Memaparkan catatan dengan label sup daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sup daging. Papar semua catatan

25 Februari 2012

Dinner Berkurun Lama dah...

Memang dah lama bebenor makan malam ni.  Rasanya masa Chinese New Year hari tu.  Ayam tu di goreng garing...lepas tu tabur kan aje dengan parutan epal hijau kalau tx silap aku.  Dengan lada hidup merah tu sekali.  Aku pun tak berapa nak pasti sebab bukan aku yang masak.  Ni air tangan en suami. 


Lepas tu anak-anak request nak makan ala-ala shark fin sup yang makan kat Homst hari tu.  di sebabkan en suami seorang yg kretip, maka terhasil lah sup yang memang 100% cam kat Homst tu pada anak tekak kita orang lah....  Sedap dan memang licin di kerjakan kita orang anak-beranak.
Nilah ghopernya sup ala-ala shark fin tu.  Shark fin memang tak adalah kat dlm sup ni.  en suami letak isi ketam.  Kiranya dah dua kali lah kita orang buat sup ni kat rumah.  Sekali lagi masa cuti Maulidur Rasul hari tu.  Itu pun atas permintaan eimran dan isi ketam pun memang ada lebih masa tu.


Nak jemput makan dah habislah pulak...jemput tengok gambar ajelah ya.

19 Julai 2011

Dinner @ home

Ni lauk dinner Jumaat lepas.  tempoyak colek, terung goreng berlada dengan sup daging.  sup daging ni aku beli masa lunch kat opis.  sedap pulak, terus tapau untuk anak2 terchenta.

 tempoyak baru
terung ni dah selalu gak aku buat.  kali ni aku letak perencah udang kering.  sedap gak.  resepi sendiri sesedap rasa aku aje.  terung tu aku bakar dulu atas kuali.  Aku letak minyak zaitun sikit aje.  sebab minyak zaitun aku pun dah nak habis...pakai minyak masak biasa pun ok jer...
sup daging ni memang sedap lah.  daging pun lembuttttttt aje...terselit2 celah gigi yasmin yang jarang tu...satu kerja pulak aku nak mengoreknya...tak perlah nak...janji korang nak makan...
Related Posts with Thumbnails