Ni lah kerja dia masa balik kampung hari tu...suka buat macam-macam aktiviti kat dalam bilik air sebab bilik air kat kampung besar...lepas tu ada banyak besen yang besar2 boleh muat budak botak tu nak berendam...
Masa dia minta nak guna besen tu...tak sampai hati aku nak kata tidak...bila aku angkat besen tu, senyum sampai ke telinga dia. Dia kalau main sorang-sorang kat dalam bilik air tu , berejam pun no hal..jangan ada yang datang kacau...tu yang memekak jadinya.
Kita orang balik kampung hari tu sebab ada sedara kahwin. Lama weiii tak balik kampung. Balik hari tu jenuh mengemas rumah sebab 'banjir' kat dalam rumah. Musim hujan kan sekarang ni. Habis karpet-karpet terpaksa di buang. Termasuk tilam dan bantal. tulah padahnya bila lama tak ingat nak balik...sob..sob..sob...Menurut kakak aku yang sampai awal, macam air terjun aje air hujan tu masuk dalam rumah...hahaha...
Di sebabkan penat mengemas rumah, segala aktiviti memasak di mansuhkan terus petang tu. Makan lah nasi ayam champion world beli kat pasar malam di Rembau.
Tu ajelah cerita kampung...tak sempat nak ambil gambar keadaan rumah yang terjejas tu...penat sangat-sangat...
tq for reading...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan