Petang sebelum balik, Dr call bagi tahu result darah. Masa tu platelet aku dalam 197...Dr suspect denggi tapi dia harap tekaan dia salah...atas nasihat Dr, dia suruh aku pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah untuk di ambil darah sekali lagi. So, the next day tu aku pepagi lagi dah tercongok kat klinik kita untuk di ambil darah...redha ajelah kannnnn...petang tu platelet aku turun lagi ke 147 gitu. Besoknya tak sempat dah nak ambil darah Dr dah suruh pergi hospital terus...masa tu aku memang dah lemah sesangat!! Kat hospital baru Dr ambil darah dan masukkan air...lepas sejam Dr bagitahu platelet aku dah merundum jatuh ke 47...aku pun cam sedih aje masa ni...Dr pun terus suruh admitted. Lepas 3 botol masuk air barulah aku ada selera nak makan...sedap bebenor rasanya nasi kat hospital masa tu!!muahahaha...
Petang tu juga kakak aku datang hantarkan air zamzam. Next day tu kawan aku pulak datang bawa air penawar...aku lupa namanya...beli kat surau office kita orang aje. Bila dah admitted ni, maka melepaslah aku nak makan nasi minyak anak abang aku yang nikah hari Jumaat tu. sob..sob..sob...
Bila platelet aku makin turun, Dr suruh ambil darah 2 kali sehari...aduhhh sabar ajelah kannnn...paling rendah platelet aku turun 34. Lepas tu baru naik 40 dan aku terus minta keluar. Sebabnya hari kedua aku admitted tu, qaseh pun demam panas sampai 40 suhu dia. Berkejarlah pulak aku ke emergency kat bawah...nurse tolak lah dengan wheelchair! Sampai kat emergency tu, terus nurse mandikan dia...dan masukkan ubat vontot...malam tu dia tidur kat spital dengan aku...
Aku admitted dalam 4 hari gitu. Bila kena denggi ni, hospital akan report kat Kem kesihatan. Malam tu juga orang kem kesihatan called aku interview bagai...tanya keluar kerja pukul berapa, balik pukul berapa, ada makan kat luar tak...bla..bla...macam2lah dia tanya. Aku pun pasrah ajelah jawab...yang kat rumah pulak lain cerita, ada orang datang checked jentik2. Bukan rumah aku aje, habis selorong sejalan dengan rumah aku tu di ketuknya...ampun ya jiran-jiran....Hari aku discharge tu pulak, upacara fogging kat area rumah aku. Untuk rumah mangsa denggi, siap sampai ke dalam-dalam rumah di semburnya! Lepas tu orang tu siap tanya kat budak2 ni, sapa yang kena denggi? ibu...hahaha...
Ni gambar dia orang sembur kat area jalan rumah aku lah ni...
Ni gambar kat dalam rumah selepas di sembur...buka kipas laju-laju...jenuh jugalah nak mengemop lepas tu.
Ni pulak gambar qaseh nak kena ambil darah. Diakan demam juga, masa ni platelet dia 97. Lepas berperang bagi makan ubat demam dan antibiotik, alhamdulillah dia okey, tak kuasa lah aku nak bawa lagi dia ambil darah. Kesian betul tengok cara Dr ni ambil darah dia. Aku siap tanya kenapa ambil darah macam tu??? Dia kata, budak2 memang macam tu caranya...
Okey tu ajelah cerita buat masa ni. Sekarang ni Alhamdulillah...aku dan qaseh dah sihat sepenuhnya. Makan tak usah cakaplah kannnn...masa nak admit hari tu, kena timbang berat...berat aku turun 3 kilo tuuuuuuuuuuuuu....sekarang ni dah naik dua kali ganda kot...hahahaa...
Terima kasih datang baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan