06 Disember 2012

Qaseh

This little girl is diaperlessssssss.  Suka hati mak ko qaseh.  Yalah dia dah 3 tahun lebih baru berjaya tak pakai diaper.  Yang lain-lain sebelum 3 tahun dah lulus cemerlang.  Lama juga nak mengajar dia ni.  Selalunya time aku tak kerja memang aku tak pakaikan diaper, tapi time aku kerja, mulalah dia pakai balik...tensi betul aku!!! Sudahnya hari tu aku nekad tak nak beli diaper dia lagi.  Walaupun dalam hati was-was juga, tapi aku lawan juga rasa was2 aku tu.  Sudahnya boleh aje dia berurusan kat tandas.
Paling risau masa nak ke Langkawi hari tulah.  1st time nak berjalan tanpa diaper...tapi aku spare juga diaper yang jenis pants tu, manalah tahukan...dari KL ke Alor Star tu dia lulus cemerlang.  On 2nd day tu sebab nak naik feri, aku takut dia geli-geli perut, aku pakaikanlah jugak, sib baik pakai...dalam feri dia buat hal dah...sakit perut nak 'yak'.  Tapi dia kan dah biasa pergi tandas, sekali kena pakai diaper, jadi tak biasa pulak...asyiklah duk cakap kat aku dia nak 'yak'...nak 'yak'...yang aku pun suruh ajelah dia 'yak' kat dalam diaper dia tu...tak boleh katanya, nanti bau busuk!!! hahaha...pandailah qaseh...
Ni dia tengah menahan nak 'yak' lah ni kat dalam feri.  sampai ke sudah dia tak 'yak' juga.  Masa sampai chalet pun dah hilang sakit perut dia.  Tapi yang sadisnya masa aku tengah nak membayar duit cokelat kat Kuah lah baru dia terberak....hahahaha...sampai berciciran... yucksss...Kelam kabut aku mencari public toilet kat Kuah tu...qaseh...qaseh...gigit pipi tu baru tau!!!
Kalau kat rumah dia jarang lah terbabas waktu malam. Jar rang..jar ranng...tapi menurut bibik kalau dia tidur siang selalu gak terbabas.  Selalunya kalau aku terjaga malam, aku mesti angkat dia ke tandas...selepas few days macam tu okeylah dia.
Buat masa ni qaseh masih kekal queen of the house...
divalah sangatkannnn....
Biasa tu ya...cantas mak ko pulak
semua benda dalam rumah dia conquered
termasuk tempat tidur...dia cukup tak suka
kalau abang danial datang menyelit...
aceh tak sukalah..aceh tak sukalah...
lepas tu lari merajuk kat luar
dengan harapan aku datanglah nak pujuk...
sorry baby...mak ko kan kejam...
time to sleepppppp...tak kuasa nak layan..hahaha
okey tu aje update terbaru pasal qaseh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails