19 Julai 2011

Dulu sayang...

Kadang2 kalau terdengar perbualan anak2 aku ni, nak tergelak pun ada gak.  Terutamanya macam eimran dengan yasmin.  dia orang dah besar.  kalau bercakap ikut sedap mulut aje. 
dia orang berdua ni kira rapat jugaklah.  yalah...aku bukan bagi sangat kalau eimran nak main2 kat luar kawasan rumah...jadi nak tak nak, dia kenalah main ngan yasmin.

Kalau mood ok, gelak sakanlah dia orang main.  kalau mood kelaut, hah mula lah perang mulut.  adalah yang merajuk bagai...cam hari tu...cepatlah main, orang tak nak main sikit dah merajuk...tu ayat power yasminlah tu...mana ada abang merajuk, amin tu yang main ntah apa2...ada panjanglah lagi kata2 pujangga dia orang berbalas2.  aku tengokkan aje...kalau sampai tahap aku dah tak boleh nak dengar suara dari TV...nak main ke tak nak tu?  tak nak main dah pergi simpan...

Kadang tu bukan time main aje nak berbalah, time nak tidur pun tak habis lagi.  tapi ada sekali tu aku dengar yasmin tanya...abang, kenapa dulu abang sayang amin, sekarang ni tak sayang dah??  lelaki biasalahkan ego, tak kan mengaku punya...bila masa abang sayang amin?  tu kat dlm gambar tu, abang peluk amin kenapa?  sayanglah tu...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

kah..kah..kah..
kan main peluk lagi hah...

alahhh..tu ibu yang suruh sebab nak ambik gambar...ko tak ikhlas ya bang??  yalah.. ikhlas...ikhlas...confirmed macam tak ikhlas...

Ni gambar masa yasmin 2 tahun dan eimran 6 tahun.  Ingatkan dulu dua orang ni ajelah anak aku...tu pasal posing kasi mesra sikit.  apa2 ajelah ko ni bang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails