Hari Jumaat beberapa minggu yang lepas, cik kak kita ni sakit gigi. Masa ambil dia petang tu muka pun dah berkerut-kerut. Asyik cakap badan panas macam demam. Sibuklah suruh rasa kat leher dia panas ke tidak...aku rasa tak panas pun. Dia cakap, cikgu pun tanya kenapa dengan dia nampak macam tak sihat aje. Dia cakap dekat cikgu yang dia sakit gigi. Bila tengok gigi dia memang banyak yang berlubang. Kalau ikut aku, nak suruh cabut aje. Aku offer kat dia, nak beli gula-gula lagi tak? Laju aje dia geleng.
Malam tu bawa pergi klinik gigi yang biasa kita orang pergi, nampak gelap cuma kat kaunter aje ada lampu. Tekan loceng, dia buka pintu bagi tahu dah tutup...Alaaa...memikirkan esok ramai orang, laju aje aku tanya, boleh beli ubat tahan sakit tak? Mujur pantas berfikir...nasib baik dia bagi...Jadi malam ni ibu dan anak boleh tidur dengan lenanya.
Esok paginya, terus pergi klinik gigi tapi klinik lain pula. Sebab tahu dah yang malam tadi punya klinik, memang beratur panjang. Mujur yang ini, tak berapa ramai orang. Sementara menunggu giliran, aku suruh dia baca buku dulu.
Doktor tak nak cabut gigi yang berlubang tu...sebab tu gigi susu, qaseh pun kecil lagi. Gigi kekal jauh lagi nak muncul. Jadi doktor nasihatkan untuk tampal. Oklah saya menurut perintah. Qaseh pun ok. Kata doktor, dia berani dan beri kerjasama, senang kerja doktor.
Boleh tahan lama juga aku menemankan dia kat dalam tu...Doktor bersihkan lubang yang dah rongak tu. Lepas tu doktor nampak gusi dia pun bernanah. Semua tu doktor bersihkan sekali.
Canggih juga lah klinik gigi ni...siap boleh tengok gigi yang rongak tu. Kat skrin depan tu gigi qaseh yang berlubang...besarkan lubangnya. Patut pun dia rasa nak demam, gigi geraham tu. Masa ni belum berapa bersih lagi..ngeri tengoknya...
Zoom sikit..yang ni dah bersih...tinggal tunggu nak di simen kan aje. Doktor bekal kan ubat tahan sakit dan antibiotik. Sebenarnya ada lagi sebatang gigi sebelah gigi geraham ni yang nak kena tampal juga. Aku minta buat appointment lain.
Tu ajelah cerita qaseh. Terima kasih datang baca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan