Memaparkan catatan dengan label vietnam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vietnam. Papar semua catatan

16 April 2016

Jalan-Jalan Vietnam 2016 Part 2

 As salam.  Suka tak bila ahkak rajin update blog?  Sila komen suka ya....hahaha..Sekarang ni kat FB semua macam tu kan...
Kali ni aku tunjuk hasil rembatan jalan-jalan di Vietnam pula ya.  Sebab pergi kali ni memang tak ada lawatan sambil belajar ya.  Kita orang sampai terus terjah Bent Thant market.  Aku  memang nak beli kain untuk baju raya anak beranak.  Alhamdulillah berjaya jumpa kaler yang di cari.  Misi kedua mencari lace.  Hari pertama memang tak jumpa langsung orang yang jual lace.  Padahal tahun lepas, dekat kaki lima Malaysian Street tu aje orang jual lace.  Hari kedua baru aku jumpa kedai yang jual lace.  Mana nak nampak sebelum ni sebab dekat depan kedai jual buah-buahan...aduhaiii...memang aku tak jelinglah kannnn...Lace yang kat atas tu bukan aku punya ya...
 Eimran awal-awal dah pesan suruh belikan topi...last year pun beli juga, tapi dah di rosakkan oleh danial.  Hangin satu badan dia.  Malam pertama tu aku dah belikan siap-siap kat pasar malam.  Topi tu rm 10 selepas sesi tawar menawar.  Nak menawar kat sini hati kena keras sikit ya.  Track suit tu pun sama...tapi kali ni kedai lain.  Aku cari kedai yang aku beli tahun lepas, macam dah tak ada.  Yang ini pun harga berpatutan. Bila dah balik rasa menyesal pula belikan sehelai aje...Patut borong 10 helai...hehehe...
Kalau ikutkan aku pun nak beli blouse kain lycra macam ni.  Tapi tak berkenan pula corak kali ini.  Aku belikan untuk orang yang mengirim saja.  Itupun kirim dengan duit ringgit. Kalau kirim kosong...minta maaflah ya.
Jadinya blouse untuk diri sendiri tak ada sehelai pun berjaya aku rembat.
 Jubah ni dari kain vietnam silk.  Aku terpandang masa makan malam dekat restoran Hj mansur.  Restoran-restoran kat sana bahagian belakang dia orang buat butik jual tudung dengan jubah dan kain segala.  Kebetulan aku yang duduk menghadap ke belakang, berkenan tengok jubah tu...tapi bukan aku punya juga, kiriman kawan ofis.
 Hahhh dekat kedai buah nilah yang jual lace kat atas tu...tak sesuai langsung kan.  Manalah aku terfikir kedai buah ada jual lace...hahaha...Aku saja ambil gambar durian tu sebab sebiji buahnya besar-besar.  Aku tak beli pun sebab kawan2 aku ni semua tak berapa suka makan durian...eeee very the omputeh....so aku ambil gambar ajelah.  Aku beli ciku, bawa balik...ciku kat vietnam ni besar-besar.
Ini buah tangan untuk anakanda danial.  Lama dah dia minta belikan beg pouch ni.  Aku beli masa malam terakhir kat vietnam.  Lepas tu kan, masa nak tidur teringat pula kat eimran...nanti dia tengok adik dia ada beg ni mesti dia nak...Esoknya seawal pukul 8 pagi aku pergi balik kedai tu...belum buka pula.  Kedai sebelah kata dia buka pukul 8.30. oklah kita orang pergi sarapan dulu.  Lepas sarapan pergi lagi, tak buka juga...dia orang suruh ketuk...mengetuk lah aku dengan nida kat kedai ni.  Nasib baik dia buka, lepas aku beli, dia tutup balik...hahaha...boleh cam tu.
Masa aku tengah bersarapan, tet..tet..message masuk kat watsapp.  Satu yang bestnya kat vietnam ni, setiap kedai ada wifi.  Masa ni lah aku gunakan untuk update segala apps yang nak di update...hehehe...Abang eimran hantar gambar beg yang lebih kurang macam tu...kalau ada belikan lah ...sebagai ibu mithali tergamak ke tak nak belikan...harga RM15.  Tapi dia kata mahal.  Dekat Padang Besar baru RM10...pulakkkk...

Mesti ada yang tertanya-tanya, tudung kak lopa tak rembat ke?  Giler tak rembat...aku tolong rembat untuk kawan-kawan yang kirim aje.  Untuk diri sendiri ada lah dua helai.  satu yang kosong, satu lagi bercorak.  Gambar tak payah letak lah ya...

Ok tu hasil rembatan.  Rasanya tak ada apa yang tercicir kali ni.  Sebab tak ada lawatan sambil belajar, maka aku tamat kan cerita jalan-jalan vietnam 2016 di sini.  Insya Allah hujung tahun kalau ada rezeki, panjang umur aku akan kesini lagi tapi kali ini dengan kawan- kawan ofis pula.

Terima kasih datang baca.


15 April 2016

Jalan-jalan Vietnam 2016

Amboiiii...berjalan aje kerjanya...heloooo setahun aku book tiket nak berjalan ni...perancangan awalnya, bawa yasmin pula...tapi sebab yasmin dah duduk asrama, dan dia pun tak kisah kalau tak pergi, maka aku pergi membawa diri sendiri aje.  Kali ni aku pergi dengan kawan ofis.  Biasa kalau dengan kawan, wajib ambil flight pagi.  Sampai hotel check in, terus keluar cuci mata.

Di sebabkan kali ni, Qaseh bakal tinggal berdua dengan ayahnya, aku kena siapkan kelengkapan dia tip top ok.  Itu sebab masa dia sakit gigi, aku bawa pergi klinik gigi.  Siap gosok baju sekolah dia sampai hari Selasa.  Kalau tidak, memang tak senanglah nak bersenang-lenang di sana.

Aku sampai di KLIA2 dalam pukul 4.30am.  Ramai betul orang...Lepas check in bag, harus check in perut pula.  Makan dulu kat marrybrown KLIA2.  Almaklumlah lepas ni nak berjalan jauh...

Mulakan langkah dengan Bismillah...berjalan lah kita orang perlahan-lahan masuk ke dalam balai berlepas...tapi nak menyampaikan ke tempat nak berlepas tu, hazab jugalah. Nasib baik dah makan kat marrybrown...
 Sejak kejatuhan nilai ringgit ni, aku dikhabarkan barang kat vietnam boleh tahan mahalnya.  Peniaga pun jual mahal tak nak duit ringgit...kan main lagi ya...Kali ni aku siap-siap tukar duit matawang vietnam.  Sebelum ni, sesen pun aku tak tukar...Masa aku tukar, sejuta dong dalam RM 197 kalau tak silap.  Tapi masa buat pengeluaran dekat atm di sana, dalam RM 188 untuk sejuta dong.

Tu kawan aku siap-siap dah kirakan untuk kitaorang.  Tiap kali tanya harga barang dalam ringgit, sibuk buka hp nak tengok harga dalam RM...hahaha...
 Ni kawan sebilik aku...kalau yasmin ikut, kita orang sebilik bertiga.  
 Kalau jalan dengan kawan aku - tiada dalam gambar, tiap kali duduk mesti makan...tu tagline kitaorang...hahaha...tengok...duduk dalam kapal terbang pun order lagi makan. Padahal dah makan marrybrown...tu alas perut aje tau...mana kenyang.  Lagipun dah berjalan jauh dalam klia2 ni...harus top up balik...Masa aku makan ni tak ada cicak ok...
aku pun tak tahu isu cicak tu, dah kenyang balik ofis ada orang cerita...katanya dah viral...
 Last year bila malam aje baru ada kopi ais ni...hari tu, masa aku sampai dah bersepah yang jual sebelah siang...apa lagi...kopi ais satu...harga tetap sama RM 3.
Yang sedihnya kali ni kena bayar makan sendiri...Ehhh dulu pun bayar sendiri juga...tapi sebab ambil package, hidup adalah agak senang sebab tak payah nak fikir makan apa.  Kali ni sumpah sampai tak lalu nak makan nasi goreng...dah lah mahal.  Sepinggan dalam RM 8 ke RM 10.  Malam terakhir aku share dengan nida makan mee goreng mamak.  Itupun dalam RM 8.  Minum air kosong sudah...lagipun cuaca panas kan....

Pagi yang terakhir tu, sempat bersarapan pagi nasi lemak RM 13 sepinggan...ambik kau!!
Kalau makan kat KL ni baru RM 1.50 ke RM 3.50 aje kalau nasi lemak kosong.  Ni adalah seketul ayam.  Nak nangis rasanya...mujur dah nak balik....hahahaha...

Ok tu aje mukadimah jalan-jalan vietnam 2016.  Mukadimah kata kau...panjang berjela dah tu...hahahaha...biasalah aku punya entri akan ada part-part seterusnya.  Kalau tak tak bestlah kan...

Terima kasih datang baca.

02 April 2015

HCM-Day 2

As salam.  Lama betul tak update blog. Ni nak straight to the point je.  Nak habis kan cuti-cuti Vietnam hari tu.  Hari kedua, lepas sarapan ala kadar kat hotel, terus naik bas/coaster menuju ke Cu Chi Tunnel.  Mula-mula layankan juga tourist guide kita orang tu, tapi memandangkan perjalanan yang jauh...aku terlelap juga.  

Sampai aje kitaorang di nasihatkan ke 'happy room' dulu.  Buangkanlah segala hajat kat situ.  Untuk yang first timer macam aku ni memanglah di galakkan pergi melawat ke tempat-tempat sejarah macam Cu Chi Tunnel ni.  Layan gambar ajelah ya.  
 Abang eimran yang sado pun lepas masuk ya...lagipun orang vietnam comel-comel aje...
 Luas juga kawasan lawatan kat sini.  Aku ada standby roti gardenia 80sen tu. Dekat nak penghujung tu ada lah di beri makan ubi kayu...aloloooo...ahkak kat kampung dulu pun makan ubi kayu juga.  Cicah ngan sambal belacan meletop kebabom...punyalah sedap.  Minum kopi o panas...weiii berpeluh-peluh...
Ubi kayu yang kita orang makan kat sana cicah ngan kacang tumbuk ni.  tapi ada sedikit rasa pedas-pedas jg...on the way balik dari Cu Chi Tunnel ni, semua pun pakat tidur. Ada menyinggah dekat satu tempat membeli belah...tapi kebanyakannya kita orang tak berkenan...so laju-laju keluar nak makan tengahari.  Padahal masa tu dah pukul 3 petang.
Kita orang makan kat Halal Saigon.  Kat sinilah kita orang diperkenalkan dengan spring roll yang sedap meletop tu...Berdepan dengan Halal Saigon ni ada masjid, so lepas makan kita menunaikan kewajipan pula.  Lepas tu terus ke Muzium Perang.  Masa kat sini, aku round kat bahagian bawah aje, tak larat dah nak naik atas.  
Kat bahagian luar muzium ni pun banyak 'aset-aset' perang yang di tinggalkan oleh Amerika.  Aset sangatlah kannn...so kita bergambar ajelah kat luar ni.  
Habis melawat kat sini, kita orang terus balik hotel...ya ke balik hotel??? Hahhh tak ingat sudah...ya lah...balik hotel, rehat-rehat, mandi dan bersiap untuk makan malam dan menghabiskan duit kat pasar malam.

Gambar kat pasar malam tak ambil lah pulak. Tapi yang pasti tiap malam harus pekena kopi ais vietnam...sedap gilsss okey.

Tu aje cerita hari kedua.  Esoknya kita orang free and easy.  So jalan-jalan sekitar BenThant Market dan kawasan yang sewaktu dengannya.  Dekat Ben Thant aku beli sehelai aje t shirt untuk abang eimran...kakak aku beli alas meja.  Kering tekak menawar kat sini. Menurut info yang kita orang baca, harus tawar sehabis rendah kan...tapi kita orang awal-awal dah kena warning, kalau tak nak beli jangan gatal-gatal nak menawar...memang saja nak kena maki lah tukannn... kawan aku pun dah siap pesan yang sama juga.  Tu pasal aku beli sehelai aje baju, sebab dah tergatal mulut pergi tanya harga...sib baik harga pun berpatutan...

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails