Huishhh tetiba aje dah 16 kannnn...ya ampunnn...puasa-puasa ni tak terkejar ahkakkkk... hehehe...macamlah ada orang duk tunggu menu ko kannnn...okey fineeeeeeee...
Semalam dengan penuh semangat membara aku menggoreng mee untuk berbuka. Alhamdulillah sempatlah anak-anak aku makan lepas baca doa berbuka...sedap juga di anak tekak kami...syukur.
Beli juga murtabak ni. Sepanjang puasa, baru dua kali beli murtabak. Sebelum ni asyik habis or beratur panjang...ahkak is tak kuasa nak beratur!! Agaknya orang dah bosan nak berbuka dengan murtabak, sebab tu banyak aje lebih aku tengok kat gerai ni...
Settled semua, dah malam sikit buat pulak siakap senohong 1001 rasa ni. Sekali untuk bersahur...almaklumlah dah lama tak bersahur nasi...sesekali tu rindu gak nak makan nasi time sahur...hehehe...
Tu ajelah pun cerita semalam. Terima kasih datang baca.
25 Julai 2013
24 Julai 2013
Sahur
Sepanjang 15 hari berpuasa ni, adalah dalam 2 kali aje kot kita orang makan nasi waktu sahur. Tahun ni anak-anak tak nak makan nasi time sahur. Dia orang nak yang simple aje. Sonang kojo mak kau...terima kasih anak! Ni sebahagian dari menu sahur kita orang ya.
Yasmin biasanya minum milo aje, lepas tu sambung tidur balik. Abang eimran nak makan tapi yang lite-lite aje. Tu maggi yang dia teringin sangat...simple aje tak ada telur pun.
Ni pun dia boleh habis sorang...memang feberet dialah lasagna ni. sapa tahu kat mana nak cari slice tu. Aku dah penat cari kat giant ngan tesco tak jumpa pula. Pernah sekali nampak kat supermarket kat pavi tu, tapi masa tu tak beli pun. Bila pergi lagi sekali dah tak ada...uhuk..uhuk...kalau berjaya jumpa teringin juga nak buat lasagna ni. Resepi dah ada...mih..mihmih...
Ni pulak stimboat...kes nak clearkan peti ais lah ni...fishball tu yasmin makanlah seketul dua. Sedap juga bersahur ngan stimboat ni sekali sekala...
Hari lain ada yang aku gorengkan nugget, makaroni goreng, ayamas drummet, nasi goreng pun ada...habis dasyat pun dia orang makan roti gardenia yang 70 sen tu..hahahaha. Sebab tu bila time berbuka abang eimran mesti nak ada nasi, yasmin tak kisah sangat...kalau ada roti jala lagi dia suka.
Okey tu aje cerita sahur kami...korang jangan tak bangun sahur pulak...
Terima kasih datang baca.
Labels:
anak-anakku,
ramadhan,
sahur
22 Julai 2013
Qaseh
Aku dah sampai angin malas nak ambil gambar makanan...
Balik rumah memang tak sempatlah nak posing-posing mengambil gambarkannnnn...
nak melayan dua orang anak yang berpuasa, dua lagi tak puasa tapi mengalahkan orang berpuasa...Kali ni layan ajelah gambar qaseh masa kat klinik minggu lepas.
Macam-macam aksi dia buat...dah penat dia kacau abang danial pula
nampak gigi dia sompek
tengok gambar ajelah ya...
mengacau abang danial
Labels:
qaseh
19 Julai 2013
7 & 8 Ramadhan
Haaaa nampak dah start dua hari sekali punya juadah berbuka...dasar pemalaskannn...dari awal puasa hari tu aku teringin nak makan kerabu mangga, barulah hari tu mendapat. Rasa memang sedap, bolehlah kalau nak ulang beli.
Ni pulak beli kat area rumah...ni on 8 Ramadhan rasanya. Hari sebelum tu aku beli paru goreng bersambal.
Ni pun sama, sebab beli kat gerai yang sama...hehehe...hari sebelum tu beli daging masak kari, habis licin. Sodaplah tu...tapi bila nak ulang beli, dia tukar pulak masakannya, yang ni pun sodap juga.
Buat dadih ni lagi...sojuk aje bila lalu kat tekak. Yang ni perisa strawberry. Hari tu perisa rose bandung. Warna sama tapi rasa lain-lain.
Beli popia basah ni 4 ketul RM 2. rasa okey tak mengecewakan. ni pun dua hari berturut aku beli...
Kegemaran yasmin...ibu dia tak pandai menjala, mak long nampaknya dah pandai dah...ehem..ehem...
Itu ajelah juadah berbuka kami. Sahur memang tak menarik langsung. Yasmin minum milo aje. Makan tak nak. abang eimran kadang nak nugget tapi pagi semalam dia teringin bebenor nak makan maggi. Jadi sebagai ibu mithali...aku tunaikanlah permintaan dia tu...
muehhehehe...yang sonang baitu bolehlah di tunaikan...
Okey terima kasih datang baca.

ramadhan
Langgan:
Catatan (Atom)