Disbbkan tx masak tuk lunch, so aku buat lah kuih apam ni utk minum petang. Ni percubaan ke 3 buat apam ni. Anak2 aku pun cam suka, tu yg di ulang lagi dan lagi dan lagi...Tapi ampun maaf aku dah tx ingat kat mana aku salin resepi yg senang ni...satu bancuhan tu dptlah lam 15 ketul apam yg comel ikut acuan lompang. Danial sahaja makan dlm 4-5 ketul, suka dia...aku dpt 2 ketul jer. Resepi aku letak kat sini utk rujukan di masa depan:
Bahan2:
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn air
1 bj telur
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 @ 2 sudu mkn serbuk koko
caranyer:
masukkan semua bahan dlm mixer, putar sebati
panaskan pengukus, sediakan acuan lompang
masukkan 3/4 penuh, kukus selama 10-15 minit @ cucuk ngan sudu dah masak lum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan