Gambar tak adalah banyak mana, tapi cerita tetap nak berpart-part juga kannnnnnnn...Ni kejadian pada raya kedua. Bacaan yaasin dan tahlil sesama adik beradik, sepupu sepapat dan anak-anak sedara aje. Untuk bacaan yaasin dan tahlil ni diketuai oleh my brother in law.
Buat lepas dia orang balik dari solat jumaat. Terus sambung kat rumah pula. Habis tahlil baru dia orang makan. Kira lambat jugalah dia orang ni lunch.
Tu yang tutup-tutup muka tu abang eimran dengan sepupu-sepupu dia. Malulah kononnnn...dia orang ni sekejap aje duduk baca, lepas tu sorang-sorang turun...
Masa orang sibuk baca yaasin, my anak dara nit nit ni sibuk suruh mak lang dia pakaikan inai. Lepas tu mak lang siap tocangkan rambut dia lagi...sampai nak tertidur pun sanggup tunggu rambut di tocangkan...qaseh...qaseh...
Malamnya pula, masing-masing menghabiskan saki baki bunga api dan mercun. Oh ya...menu lunch untuk tahlil tu aku tak ambil pun gambar...tapi antaranya nasi putih with lauk pauk kampung macam asam pedas, ehh tu satu aje yang aku ingat...ngeh..ngeh...ada sate, green lamb, sambal sotong from shah alam yang tersehdapppp...lagi apa ya?? Teruk betul memori aku sekarang ni...almaklumlah dah berusia...ehem..ehem...
Raya ketiga kita orang dah sibuk mengemas rumah sebab masing-masing dah nak balik ke pangkal jalan. Sebelum tu sempatlah aku menyinggah kat rumah Tok Long, tapi tak makan apa pun, just bersalam raya lepas tu singgah kat senawang rumah mak chu.
Raya tahun ni paling sikit berjalan raya. Baju yasmin dan qaseh pun ada beberapa helai lagi yang tak pakai...muehehehe...Abang eimran dengan danial memang budget sehelai dua aje tahun ni...sib baik tak berjalan sangat, kalau tak silalah ulang pakai baju tu ya!
En suami hari Isnin dah start kerja, cam ner kita orang nak jalan???? Duduklah aku dengan anak-anak kat rumah menunggu orang datang beraya...tu pun tak ada juga orang datang. Sedihhhhhhhhh...Yasmin semangat mengisi kuih raya dalam balang, tapi abang eimran dengan danial yang duk perabiskan. Dah tak ada orang datang, dia orang lah yang makan sambil tengok TV.
Rasanya ini ajelah cerita dan gambar raya aku. Lepas ni aku buat entry tetamu pulak ya.
Terima kasih datang baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan