Memaparkan catatan dengan label rambutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rambutan. Papar semua catatan

08 Disember 2012

Buah-buahan Tempatan

kat Malaysia tanah tumpahnya darahku...sekarang ni memang melambak-lambak durian kan...hari tu aku ngan kakak akulah pergi makan durian kat Pandan Jaya nun.  Ambik 3 biji aje RM 20 itupun tak habis.  Lepas tu kita orang siap beli untuk buat tempoyak lagi.  Aunty tu jual sekilo dalam RM 3/ aku tak beli, kakak aku aje yg beli nak buat tempoyak, nnt kalau nk aku 'pau' ajelah dia punya tempoyak tu...
 Kat situ pun ada jual rambutan dengan manggis.  
Elok-elok pulak manggis dia.

 aku suka kalau manggis yang kulit dia cam ni
yasmin termenung sementara menuggu durian...
kat belakang tu lagi banyak durian...nak D24, musang king...semua ada...
Jom makan durian..manggis dan rambutan jgn dilupakan...
tq for reading

02 Julai 2012

Rambutan oh Rambutan

Pagi Ahad lepas kenduri tu kita orang pergi pulak rumah mak sedara aku kat kampung permatang pasir.  Apa lagi kalau tak mengambil rambutan ni.  Cousin aku siap angkut anak-anak buah ngan anak aku sekali nak suruh ambil rambutan.  Aku datang kemudian pasal Danial menangis nak ikut dia orang.  Sudahnya tak pasal-pasal en suami memanjat pokok nak kait rambutan.
Anak-anak duk kutip kat bawah.  Bertuahnya budak-budak ni, masing-masing duk sibuk mengambil untuk mak dia orang aje...so mana buah yang gugur di kait dek pakndak dia orang tu, berebut-rebut dia orang yang kat bawah ni ambil...sabar ajelah aku...
ni mak lang ngan pak lang aku tuh tengah nak sisir pisang.  kat rumah aku pisang tu dah selamat di makan gitu aje oleh anak-anak aku.  Qaseh siap cakap lagi, jom pergi rumah nek lang...ambil pitang...
 qaseh pun rajin tolong kutip rambutan...kak waaa..ko jadi mandur aje ke????
 nampak tu, my laling tengah kait rambutan kat atas pokok...
larat ke tak nak angkat tu...
masih menggunakan galah untuk meninggikan dahan-dahan yang terkulai layu menyembah bumi...

01 Jun 2011

Rambutan

Dua kali dah beli rambutan kat pasar malam.  Danial suka betul.  Kalau dia ikut pergi pasar malam tu, lepas tu dia nampak ada rambutan, siap tarik2 lagi tangan aku ni suruh beli.  masa aku beli memula hari tu 2 kilo RM 10.  Tapi yang ni en suami beli 2 kilo RM 12.
Dah dua kali beli rambutan ni, dua kali jugak aku tak makan walau sebijik pun.  Macam tak selera nak makan rambutan siam ni.  Aku nak makan rambutan kat kampung....ntah ada rezeki kitaorang ntah tidak...
Related Posts with Thumbnails