Lepas balik dari sekolah qaseh tu, terus lah fikir nak masak apa untuk lunch hari tu. Nak yang paling ringkas...ayam tak nak! Rebus lah telur ayam 6 biji.
Lada boh kat rumah aku dah siap blend sekali dengan bawang merah,putih, halia dan lengkuas. Senang macam tu...nak masak aje terus tumis...nak masak sambal ikan ke, udang ke, sotong ke...tumis aje lada yang dah siap semua tu...senang kan...
So aku cuma kopek bawang besar dan potong baji...telur tu digoreng sekejap bagi kulit luar tu menggerutu-gerutu sikit...angkat...tumiskan lada boh sampai garing. Aku suka tambah sos cili dan yang ini aku tambah sos cili thai...sesuka hati aje...cukup rasa, masukkanlah telur yang di goreng tadi...siap untuk di makan.
Tu ajelah lunch kita orang hari Jumaat lepas sebelum berangkat ke Port Dickson. Makan dengan nasi panas...wallaaaa...aku teringat-ingat sambal telur ni masa kat PD.
Terima kasih kerana sudi datang membaca...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan