16 Ogos 2016

Ayam Kicap Bermadu

As salam.
Aku belasah aje letak nama masakan ayam tu...sesedap rasa aje kan...aku masak untuk makan malam semalam. Saja tak nak makan yang pedas sebab anakanda qaseh demam dan batuk...batuk yang teruk juga. Sampai hilang selera nak makan...itu ayat dia lah tu...


Ni rupa ayam kicap bermadu aku. Bahan apa yang ada saja. Aku tengok ada madu yang dah lama tak berusik, kita curah dekat ayam. Madu tu qaseh yang suka makan. Semalam sempat bagi dia sesudu makan untuk kurangkan batuk dia tu.

Alhamdulillah semalam dapatlah suapkan dia makan dua tiga suap. Jadilah sebab dia tak berapa lalu nak makan dari pagi tu...

Macam biasa lepas tu bercinta nak suruh dia makan ubat...bila ayah balik rela terpaksa dia makan ubat..redho ajelah qaseh...

Tu aje cerita hari ni. Terima kasih datang baca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails