08 Ogos 2016

Abang Eimran

As salam.

Jumaat lepas aku cuti sebab nak ambil keputusan periksa abang eimran. Periksa dah lama tapi baru nak bagi results. Aku rasa sebab vokasional ni dah taraf kolej, tu yang lambat sikit nak dapat keputusan periksa. Tak apa, mak sabar aje....

Aku adalah juga tanya dekat eimran, macam mana result periksa dia, dia kata tak tahu...yang di
a tahu maths dia 'c'...mak is terkejut okey...tapi sebenarnya memang selalu pun macam tu....hahaha.. tapi ada peningkatanlah tu sebab sebelum ni selalunya gahgal...

Seawal 8 pagi dah gerak ke kolej dia...semangat bukan main lagi aku. Aku ingat akulah yang paling awal, ramai juga yang bersemangat macam aku nak ambil keputusan anak...dekat sejam juga menunggu nak jumpa cikgu...sementara tu jomlah kita selfie dulu.


Mak is happy menunggu giliran...hahaha.

Aku sebenarnya dah siap-siap soalan nak tanya dekat cikgu dia...tapi bila duduk aje cikgu cakap eimran antara pelajar terbaik...mak is terkelu dan terkedu...terbang melayang semua soalan yang nak ditanya...
Cikgu bengkel pula kata, so far antara pointer yang tertinggi, aku syak untuk kelas dia kot...cikgu siap cakap boleh dapat anugerah dekan...perghhh terkedu lagi aku....eimran tak ada masalah disiplin di kolej. Aku hanya mampu cakap alhamdulillah...


Hari tu dah kongsikan dekat FB, sekarang aku abadikan dekat blog pulak. Tahniah abang...tak sia-sia ibu ambil cuti yang tinggal beberapa hari aje lagi tu...Semoga abang tingkatkan lagi usaha sebab dia kata ada kawan dia punya pointer lagi tinggi dari dia...

Ok. Itu aje nak cerita...jarang benar aku nak blogkan cerita dia. Dia pun bukan suka sangat kalau aku blogkan cerita dia..

Terima kasih datang baca.

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails