23 Jun 2010

Cendawan Goreng


Ni menu kudap2an hari Jumaat lepas. Aku order 500g cendawan tiram dari sorang kawan opis-husband dia pengusaha cendawan ni, besar2 cendawan ni. Masa goreng pun, aku goreng sekuntum2 gitu, tx koyak2kan pun. Kalau beli yg kat luar tu, dah di koyak2kan, dpt ciput jer dah RM2.00. Selalunyer aku guna tepung kentucky yg dah siap jer, tp hari tu dah kehabisan stoklah pulak, nak gi kedai belakang, malaslah pulak, so campur jer lah segala tepung yg ada, tambah ngan blackpepper + telur. Setiap kali angkat dr kuali jer habis, maknanyer aper tu???? sedaplah kannnn....nakkk...sila buat sendiri ya, dah licin. Malam tu jugak habis 500g cendawan tu di goreng shj. Kalau dah makan cendawan sampai 500g, tx makan nasilah jawabnyer malam tu. Gambar ni eimran yg ambik sbb tu krg cun sikit.

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails