02 Jun 2010

Terkenang semasa dulu...


Gambar2 ni aku jumpa lam album kakak aku. Ni gambar2 zaman kegemilangan aku sebagai kanak2 ribena!!! Nak gelak pun ada kalau tgk gambar ni, cam budak baik2 jer kita org, tp skrg hampehhhh....terutama yg ujung sekali tu!!!hihihi...Ni sumer gambar masa hari raya, tapi aku mmg tx ingat tahun lah, tahun 82 or 83 kot!

Slurpee


Nilah slurpee mango yg aku buat hari minggu lepas. Nak perabih kan mangga yg dah 2 minggu kat dlm peti ais, sebelum benyek baik aku blend jer. Segelas ni aku layan sorang tx ada sapa mintak...sejukkkk jer lalu kat anak tekak aku...

Kenduri Tahlil

Tangan siapakah itu??
Kuih kesirat
Kuih koci
Kuih Putat

Ni antara kuih muih yg di order masa kenduri tahlil tempoh hari. Yalah sapa pulak nak membuat kuih2 tradisional ni kan. Sumer kuih2 ni antara kuih kegemaran kat umah kitaorg kat kampung. Habis kenduri, habis licin kuih2 ni kena tapau nk bawak balik. Kalau tx tapau rugi wei...bukan senang nk dapat... ada lagi kuih lain, tapi aku tx sempat nk snap, pasal kebuzian, lagipun kuih yg tx interframe tu kuih moden, byk ada jual kat KL ni... Aku ambik gambar kuih tradisional jer...
Lauk pauk pun aku tx sempat snap, yg sempat cuma ikan siakap ni jer.


Siakap 3 rasa
Antara tetamu VIP yg dijemput adalah Tok Long aku. Saja aku letak gambar dia kat sini, aku pun jarang benar jumpa dia, time hari raya jer, mujur ada hari raya, kalau tx mmg tx jumpa.






Bengang

Nasi goreng pattaya
Sontam aku punyer(dlm plastik)
Meehoon untuk Danial
Naper byk sgt makanan ni?? Ni sumer gara2 bengang n tension yg teramat. Tu sebablah aku ni tx boleh bengang, kalau bengang jer mulalah nafsu makan aku membuak2...Malam Jumaat lepas, aku ajak anak2 aku keluar(jln kaki ok) cari makan kat kedai belakang umah. Masa tu tgh tayang citer seram kat TV3, tu yg kena ajak dia org...3 bungkus nasi goreng pataya, 1 mee hoon goreng n 1 sontam(aku punyalah). Budak2 bertuah ni pun satu, pantang aku offer laju jer mengorder, tp bukan habis pun!






















Related Posts with Thumbnails