Gambar tak adalah banyak mana, tapi cerita tetap nak berpart-part juga kannnnnnnn...Ni kejadian pada raya kedua. Bacaan yaasin dan tahlil sesama adik beradik, sepupu sepapat dan anak-anak sedara aje. Untuk bacaan yaasin dan tahlil ni diketuai oleh my brother in law.
Buat lepas dia orang balik dari solat jumaat. Terus sambung kat rumah pula. Habis tahlil baru dia orang makan. Kira lambat jugalah dia orang ni lunch.
Tu yang tutup-tutup muka tu abang eimran dengan sepupu-sepupu dia. Malulah kononnnn...dia orang ni sekejap aje duduk baca, lepas tu sorang-sorang turun...
Masa orang sibuk baca yaasin, my anak dara nit nit ni sibuk suruh mak lang dia pakaikan inai. Lepas tu mak lang siap tocangkan rambut dia lagi...sampai nak tertidur pun sanggup tunggu rambut di tocangkan...qaseh...qaseh...
Malamnya pula, masing-masing menghabiskan saki baki bunga api dan mercun. Oh ya...menu lunch untuk tahlil tu aku tak ambil pun gambar...tapi antaranya nasi putih with lauk pauk kampung macam asam pedas, ehh tu satu aje yang aku ingat...ngeh..ngeh...ada sate, green lamb, sambal sotong from shah alam yang tersehdapppp...lagi apa ya?? Teruk betul memori aku sekarang ni...almaklumlah dah berusia...ehem..ehem...
Raya ketiga kita orang dah sibuk mengemas rumah sebab masing-masing dah nak balik ke pangkal jalan. Sebelum tu sempatlah aku menyinggah kat rumah Tok Long, tapi tak makan apa pun, just bersalam raya lepas tu singgah kat senawang rumah mak chu.
Raya tahun ni paling sikit berjalan raya. Baju yasmin dan qaseh pun ada beberapa helai lagi yang tak pakai...muehehehe...Abang eimran dengan danial memang budget sehelai dua aje tahun ni...sib baik tak berjalan sangat, kalau tak silalah ulang pakai baju tu ya!
En suami hari Isnin dah start kerja, cam ner kita orang nak jalan???? Duduklah aku dengan anak-anak kat rumah menunggu orang datang beraya...tu pun tak ada juga orang datang. Sedihhhhhhhhh...Yasmin semangat mengisi kuih raya dalam balang, tapi abang eimran dengan danial yang duk perabiskan. Dah tak ada orang datang, dia orang lah yang makan sambil tengok TV.
Rasanya ini ajelah cerita dan gambar raya aku. Lepas ni aku buat entry tetamu pulak ya.
Terima kasih datang baca.
Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya. Papar semua catatan
22 Ogos 2013
21 Ogos 2013
AidilFitri 2013
Mula-mula kenalah letak gambar nasi impit, rendang tapi aku tak snap pula gambar kuah kacang. so makanlah nasi impit dengan rendang yang sehdap itu...kuah kacang ada, cuma aku aje yang tak snap. Macam biasalah, kuah kacang beli kat Samuri...tiap kali beli mesti harga naik...
Raya tahun ni biasa-biasa aje bagi aku...tak ada yang luar biasa pun. Ehhh ada...tetiba ada orang yang dah bertahun tak balik...balik untuk melepaskan 'hajat kecil' aje...muahahaha...ya ampunnn hari raya pak!!!
Macam manalah nak bestnya, gambar satu family pun tak ada...gambar adik-beradik pun tak ada...venci tau!
nasi impit is a must di pagi raya
di sebabkan raya hari khamis, kami semua balik kampung hari rabu...jadi rendang hanya di kacau selepas waktu berbuka...kali ni rendang ikut resepi my brother in law.
Macam tahun-tahun sebelum ni, pak cik aku ni memang balik kampung untuk sembahyang raya. Lepas tu singgah bersarapan kat rumah kita orang, haruslah cucu semua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya...tengok tu nak terkeluar duit raya dari poket...
Nilah kerja budak-budak bandar yang tak tahu menghargai hari raya...kalau tak main saidina ni, berebut main PS2. Suka hati koranglah ya anak-anak...
Ni ajelah satu-satunya gambar yasmin yang berjaya aku tangkap. Lengkap berbaju kurung dan tudung.
Gambar qaseh ni pun dah petang baru berjaya di tangkap.
Sebelah tengahari lepas menunggu ketibaan makcik dan kakak aku, kita orang sekeluarga pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk beraya dengan family sebelah en suami. Memang macam tu lah selalunya. Cuma yang beza sikit tahun ni, malam tu balik kampung semula sebab anak-anak sibuk nak main bunga api dengan sepupu-sepupu yang ada kat kampung...selalunya dah penat beraya kat KL, kita orang akan bermalam di rumah sendiri. Tapi tahun ni singgah sekejap aje...
Okey tu aje sebahagian cerita raya pertama aku. Nanti sambung lagi ya.
Terima kasih datang baca.
Labels:
aidilfitri,
anak-anakku,
family,
hari raya
Langgan:
Catatan (Atom)












