Gambar kat dalam Pasar Baru memang tak sempat nak ambil, sebab aku pun ada google sebelum tu, tak berapa di galakkan ambil gambar kat sana khuatir pencopet. So berhati-hati sebelum terkena.
Excited budak ni nak naik kapalterbang. Pertama kali gitu. Aku tanya kat abang eimran, dia tak kisah ke kalau aku bawa yasmin, tak kisah asal bukan ke Old Trafford...eerrrkkk...
Walaupun dah siap2 makan kat LCCT tapi tetap makan lagi kat atas flight. Kali ni aku rasa macam tak berapa nak ambil gambar dalam flight...tak tahulah kenapa. So gambar pun tak berapa nak banyak.
Selepas 2 jam berzikir...tak tidur pun...mata tak mahu lelap langsung walaupun bangun pukul 2 pagi...sampai sudah kami dengan selamatnya. Yasmin jadi mangsa model tak berbayar..hahaha...
Terus ke hotel...sebelah aje dengan hotel ada kedai sama macam 7 Eleven tu...sedaplah yasmin hari-hari minum slurpee. Tu baru sampai pun dah membeli...
Late lunch hari pertama.
macam otak-otak tapi bukan sebenarnya
Ni hotel tempat tidur kita orang. Dua tingkat...kalau pergi berempat atau family yang sedang-sedang aje, sesuailah duduk sini- Grand Serela Riau Bandung namanya. Aku dan yasmin tidur kat bhg atas. Tengah malam nak terkucil...gagah jugalah turun tangga tu. Lagi satu hotel ni mengamalkan penjimatan elektrik...suram aje lampu kat bilik. Kita orang nak pack barang pun payah. Duk harap cahaya dari bilik air aje. Sib baiklah dua malam aje...dan untuk tidur aje.Aku kalau jalan dengan kawan aku ni memang tak ada melawat tempat2 peranginan semua tu. Kita orang memang menghabiskan duit semata...hahaha...Kebetulan pulak Indonesia cuti masa kita orang sampai sempena Hari Nyepi kalau tak silap aku. So Bandung memang jamm teruk...Almaklumlah orang Jakarta pun datang sini...ada lagi satu group kawan aku yang ke Bandung hari yang sama, pergi Tangkuban...7 jam duduk dalam kereta. Tak boleh nak buat apa langsung...
Ok tu cerita hari pertama. Ada dua hari lagi. Kalau berkesempatan aku story lagi ya. Yang penting, terima kasih datang baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan