04 Ogos 2016

Kenduri Tahlil sebelum puasa


As salam. Kesian sangat dekat diri sendiri sebab orang dah update cerita raya, aku baru nak update cerita sebelum puasa...melampau sangat tuan tanah ni...
Entah dimana silapnya, vitamin R aku tak muncul-muncul....jadi layan aje lah cerita dah basi ni.

Kenduri ini pun buat lagi seminggu nak puasa. Susah juga nak cari tarikh yang sesuai untuk kumpulkan semua adik beradik. Kenduri pun tak buat dekat kampung, kami buat di rumah kakak di seremban 2.

Kami mulakan dengan solat zohor berjemaah yang diimamkan oleh abang ipar aku. Alhamdulillah semua adik beradik aku ada kecuali adik yg bongsu ada urusan yang tak dapat dielak kan. Makcik dan pakcik serta sepupu-sepupu aku pun berjaya menghadirkan diri masing-masing...syabas kat korang.

Lepas solat zohor, kitaorang terus baca yassin dan tahlil untuk arwah-arwah yang telah terlebih dahulu pergi menemui penciptanya.

Selesai bacaan yassin dan tahlil, kami menjamu selera tanpa henti hingga ke malam. Melampau betul kitaorang...


Bersambung ke malam pulak, acara membakar satay...
Sambung lagi dengan makan nasi dan sembang-sembang sesama sendiri. Pintu rumah tutup lebih kurang pukul 12 malam.

Anakanda Danial yang tak berapa sihat masa sampai tu, bukan main seronok dapat lepas bebas main roller blade dekat taman permainan. Terus sihat dia...

Tu ajelah cerita sebelum puasa. Terima kasih datang baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails