Memaparkan catatan dengan label aktiviti hari sabtu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti hari sabtu. Papar semua catatan

30 April 2013

Sabtu & Ahad Kami

Yasmin dah lama minta aku bawa dia gi kedai gunting rambut...rambut dia panjang, tapi dia cukup malas nak menyikat rambut sendiri...kalau tak aku membebel...jangan haraplah dia nak sikat rambut dia tu.  Bila aku sikatkan nanti, mulalah hujan renyai-renyai...suruh sikat sendiri tak nak.  Sudahnya dia minta gunting pendekkan sikit rambut dia tu.  Ayah dia suruh simpan panjang...kalau ikutkan aku, aku lagi suka dia rambut pendek.  Senang nak diuruskan...So lepas zohor sabtu lepas, aku pun memulakan operasi mencantas rambut dia. Alaaa potong lurus aje.  Tapi sebelum nak potong tu, kenalah sikat dulukan...pot pet pot pet mulut aku membebel tengok rambut dia yang kusut masai tu...
 Nak menggunting tu sekejap aje...menyikat tu yang lama.  Naik lenguh kaki aku berdiri...terus suruh tukar kerusi...muahahaha...nampak sangat dah tua, tak ada stamina. Berdiri lama pun tak boleh...
 Lepas tu budak kecil ni pun sibuk suruh gunting rambut dia pulak...rambut dia ni nipis, berbeza dengan rambut yasmin yang tebal dan hitam tu.  Lagi satu, qaseh suka gunting sendiri rambut dia...Suka main gunting budak ni...kadang tengok rambut dah terabur aje kat dalam bilik...yang ni pun aku gunting lurus aje kat depan tu.  Rimas tengok rambut yang mencucuk mata...
Hari Ahad pula, seawal 8 pagi kita orang dah bergerak ke Rantau.  Aku pagi-pagi duk mencari no. talipon kedai jahit aunty ni.  Memang ni aje kedai yang selalu aku hantar selain yang dekat office.  Tapi untuk raya tahun ni, tailor yang dekat office aku ni dah tutup tempahan untuk raya.  Jadi terpaksalah aku hantar kat kedai aunty ni.  Selalu hantar kat sini tapi no. talipon tak ada dalam simpanan..boleh macam tu??? Jenuh aku whatsapp dengan kakak aku yg kat Brunei tu kot dia ada no kedai aunty ni...haremmmm...call kakak aku yang kat Nilai tu pulak...tak berjawab-jawab.  Tahulah hari Ahad, tak kan tak bangun lagi kot!  
Dah berjaya mendapatkan no talipon aunty ni, terus laju-laju suruh anak-anak mandi...sib baik semuanya pantas.  Pukul 8 dah gerak...Tempah terus baju raya untuk yasmin dan qaseh.  Qaseh tersipu-sipu malu masa di ambil ukuran...Dalam setengah jam aje kat kedai jahit tu, terus balik KL semula.  Balik semata-mata nak tempah baju aje...
Baru pukul 10, dia orang dah bising dahaga...berhentilah pulak kat 7 Eleven senawang.  Dia orang ni masuk 7 Eleven tu macam dapat masuk Toys r Us.  Segala benda nak di rembatnya.  Bising jugalah mulut aku menapis segala barang yang di letak kat kaunter tu!  1st time mencuba Magnum Chocolate Brownies tu.
Aku kalau dapat magnum susah nak komen.  Sedap aje kat tekak aku...untuk en suami dia suka yang strawbery.  Tu pun perisa baru kan.
Singgah rumah sekejap ambil bibik yang nak beli hp untuk di bawa pulang.  Lepas tu terus ke site office en suami kejap, kemudian terus ke Pertama Compleks cari hp untuk bibik.  Dapatlah dia bergaya dengan samsung corby harga RM 250.  Yang penting bagi dia ada kamera.  By tengahari tu, masing-masing dah lapar...maunya tak lapar, pagi tu makan kuih aje kat dalam kereta.  Ingat nak ajak en suami makan kat Bellamy, sekali hujan pulak.  Terus ajak makan kat area kajang aje.
Nilah tempat makan kita orang.  Lagipun ni permintaan terakhir bibik aku tu!! Nak makan kat Wong Solo...demand tau makcik tu!

 Yasmin dan eimran yang dah kelaparan.
sabar ya nak...
gambar makanan tak sempat nak ambil
licin licau kita orang kerjakan...
biasanya kalau datang sekeluarga macam ni
aku ambil set bandung untuk 5 orang makan, jimat sikit.
Okey tu ajelah cerita hujung minggu kami...
terima kasih datang baca

05 November 2012

Hari Sabtu Kami

Dari hari Jumaat lagi dah remind suruh pergi sekolah agama dia.
Tujuan asal nak beli buku kerja aje,
sekali tu ada sessi ambil report kad rupanya.
Alhamdulillah kali ni yasmin menunjukkan peningkatan yang
agak memberangsangkan.  sampaikan aku tak percaya siap 
tengok lagi sekali betul ke cikgu bagi report kad dia ni...hehehe
Tapi...Tapi...still kena tingkatkan lagi usaha ya sayang...tahun depan
darjah 3 lagi banyak subjek baru nampaknya...

Balik dari sekolah, sempatlah singgah pasar tani kat Prima. 
 Teringat kat cendawan sebungkus aku ada beli
rasanya dah dua minggu kot kat dalam fridge.  Cari tepung goreng
ingat nak goreng cendawan aje petang nanti...
Berjaya menggoreng seplastik cendawan tu hah...makan panas
panas masa hujan...nikmat betul...
Pekena dengan kopi 434...
okey itu aje cerita hari sabtu kami...tq for reading friends...

16 Julai 2012

Jemputan Kenduri Doa Selamat Dan Besday

Last Saturday pergi kenduri doa selamat dan birthday anak sedara kat ampang.  Kitaorang sampai lambat, kalau ikut pemerhatian aku, aku ngan anak-anaklah tetamu terakhir sampai.  Sebab lepas tu memang dia orang terus sesi kemas mengemas dah.  Itu pun nasib baik kakak aku sudi nak datang jemput.  kalau ikut en suami, malam baru nak pergi.
Disebabkan lambat, kita orang terlepaslah sesi doa selamat tu.  Sesi potong kek pun melepas.  Tapi buah tangan tak di lupakan.
Adik ipar aku yang sorang ni memang kretip.  Gula-gula letak dalam botol cam dalam gambar tu.  anak aku 4 orang, so dapatlah 4 biji botol tu.  boleh lah buat isi kunyit, garam dan yang sewaktu dengannya.
Boleh pulak aku lupa nak ambil gambar lauk pauk masa kenduri tu.  siap tapau bawa balik lagi...sampai rumah pun malas nak posing2 kan lauk tu.  So kita ambil gambar goodie ni ajelah ya...anyway, happy besday wan zulhazim.  moga jadi anak yang soleh.  

23 Mac 2012

Tesco Ampang

Anak-anak tercinta aku ni kan cukup suka bila tahu mak dia nak pergi Tesco Ampang.  Ehhhh bukan tesco ampang jer, kalau pergi tesco kajang pun dia orang suka juga.  Sebab dia orang tahu kat tempat-tempat cam ni mesti ada permainan kan...dia orang apalagi harusss mengopakkan poket aku...kalau boleh segala mainan nak di main...sampai tak tentu arah mana satu nak naik dulu...
 naik benda pusing-pusing ni, tapi mata tengok ke lain...tangan duk ke lain..


Ni aktiviti hari Sabtu lepas...balik dari tesco ni semua terus selamat tidur dengan nyenyaknya.  Malam tu ada aktiviti lain pulak tapi sibuk borak tak teringat nak ambil gambar...sebenarnya malu nak keluarkan hp cap ayam...orang lain punya dlsr...huk huk huk...

12 Mac 2012

Cerita Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas bawa Eimran ke klinik yang berdekatan dengan rumah.  Dia kena selsema.  Klinik yang biasa kita orang pergi tu, Klinik Kita jauh sikit...di sebabkan ayah dia orang kerja, kenalah cari klinik yang terdekat sekali.  Nasib baik klinik ni pun panel juga...sonang citer...

Masa pergi klinik tu dia ada selsema aje..tak ada batuk langsung.  Jadi memang sah-sahlah tak minta ubat batuk.  Tapi balik aje rumah...terus batuk.  Alahai kesian betul kat anak bujang aku ni.

Disebabkan teruk juga dia kena selsema hari tu, terus singgah kedai mamak ni nak makan ubat.  Kita orang yang lain minum air aje.  Tak order makanan pun.  Tapi lepas tu misi tetap di teruskan...tu sebablah paksa juga dia makan ubat...Misi tu tak adalah besar mana pun...sekadar nak mencarikan beg sekolah dia jugak lah...Baru bulan March, beg sekolah dah koyak...yalah hari tu beli yang biasa-biasa aje...so kali ni kita terjah ke Al-ikhsan...sukaaaa...Bertambah suka sebab Al-ikhsan on sale...yahoooo...so dapatlah beg sekolah untuk eimran..gambar tak ada.  Balik dari membeli membelah ni, eimran terus tidur...
 muka orang tak sihat...

20 Februari 2012

Beriadah lagi

 Ya Allah lamanya tak mengupdate blog tercinta ku ini.  Bukan tak ada gambar maupun cerita ceriti, tapi tak ada keypad nak ku tekan-tekan kan.   Laptop jauh sekali lah.  Ni semua gara-gara laptop yang satu kat rumah tu telah di larikan en suami ke johor.  Sekali fikir elok juga tu tak ada laptop kat rumah...elok untuk eimran lah...kurang elok untuk emaknya.  Selepas berkali-kali fikir, aku tetap mengatakan elok lah laptop itu berada jauh dimata tapi dekat selalu di hati...


Oklah cukuplah mukadimah merapu meraban...mulakan dengan cerita hari sabtu terbaru nilah ya.  Nanti kalau ada masa lagi, kita masukkan lah satu-persatu entry tertunggak ku ini.  Sabtu lepas seawal pukul 7 pagi aku anak beranak dah keluar nak ketaman, nak exercise lah konon nya.  Dapatlah ambil gambar bulan sabit yang malu-malu kat celah awan tu...
Pagi nak ke taman tu, tak payah kejut, masing-masing elok aje bangun sendiri.  Dari yang besarnya sampailah kat budak kenit tu.  nampak aje taman, terus lepas tangan tak nak pegang dah...laju berlari...
 permainan pertama yang di terjahi
eimran di tugaskan menjaga adik-adiknya, sementara omak eh nak berjalan keliling taman.  itupun baru 2 round dah ada yang terjerit-jerit..betul betul buat macam kat rumah sendiri aje dia orang ni.
 posing tetap posing
yasmin yang dah ala-ala kak limah dah aku tengok.

Ngam-ngam setengah jam kat taman ni, cuaca pulak mencemburui kita orang.  Hujan pulak pagi tu...sib baik renyai-renyai aje.  Berlarian kita orang lari masuk kedai makan... hahaha...kan dah ku katakan, exercise tak seberapa makan juga yang lebih....gambar breakfast in next entry ya.  Almaklumlah..mak kan ketandusan entry...haruslah entry menjamu selera di buat khas..

13 Disember 2011

Aktiviti Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas aku anak beranak tak kemana-mana pun.  Pepagi Sabtu tu adalah aku ngajak yasmin ke taman nak jogging, tapi anak bertuah tu tak nak pulak. Selalu tu pantang aku ajak, tak pernahnya menolak...adalah tu yang di rajukkan.


Teruslah aku fikir nak buat apa breakfast pagi tu.  Eimran duk ingatkan suruh buat pancake.  Hari tu masa beli barang kat Giant, ternampak jenama Pillsbury.  Nampak cam senang baitu.  Langsunglah aku sambar sekotak.  Contoh kotak kat bawah tu ya.  Pertama kali buat, not bad jugak...gebu gebas.  Itupun aku bancuh ngan susu sikit. 

Sekotak ada dua plastik kat dlm tu.  Kiranya utk dua kali bancuhanlah.  aku dah bancuh seplastik hari tu, tapi kejadian adalah sangat buruk.  Tak tergamak nak masuk kan kat dlm blog.  Ni kira bolehhhhhhh lah...
Tengahari tu pulak fikir nak masak lain tapi aku gi masak lain pulak.  Ni semua gara-gara nak mencari benda lain sekali terjumpa rempah kari.  Rasa cam dah lama aku beli...terus datang idea nak masak kari.  Kentang pun ada.  santan pun memang ada stok.  so on lah masak kari tengahari tu.  Aku ni julung-julung kali masak lauk berkuah ni.  Tak kiralah masak lomak ke atau kari.  Masak lomak tu memang tolak tepi lah...


Tak sangka pulak mendapat sambutan kari aku hari tu.  Bertambah-tambah anak2 makan.  aku masak kari ayam hari tu.  Kalau dah lauk ayam tu memang laju ajelah...
Petang tu pulak yasmin sibuk suruh aku buat kuih ketayap.  Aku pun dah siap2 google the day  before tu cara2 nak membuatnya.  pertama kalilah katakan.  tapi tak tau kat mana silapnya, bila nak menggulung tu kulit tu pecah.  sudahnya aku gulung terus tak ada lipat kat belah kiri kanan tu.  walaupun tak memuaskan hati aku letak ajelah bukti rupa kulit tu hah.  Ghoper selepas di gulung tu tak lalu nak ambik gambar.  Walaubagaimanapun inti kuih ketayap tu menjadilah cuma tang kulit tu aje yang failed.  Kita belajar lagi.  adalah dapat dalam 5 ke 6 keping kuih tu.  aku rasa separuh aje.  yang lain lepas gulung aje habis...
Memandangkan lauk kari ayam tengahari tu dah tinggal sikit, kenalah tambah ngan sayur asparagus yang dah layu di tasik madu.  Ni pun sama jugak, nak masak lain sekali nampak sayur yang dah nak layu, terus lah di masak.  Nampaknya hari ni plan aku semua kelaut...nak buat benda lain jadi benda lain..hehehe...tapi tak apa, semuanya mendapat sambutan dari anak2 terchenta.  Sayur ni aje terpedas sikit, sebab aku tumbuk ngan cili api.  Menggelupur danial lepas makan mencari air...hahaha...
Bila malam dah settled semua layanlah budak kecil ni.  Susah betul nak mengikat rambut dia. rambut dah panjang, nak potong nanti ayah dia bising. nak diikat dia tak nak pulak.  puaslah kena pujuk...tak makan pujuk kena ugut cakap nak pergi kedai baru nak ikat... ish...ish... ish...Bila dua orang yang kecil ni dah tidur, bolehlah layan eimran ngan yasmin lak main card old maid.  Nyampah tau asyik aku aje yang kalah.  tak puashati betul.  aku kalah dua kali, eimran ngan yasmin sorang sekali...selagi eimran tak dapat old maid aku tak berhenti main. Lepas dia kalah aje terus aku ajak semua masuk tidur...dengkikan mak ko bang...

06 Disember 2011

Riadah Bersama Anak-anak

Ya benar, aku beriadah dengan anak2 terchenta.  Biasanya kita orang pergi sebelah petang tapi sejak musim tengkujuh ni kenalah pergi sebelah pagi.  Hari tu bawa waktu petang dah separuh jalan, hujan turun renyai2...teruslah patah balik sebelum basah lencun.  Kalau dah patah balik tu, faham2 ajelah ngan anak2 yang kecil ni.  Manalah dia orang faham kenapa kita patah balik kan?  Tak pasal2 kat dlm rumah pulak 'ribut petir'...
Ni pun dalam pukul 7.30 pagi jugak lah baru pergi taman.  Dapatlah aku catwalk dlm 5 round dan dia orang mainlah buaian and segala mainan kat taman ni.  5 round tu cukup ke 1000 langkah???  rasa macam tak cukup ajekan.  tak per next time kasi 10 round lak...
Balik aje dari taman, masing2 ajak singgah kedai nak beli air.  Macamlah rumah dia orang tu jauh bebenor, padahal belakang kedai aje tu pun merengek kehausan...hailah anak...
Related Posts with Thumbnails