Memaparkan catatan dengan label kenduri tahlil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenduri tahlil. Papar semua catatan

02 Julai 2012

Kenduri Tahlil- Last Part

Ni memang last part.  Sebab dah sampai dulang nak menghidang makan dah kan.  Selalunya kita orang sediakan 10 dulang, tapi hari tu, kita orang siapkan 8 aje.  Alhamdulillah cukup.  Kat dulang tu baru ada gulai ayam masak lemak, sambal udang dengan sayur goreng aje.  Siakap 3 rasa tak letak lagi.  
Kalau dah buat dulang lauk 8, kenalah samakan dengan dulang air.  Nanti tak pasal-pasal ada yang tercekik pulak tak ada air.  Almaklumlah tetamu kat kampung biasanya warga emas kan...Piring buah tu suka hati aje nak letak kat dulang lauk or dulang air.  Janji sampai pada tetamu...
 Alhamdulillah ramai juga yang datang malam tu...
Terima kasih abang eimran sebab tolong ibu ambil gambar tetamu malam tu...

27 Jun 2012

Kenduri Tahlil Part 3

Gambar masa kenduri ni bolehlah tahan banyak juga, tapi tak adalah sampai ribu riban.  tapi aku tak nak lah masuk kan sekali semua dalam satu entry...saja aje aku pecah-pecahkan.  takut nanti kalau masuk banyak-banyak sekali dia 'hang'...so sebagai langkah keselamatan, aku buatlah part by part.
Ikan siakap ni nak masak 3 rasa.  Yang ni akan di jadikan lauk untuk tetamu malam nanti.
Di lumur dengan tepung terlebih dahulu
 goreng terendam kaedahnya...
Goreng ikan kat luar rumah, orang yang dalam rumah tengah sibuk duk prepare makanan lain untuk makan-makan tuan rumah...ni ada yang buat moroccon saladlah, sate morocco lah dan green lamb.

 cucuq jangan tak cucuq
 ni pulak ala-ala kebab gitu
nilah green lamb tu..resepi step by step jangan di tanya...tak follow langsung. tau-tau dah siap aje...
 green lamb makan ngan moroccon salad
abang ipar aku yang penat duk goreng kue teow tengah menikmati green lamb, moroccon salad ngan roti.  Nampak tak air dia tu, tembikai + pisang...nampak kan...kita orang asyiklah makan.   sebelum tuh masak kue teow...habis...ada yang sponsored ABC-air batu campur..pun habis juga.  Yang ABC ni aku memang tak sedar ada, tengok yasmin ngan eimran duk minum, minta sikit.  Buat pulak tembikai + pisang blend tu, punnnn habis.  
Sambil-sambil makan tu, masak tetap masak untuk kenduri.  Kang tuan rumah konyang, tetamu tak makan apa lak kan...
Okey sambung lagi...sambil-sambil tu nanti aku selit lah iklan citer lain juga.  Kang ada pulak yang muntoh baca citer kenduri...

Kenduri Tahlil Part 2

Ni pulak antara kuih muih untuk breakfast pagi sabtu tu.  Ada talam suji, seri muka, agar-agar dan kole kacang tak ada dalam gambar.  Kole kacang tukan, selain tak ada gambar, kuih tu jugak tak sempat masuk dalam perut aku...kesian kat aku..
Buah rambutan ni buah tangan mak lang aku.  Last year kan danial seronok sangat dapat mengutip buah rambutan ni...harus di ingat pokok rambutan ni berbuah time dekat-dekat nak puasa...di sebabkan tak lama lagi nak  puasa, haruslah pokok rambutan tu berbuah.  tu yang mak lang aku bawa masa datang kenduri tu.  Tak cukup dengan dia bawa, besoknya kita orang pergi serang pulak kat rumah dia.  En suami aku siap panjat lagi..teror awak ya...
Durian nak buat bubur kacang tu banyak lagikan...breakfast pun makan lagi durian...
Sebelah tengahari nak ke petang tu abang ipar aku masak kuew teow.  Tengok ajelah kat dalam gambar ni, beratur anak-anak sedara menunggu dia masak.
Yasmin kan main lagi menunggu depan kuali rupanya dia, tapi tak dapat...sudahnya dia suruh aku tolong cakapkan...
Tengoklah tu, masing masing siap pegang pinggan ngan telur sekali...over tau budak-budak ni...aku pun beralah lah dengan dia orang ni...sebab dah selalukan makan kue teow ni... kasilah mereka-mereka yang jarang-jarang makan...aku rasa sikit-sikit aje eimran ngan yasmin punya...

26 Jun 2012

Gulai Tempoyak

Tu antara bahan-bahan yang sempat aku snap.  Masa dia orang tengah memotong tu aku ingat nak ambil gambar, lepas tu dah sibuk buat benda lain terus lupa.  Ni bahan-bahan dah masuk dalam periuk.  Bahan utama mestilah pucuk ubi, daun kunyit dan pucuk labu.  semua tu dihiris halus.  serai pun dihiris sebelum di blend.  Bawang merah dan ikan bilis pun di blend halus.  cili api juga.
Lepas tu masukkanlah santan dan tempoyak.  Jangan lupa kunyit sikit bagi kuning.  Bertambah sedap bila ada petai...silalah letak petai...jangan letak jering tau!  cukup sekadar petai...
Lebih sedap makan sebaik siap masak...tu akulah tu...lagi sedap lepas dipanaskan on the next day.  Kalau rasa-rasa nak cicah ngan roti pun ok.  Gulai tempoyak ni pun masak hari Jumaat sekadar untuk makan-makan tuan rumah aje.  
Kali ni aku kena belajar masak gulai ni, pasal en suami kata, kalau aku boleh masak ni memang dia respect lah...ni tak, asyik-asyik sambal, kicap, sambal kicap...okeyyy...aku rasa tercabar...tu yang aku menyibuk masa kakak aku masak ni...minggu ni jugak saya buat!  Eehh tak boleh..tak boleh....minggu ni ada sukan anak-anak...minggu depanlah, InsyaAllah...kalau rajin...muahahaha...alasankan...

Kenduri Tahlil Part 1

Kelas tak cerita kenduri aku berpart-part...oh ya sebelum tu aku nak bagitahu, kenduri kali ni boleh juga dikategorikan sebagai kenduri makan-makan sedunia.  Apa taknya, dari pagi sampailah nak pejam mata...asyiklah makan..makan dan makan.  Ini pun ada beberapa makanan yang tak sempat aku nak ambil gambar.  Dah namanya kendurikan, sibuklah pulak nak menolong sana sini sinun...
Okayyyy...kenduri hari Sabtu seperti yang di rancang.  HariJumaat lagi aku dah cuti.  Bukan aku aje cuti tau...eimran, yasmin ngan danial pun cuti...dah nak balik pagi-pagi katanya...sudahnya pukul 12 baru gerak...yang ni tak dapatlah nak menolong sebab aku balik dengan kakak aku...tapi aku anak beranak dari pukul 8 pagi dah bersiap.  Sementara menunggu tu, dapatlah aku melelapkan mata selayang dua.  
Our 1st menu bubur kacang hijau dengan durian.  Mesti letak durian sebab sekarang durian dah gugur...Aku memang tak berapa nak suka makan bubur kacang hijau ni...tapi sesi memilih dan membuang apa yang patut sebelum di masak tu aku adalah campur tangan sikit.  Sambil tu bagitau jugaklah kat yasmin, masa kecil dulu ibu selalu tolong nenek tiap kali dia nak masak bubur kacang hijau nih...
Malam tu jugak kakak aku masak gulai tempoyak...my fav...gambar-gambar next entry ya.

02 Jun 2010

Kenduri Tahlil

Tangan siapakah itu??
Kuih kesirat
Kuih koci
Kuih Putat

Ni antara kuih muih yg di order masa kenduri tahlil tempoh hari. Yalah sapa pulak nak membuat kuih2 tradisional ni kan. Sumer kuih2 ni antara kuih kegemaran kat umah kitaorg kat kampung. Habis kenduri, habis licin kuih2 ni kena tapau nk bawak balik. Kalau tx tapau rugi wei...bukan senang nk dapat... ada lagi kuih lain, tapi aku tx sempat nk snap, pasal kebuzian, lagipun kuih yg tx interframe tu kuih moden, byk ada jual kat KL ni... Aku ambik gambar kuih tradisional jer...
Lauk pauk pun aku tx sempat snap, yg sempat cuma ikan siakap ni jer.


Siakap 3 rasa
Antara tetamu VIP yg dijemput adalah Tok Long aku. Saja aku letak gambar dia kat sini, aku pun jarang benar jumpa dia, time hari raya jer, mujur ada hari raya, kalau tx mmg tx jumpa.






Related Posts with Thumbnails