Memaparkan catatan dengan label aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aidilfitri. Papar semua catatan

27 Ogos 2013

Jamuan Raya @ Office

 Aku beratur untuk ambil ketupat palas, lemang dan rendang
 Kawan aku beratur untuk ambil nasi arab dan kambing
Sorang lagi beratur ambil sate.  Kena bahagi-bahagikan untuk ambil makanan.  Kalau tak jenuh nak beratur...lepas tu nak makan lagi entah bila.  Itupun ada juga makanan yang kita orang tak ambil macam rojak mamak, aiskrim, mee rebus dan ntah apa lagi aku pun tak ingat.  Aku makan sikit-sikit aje, lepas tu terus balik...almaklumlah nak mengejarkan anak-anak yang duduk kat taska, tak sampai hati nak menikmati makanan ni...
Terima kasih datang baca.

26 Ogos 2013

Tetamu AidilFitri 2013

Ini baru 1st trip tetamu yang datang.  Ini pun side en suami.  Side aku bayang pun tak nampak lagi...2nd trip malam minggu lepas, tak sempat nak ambil gambar...sebenarnya terkejut sebab sekali ramai datang...sampai tak cukup kerusi nak duduk.  Dahlah tak cukup kerusi, nak duduk kat lantai pun tak muat...tetiba rasa rumah aku sangatlah kecil..huk..huk..huk...
Memandangkan ahkak sekarang ni maidless, haruslah ada kerahan tenaga bila ada waktu-waktu kecemasan macam ni...cemas ke tetamu datang rumah?  Untuk rumah yang memang kemas 24/7 tu takyahlah nak cemas cam aku ni...ahkak ni memang tak boleh nak mengemas rumah...tak sampai lima minit dah ada kertas atas lantai...tapi tetap lah kena menyapu dan mengemop...cuma tak buatlah hari-hari.  

 Yasmin memang sangat-sangat boleh di harapkan...dah tak ada maid ni, kenalah guna cawan dan pinggan pakai buang aje...sonang kojo ahkak!
 Danial pun tak kurang rajinnya menolong...dia bab-bab mengelap ni bolehlah serahkan kat dia.
 My nit-nit pun tak nak ketinggalan menolong kakak menyusun cawan dan pinggan plastik
 Di sebabkan masa tu hari bekerja, so mee hoon goreng sap-sap soi ni ajelah yang mampu aku fikirkan...Dahlah en suami pun balik lambat...sampai sama dengan tetamu...untuk menyelamatkan keadaan, orderlah sate belakang rumah.  Memang sangat-sangat menyelamatkan bila ada sate tu...
 Sebahagian dari anak-anak sedara
 my biras
bila tengok gambar ni, sangatlah togel meja makan aku tu...tak ada alas langsung...muehehehe...
Yang ni kawan Danial...umur 6 tahun datang beraya sorang-sorang waktu tengahari...masa tu aku pulak dah kunci gate sebab tak nak bagi danial keluar main lagi...sekali kawan dia ni datang...mak ko kata aku boleh datang raya...bukalah pagar ni aku nak raya...antara dialog budak ni cakap kat danial sebab danial tak bagi dia masuk...hahaha...
Buat masa ni, ini ajelah tetamu yang datang selain malam minggu lepas yang tak ada gambar langsung...Tunggulah kalau ada lagi...raya kan sebulan, akan aku update lagi ya.
Terima kasih datang baca...

22 Ogos 2013

AidilFitri 2013 Part II

Gambar tak adalah banyak mana, tapi cerita tetap nak berpart-part juga kannnnnnnn...Ni kejadian pada raya kedua.  Bacaan yaasin dan tahlil sesama adik beradik, sepupu sepapat dan anak-anak sedara aje.  Untuk bacaan yaasin dan tahlil ni diketuai oleh my brother in law.
Buat lepas dia orang balik dari solat jumaat.  Terus sambung kat rumah pula.  Habis tahlil baru dia orang makan.  Kira lambat jugalah dia orang ni lunch.
Tu yang tutup-tutup muka tu abang eimran dengan sepupu-sepupu dia.  Malulah kononnnn...dia orang ni sekejap aje duduk baca, lepas tu sorang-sorang turun...
Masa orang sibuk baca yaasin, my anak dara nit nit ni sibuk suruh mak lang dia pakaikan inai.  Lepas tu mak lang siap tocangkan rambut dia lagi...sampai nak tertidur pun sanggup tunggu rambut di tocangkan...qaseh...qaseh...

Malamnya pula, masing-masing menghabiskan saki baki bunga api dan mercun.  Oh ya...menu lunch untuk tahlil tu aku tak ambil pun gambar...tapi antaranya nasi putih with lauk pauk kampung macam asam pedas, ehh tu satu aje yang aku ingat...ngeh..ngeh...ada sate, green lamb, sambal sotong from shah alam yang tersehdapppp...lagi apa ya??  Teruk betul memori aku sekarang ni...almaklumlah dah berusia...ehem..ehem...

Raya ketiga kita orang dah sibuk mengemas rumah sebab masing-masing dah nak balik ke pangkal jalan.  Sebelum tu sempatlah aku menyinggah kat rumah Tok Long, tapi tak makan apa pun, just bersalam raya lepas tu singgah kat senawang rumah mak chu.  

Raya tahun ni paling sikit berjalan raya.  Baju yasmin dan qaseh pun ada beberapa helai lagi yang tak pakai...muehehehe...Abang eimran dengan danial memang budget sehelai dua aje tahun ni...sib baik tak berjalan sangat, kalau tak silalah ulang pakai baju tu ya!

En suami hari Isnin dah start kerja, cam ner kita orang nak jalan????  Duduklah aku dengan anak-anak kat rumah menunggu orang datang beraya...tu pun tak ada juga orang datang. Sedihhhhhhhhh...Yasmin semangat mengisi kuih raya dalam balang, tapi abang eimran dengan danial yang duk perabiskan.  Dah tak ada orang datang, dia orang lah yang makan sambil tengok TV.

Rasanya ini ajelah cerita dan gambar raya aku.  Lepas ni aku buat entry tetamu pulak ya. 
Terima kasih datang baca.


21 Ogos 2013

AidilFitri 2013

Mula-mula kenalah letak gambar nasi impit, rendang tapi aku tak snap pula gambar kuah kacang.  so makanlah nasi impit dengan rendang yang sehdap itu...kuah kacang ada, cuma aku aje yang tak snap.  Macam biasalah, kuah kacang beli kat Samuri...tiap kali beli mesti harga naik...
Raya tahun ni biasa-biasa aje bagi aku...tak ada yang luar biasa pun.  Ehhh ada...tetiba ada orang yang dah bertahun tak balik...balik untuk melepaskan 'hajat kecil' aje...muahahaha...ya ampunnn hari raya pak!!!
Macam manalah nak bestnya, gambar satu family pun tak ada...gambar adik-beradik pun tak ada...venci tau!

 nasi impit is a must di pagi raya
 di sebabkan raya hari khamis, kami semua balik kampung hari rabu...jadi rendang hanya di kacau selepas waktu berbuka...kali ni rendang ikut resepi my brother in law.  
 Macam tahun-tahun sebelum ni, pak cik aku ni memang balik kampung untuk sembahyang raya.  Lepas tu singgah bersarapan kat rumah kita orang, haruslah cucu semua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan duit raya...tengok tu nak terkeluar duit raya dari poket...
 Nilah kerja budak-budak bandar yang tak tahu menghargai hari raya...kalau tak main saidina ni, berebut main PS2.  Suka hati koranglah ya anak-anak...
 Ni ajelah satu-satunya gambar yasmin yang berjaya aku tangkap.  Lengkap berbaju kurung dan tudung.
 Gambar qaseh ni pun dah petang baru berjaya di tangkap.
Sebelah tengahari lepas menunggu ketibaan makcik dan kakak aku, kita orang sekeluarga pun bergerak ke Kuala Lumpur untuk beraya dengan family sebelah en suami.  Memang macam tu lah selalunya.  Cuma yang beza sikit tahun ni, malam tu balik kampung semula sebab anak-anak sibuk nak main bunga api dengan sepupu-sepupu yang ada kat kampung...selalunya dah penat beraya kat KL, kita orang akan bermalam di rumah sendiri.  Tapi tahun ni singgah sekejap aje...
Okey tu aje sebahagian cerita raya pertama aku.  Nanti sambung lagi ya.
Terima kasih datang baca.

20 September 2011

Riang Ria Raya-tak habis-habis

 Suka betul dia orang ni bergambar kat tingkap tu...next year aku pulak...asyik korang aje...
 anak2 terchenta...


Rasanya cukuplah kot gambar2 raya aku...lagipun kita orang bukan bergambar sangat...sikit2 aje.  Sudah2 lah tu kan...

19 September 2011

Small Makan-makan

Small makan2 ni maksudnya untuk family members aje.  Kang ada lak yang tanya, big makan2 bila?  Tu yang aku jelaskan bagi faham...Ingat nak bagi makan nasi aje, tapi dah ramai sangat request nak steamboat, maka tunaikanlah hasrat perut masing2 kan...lagipun kalau buat steamboat ni, sonang sikit kerja tuan rumah...dia orang nak, dia orang celup sendiri...


Sebenarnya dia orang tak tahan tengok bila aku post kat blog kita orang asyik makan steamboat aje...tu yang dia orang request tu...
Ni antara tetamu aku yang awal jugak..yang terawal kakak aku dari Mantin, tapi boleh lak aku lupa nak ambik gambar dia orang.  Tapi kakak aku tu pun bukan suka nak enterframe kat blog aku ni, dia low profile, so kenalah hormati...
 Family abang aku
 sisters
in laws

Satay Raya

 Lepas solat raya kan..kan..kan... baru start upacara membakar satay.  Sepatutnya bakar masa malam raya, tapi dah tak cukup corrum...bakarlah pagi raya tu.  Tapi tahun ni tak ada satay daging, satay ayam jer.  ayam pun ayamlah...belasah aje...habis jugak, yang penting tak membazir.
Tukang order adalah aku...bukan satay yang famous amos tu, satay ni walaupun tak famous, boleh tahan jugak lah.  Sodap aje aku rasa...malah aku rasa lagi sedap dari yang famous tuttt...


Kuih raya pun ada jugak...bukan makan satay aje...kuih raya tetap tak di lupakan...
tak habis lagikan citer raya ni..almaklumlah raya sebulan....

16 September 2011

Raya Pertama Lagi

 Ni sebahagian dari gambar2 masa pergi beraya pada hari pertama.  Sempatlah terjah dalam 4 buah rumah. layan ya..





Raya Pertama

Ni kira sambungan Pt I yang kat bawah tulah ya.  Masih lagi gambar2 di hari raya pertama.  Qaseh harus sedondon ngan kakak dia.  Eimran ngan Danial pun sama kaler baju melayu, ibu ngan ayah aje yang tak sedondon...Tapi qaseh pakai sekejap aje, tx tahan panaskan... lagipun dia tak boleh tahan tengok baju mickey mouse dia tu...
 Pak sedara-one and only yang tinggal sedang menikmati juadah di pagi raya.  Every year pak cik aku ni tak pernah tak datang rumah kita orang.  Memang dia sembahyang raya kat kampung pun...2nd raya datang lagi ngan family dia lak.
 Kakak aku ngan anak2 sedara pompuan...
 sesi salam2 dengan collect duit raya dari Tok Yik...

kelakar tengok muka qaseh...uncle chihab buli suruh pakai songkok ya..nanti ibu rotannnn dia...
Related Posts with Thumbnails