012
Zee Zee Cafe @ Prima Saujana
Ya ampunnnnnnnn tak ingat lah pulak bila masa menjamu selera kat Zee Zee Cafe ni. Rasanya awal bulan hari tu...memori dah low...Sebenarnya nak cerita...dah lama cafe ni buka kat area Prima Saujana ni. Aku rasa cafe ni antara kedai makan yang mula-mula buka masa Prima Saujana nak membangun dulu...Sekarang ni kawasan ni memang membangun sangat sangat...Agaknya adalah 5 tahun dah kot. Tapi baru hari tu aku and family pergi makan kat situ. Sungguh kami ni ketinggalan...
Masa kita orang pergi tu, memang penuh kedai ni...sebab waktu lunch. Ramai wa cakap lu...Dan kedai ni pun pernah keluar kat Jalan-jalan Cari Makan TV3. Plak JJCM tu ada tapi dia gantung tinggi bebenor... Sebenarnya aku nak rasa asam pedas yang di gembar gembur kan sedap kat sini...Tapi gambar asam pedas tu terlupa pulak nak ambil...sebab dah tak sabar nak merasa. Masa sampai tu berasap-asap lagi...fuhhh terliur dah...memang sungguh bagai di kata...sedappppp. Kita orang ambil asam pedas ikan pari. Untuk anak-anak aku ambilkan ayam kampung goreng.

Lepas tu tambah dengan dendeng ni. Dendeng ni sedap tapi sedikit pedas. Overall memang semua licin lah. Kenapa aku kata sedap...pasal en suami makan bertambah. Tak pernah dia nak makan nasi bertambah tau...kena asam pedas kat Zee Zee ni, boleh pulak dia ambil nasi yasmin yang tak habis tu.
Gambar air pun tak ambil dan dah tak ingat minum air apa kat sini. Yang ingat anak-anak minum milo ais...
Labels:
lunch,
prima saujana,
zee zee cafe
Langgan:
Catatan (Atom)