06 Disember 2012

Kelisa Homestay @ Alor Star

Ni salah satu tempat tinggal kami masa bercuti hari tu.  Plan asal nak sampai Alor Star dalam pukul 2 petang gitu so that kami ada masa untuk lawatan sambil  belajar ke muzium padi di Alor Star ni.  Sekali tak sangka pulak dengan jamm dan hujan lebat, sampailah kita orang kat Alor Star tu pukul 6 petang lebih kurang.
Kelisa homestay ni kat dalam taman.  Aku rasa nama taman tu pun kelisa jugak kot sebab aku perasan nama jalan pun kelisa jugak.  Homestay ni rumah teres semi d.  Sangatlah besar dan bersesuaian sangatlah dengan kita orang yang ramai ni.
Ni hall kat belah bawah. Confirmedlah belah bawah, kat luar tu sah-sah nampak kereta...kalau aku kata belah atas...tak usahlah serabutkan kepala korang nak fikir ya.
Memang besar hall dia ni.  Nampak carpet sikit tu, situ tempat makan.  Style jepun duduk kat bawah.  Disebabkan malam masa sampai tu kita orang kepenatan, BIL aku tapau kan aje makanan dan makan kat rumah. 
Ni naik ke bahagian atas.  Ada jugak hall kecik kat situ.  Anak-anak lelaki tidur kat ruang tulah.  TV tu ada 2, satu kat bawah satu lagi kat atas nun.
Ni master bedroom. Memang besar.  Sekali dengan bilik air
kat luar tu ada balcony.
Ni bilik lain.  Berkongsi bilik air
Rumah ni ada 4 bilik dan 3 bilik air.
3 bilik kat atas dan 1 bilik kat bawah.
Setiap bilik ada aircond.  Tapi masa kita orang duduk tu
asyiklah power trip.  Bila dah gelap gelita, anak-anak
mulalah terjerit-jerit...mengganggu jiran sebelahkan...
okey tu aje cerita homestay kami kat Alor Star.
tq for reading

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails