Kali ni aku tunjuk hasil rembatan jalan-jalan di Vietnam pula ya. Sebab pergi kali ni memang tak ada lawatan sambil belajar ya. Kita orang sampai terus terjah Bent Thant market. Aku memang nak beli kain untuk baju raya anak beranak. Alhamdulillah berjaya jumpa kaler yang di cari. Misi kedua mencari lace. Hari pertama memang tak jumpa langsung orang yang jual lace. Padahal tahun lepas, dekat kaki lima Malaysian Street tu aje orang jual lace. Hari kedua baru aku jumpa kedai yang jual lace. Mana nak nampak sebelum ni sebab dekat depan kedai jual buah-buahan...aduhaiii...memang aku tak jelinglah kannnn...Lace yang kat atas tu bukan aku punya ya...
Eimran awal-awal dah pesan suruh belikan topi...last year pun beli juga, tapi dah di rosakkan oleh danial. Hangin satu badan dia. Malam pertama tu aku dah belikan siap-siap kat pasar malam. Topi tu rm 10 selepas sesi tawar menawar. Nak menawar kat sini hati kena keras sikit ya. Track suit tu pun sama...tapi kali ni kedai lain. Aku cari kedai yang aku beli tahun lepas, macam dah tak ada. Yang ini pun harga berpatutan. Bila dah balik rasa menyesal pula belikan sehelai aje...Patut borong 10 helai...hehehe...
Kalau ikutkan aku pun nak beli blouse kain lycra macam ni. Tapi tak berkenan pula corak kali ini. Aku belikan untuk orang yang mengirim saja. Itupun kirim dengan duit ringgit. Kalau kirim kosong...minta maaflah ya.
Jadinya blouse untuk diri sendiri tak ada sehelai pun berjaya aku rembat.
Jubah ni dari kain vietnam silk. Aku terpandang masa makan malam dekat restoran Hj mansur. Restoran-restoran kat sana bahagian belakang dia orang buat butik jual tudung dengan jubah dan kain segala. Kebetulan aku yang duduk menghadap ke belakang, berkenan tengok jubah tu...tapi bukan aku punya juga, kiriman kawan ofis.
Hahhh dekat kedai buah nilah yang jual lace kat atas tu...tak sesuai langsung kan. Manalah aku terfikir kedai buah ada jual lace...hahaha...Aku saja ambil gambar durian tu sebab sebiji buahnya besar-besar. Aku tak beli pun sebab kawan2 aku ni semua tak berapa suka makan durian...eeee very the omputeh....so aku ambil gambar ajelah. Aku beli ciku, bawa balik...ciku kat vietnam ni besar-besar.
Ini buah tangan untuk anakanda danial. Lama dah dia minta belikan beg pouch ni. Aku beli masa malam terakhir kat vietnam. Lepas tu kan, masa nak tidur teringat pula kat eimran...nanti dia tengok adik dia ada beg ni mesti dia nak...Esoknya seawal pukul 8 pagi aku pergi balik kedai tu...belum buka pula. Kedai sebelah kata dia buka pukul 8.30. oklah kita orang pergi sarapan dulu. Lepas sarapan pergi lagi, tak buka juga...dia orang suruh ketuk...mengetuk lah aku dengan nida kat kedai ni. Nasib baik dia buka, lepas aku beli, dia tutup balik...hahaha...boleh cam tu.
Masa aku tengah bersarapan, tet..tet..message masuk kat watsapp. Satu yang bestnya kat vietnam ni, setiap kedai ada wifi. Masa ni lah aku gunakan untuk update segala apps yang nak di update...hehehe...Abang eimran hantar gambar beg yang lebih kurang macam tu...kalau ada belikan lah ...sebagai ibu mithali tergamak ke tak nak belikan...harga RM15. Tapi dia kata mahal. Dekat Padang Besar baru RM10...pulakkkk...
Mesti ada yang tertanya-tanya, tudung kak lopa tak rembat ke? Giler tak rembat...aku tolong rembat untuk kawan-kawan yang kirim aje. Untuk diri sendiri ada lah dua helai. satu yang kosong, satu lagi bercorak. Gambar tak payah letak lah ya...
Ok tu hasil rembatan. Rasanya tak ada apa yang tercicir kali ni. Sebab tak ada lawatan sambil belajar, maka aku tamat kan cerita jalan-jalan vietnam 2016 di sini. Insya Allah hujung tahun kalau ada rezeki, panjang umur aku akan kesini lagi tapi kali ini dengan kawan- kawan ofis pula.
Terima kasih datang baca.
salam kak, sy nk ke vietnam bln 9 ni
BalasPadammmg duit malaysia jatuh ka.. depa terima x duit malaysia bila shopping? sy igt nk bawa duit malaysia byk sikit, duit dong igt nk tukar utk makan ja.. boleh ka