Memaparkan catatan dengan label aktiviti hari ahad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti hari ahad. Papar semua catatan

30 April 2013

Sabtu & Ahad Kami

Yasmin dah lama minta aku bawa dia gi kedai gunting rambut...rambut dia panjang, tapi dia cukup malas nak menyikat rambut sendiri...kalau tak aku membebel...jangan haraplah dia nak sikat rambut dia tu.  Bila aku sikatkan nanti, mulalah hujan renyai-renyai...suruh sikat sendiri tak nak.  Sudahnya dia minta gunting pendekkan sikit rambut dia tu.  Ayah dia suruh simpan panjang...kalau ikutkan aku, aku lagi suka dia rambut pendek.  Senang nak diuruskan...So lepas zohor sabtu lepas, aku pun memulakan operasi mencantas rambut dia. Alaaa potong lurus aje.  Tapi sebelum nak potong tu, kenalah sikat dulukan...pot pet pot pet mulut aku membebel tengok rambut dia yang kusut masai tu...
 Nak menggunting tu sekejap aje...menyikat tu yang lama.  Naik lenguh kaki aku berdiri...terus suruh tukar kerusi...muahahaha...nampak sangat dah tua, tak ada stamina. Berdiri lama pun tak boleh...
 Lepas tu budak kecil ni pun sibuk suruh gunting rambut dia pulak...rambut dia ni nipis, berbeza dengan rambut yasmin yang tebal dan hitam tu.  Lagi satu, qaseh suka gunting sendiri rambut dia...Suka main gunting budak ni...kadang tengok rambut dah terabur aje kat dalam bilik...yang ni pun aku gunting lurus aje kat depan tu.  Rimas tengok rambut yang mencucuk mata...
Hari Ahad pula, seawal 8 pagi kita orang dah bergerak ke Rantau.  Aku pagi-pagi duk mencari no. talipon kedai jahit aunty ni.  Memang ni aje kedai yang selalu aku hantar selain yang dekat office.  Tapi untuk raya tahun ni, tailor yang dekat office aku ni dah tutup tempahan untuk raya.  Jadi terpaksalah aku hantar kat kedai aunty ni.  Selalu hantar kat sini tapi no. talipon tak ada dalam simpanan..boleh macam tu??? Jenuh aku whatsapp dengan kakak aku yg kat Brunei tu kot dia ada no kedai aunty ni...haremmmm...call kakak aku yang kat Nilai tu pulak...tak berjawab-jawab.  Tahulah hari Ahad, tak kan tak bangun lagi kot!  
Dah berjaya mendapatkan no talipon aunty ni, terus laju-laju suruh anak-anak mandi...sib baik semuanya pantas.  Pukul 8 dah gerak...Tempah terus baju raya untuk yasmin dan qaseh.  Qaseh tersipu-sipu malu masa di ambil ukuran...Dalam setengah jam aje kat kedai jahit tu, terus balik KL semula.  Balik semata-mata nak tempah baju aje...
Baru pukul 10, dia orang dah bising dahaga...berhentilah pulak kat 7 Eleven senawang.  Dia orang ni masuk 7 Eleven tu macam dapat masuk Toys r Us.  Segala benda nak di rembatnya.  Bising jugalah mulut aku menapis segala barang yang di letak kat kaunter tu!  1st time mencuba Magnum Chocolate Brownies tu.
Aku kalau dapat magnum susah nak komen.  Sedap aje kat tekak aku...untuk en suami dia suka yang strawbery.  Tu pun perisa baru kan.
Singgah rumah sekejap ambil bibik yang nak beli hp untuk di bawa pulang.  Lepas tu terus ke site office en suami kejap, kemudian terus ke Pertama Compleks cari hp untuk bibik.  Dapatlah dia bergaya dengan samsung corby harga RM 250.  Yang penting bagi dia ada kamera.  By tengahari tu, masing-masing dah lapar...maunya tak lapar, pagi tu makan kuih aje kat dalam kereta.  Ingat nak ajak en suami makan kat Bellamy, sekali hujan pulak.  Terus ajak makan kat area kajang aje.
Nilah tempat makan kita orang.  Lagipun ni permintaan terakhir bibik aku tu!! Nak makan kat Wong Solo...demand tau makcik tu!

 Yasmin dan eimran yang dah kelaparan.
sabar ya nak...
gambar makanan tak sempat nak ambil
licin licau kita orang kerjakan...
biasanya kalau datang sekeluarga macam ni
aku ambil set bandung untuk 5 orang makan, jimat sikit.
Okey tu ajelah cerita hujung minggu kami...
terima kasih datang baca

27 November 2012

Hari Ahad Kami

Stop kejap cerita Langkawi...nak cerita hari Ahad yang lepas...lepas..lepas...hahh lamakan tuh.  Gulai tempoyak tu pun dah selamat masuk perut.  Buat hari ahadlah tu...beli barang dedaunan tu hari khamis masa pasar malam.  kat satu gerai tu semua daun nak masak gulai ni ada, kecuali petai aje tak ada...sonang kojo dennn...
1st time masak gulai tempoyak ni...kalau arwah mak aku ada, confirmed dia bangga ngan aku...muahahhaa....yasmin tak menyempat nak rasa kesedapan gulai yang mak dia masak.  Tukang rasa yang pertama tentulah abang eimran...lepas tu dia pass kat adik dia ni.  memanglah ada sikit kurang sana sini, tak di nafikanlah...mak terima kritikan dgn hati yang terbuka...practice make perfect kata kauuuu...tapi aku rasa kalau ada petai mesti lagi sedap...hehehe...tak nak kalah gak tu...
Untuk makan malam pulak, ayah dia tambah lagi dua tiga jenis lauk.  Sebenarnya nak clearkan peti ais...kalau tak nanti sayur2 tu layu cam tu aje.  tu dia goreng peria katak dengan apa ehh benda tu..lupalah.  Alah selalu kalau beli yong tau foo ada yang 4 segi tu.  Kalau goreng garing memang sedap.
Ni pun dah bertapa kat dalam fridge tu kan main lama lagi.  Tauhu jepun tu di goreng manja2 aje...tambah dengan tomato + mangga muda ngan ntah apa lagi...not bad juga rasanya.  Yang ni cepat aje licin...
Ni pun sebab nak menghabiskan stok mangga terakhir hari tu.  tumbuk cili api, gaulkan dengan tempoyak, lepas tu gaul sebati dengan hirisan mangga...ni yang bertambah-tambah makan...
Bak kata Harith Iskandar, org M'sia ni masak nasi goreng lepas tu masuk kat FB...berduyun yang komen...hahaha...I terasa tauuuu....haruslah aku up gambar gulai tempoyak kat Instagram...tapi taklah berduyun pun yg komen...sedara mara aje pun...hahaha...
okey, tq for reading...

07 November 2012

Hari Ahad Saya

Masa pergi pasar tani kat Prima hari sabtu tu, sempatlah sambar petai.  Mahal kan petai sekarang...4 papan RM 5.  Nasib baik elok2 aje petai tu. Buatllah sambal tumis udang campurkan sekali petai.  Kali ni aku tambah sikit santan lepas menumis lada.  
Sebelum makan tengahari tu, buatlah puding ni.  Resepi ambil kat rumah Ijayuji.  Maaf Ija link tak jumpa pulak.
Petangnya pulak dalam hujan gerimis tu, aku buatkan cekodok nasi berjagung.  Tapi aku ada tambahkan juga udang basah.  Eimran dengan yasmin tak suka ada jagung...elehhh korang tu memula aje tak suka, tengok dulu pun tak suka juga cekodok nasi masa mula2 ibu buat...skrg ni asyiklah cakap dah lama tak makan cekodok nasi...
Daripada dgr dia orang membebel tak suka jagung lepas tu asyiklah duk korek2 jagung tu, aku suruh bibik bancuhkan lagi satu bancuhan cekodok nasi + udang.  Sukalah dia orang.
Dalam hujan tu sodap aje makan cekodok panas-panas dengan kopi 434.
Dua orang budak kenit ni...kejap baik..kejap gaduh...asal bergaduh aje mulalah telefon aku kat opis.  Kalau qaseh telefon mengadu pasal abang danial, boleh dengar kat belakang tu abang danial menangis sedih hiba.  Kalau abang danial pulak call mengadu pasal qaseh, boleh dengar raugan qaseh yang amat kuat...macam dia meraung kat telefon aje!  Tadi qaseh call bagi tahu abang danial cakap 'bengong' kat dia...balik nanti ibu cili tau mulut dia...jawab aje okey...satu kepuasan bagi dia.
okey tq for reading..

18 Oktober 2012

Aktiviti Hari Ahad

Kalau time aku cuti sabtu ahad tu...ni adalah antara permintaan anak-anak aku... pantanglah dengar benda berbunyi lalu kat depan rumah tu...
laju aje masing2 lari ke pintu.
 aku budget sorang seringgit...dapatlah aiskrim kone sorang satu.  
tapi yasmin cerdik...beli aiskrim batang satu 50 sen, so dia dapat 2.  
kita orang punya dah habis...dia ada lagi satu...
bila qaseh minta...dah buat muka sedihhh...
 rajin adik rajin
rajin lah belajar
 bila besar nanti
boleh tunjuk ajar...
 petangnya pulak, aku duk menyiat crab stick..
dah dua tiga kali buat.
kesukaan anak-anak dan en suami.
kadang di makan begitu saja
kadang di makan dengan nasi
sodap jer

08 Oktober 2012

Kidzania-






Tengok gambar dulu ya...
cerita ceriti kemudian, ahkak sibuk mengulangkaji ni...ngeh..ngeh..ngeh...

08 September 2012

Buatan Sendiri

Buat lagi cekelat ni hari Ahad lepas.  sebahagian lagi aku campurkan dengan bubble rice cam kat bawah ni.  Dari mula mencincang cokelat hinggalah menyusun bubble rice tu, aku di bantu oleh yasmin and of course lah bibik pun ada.  Yang lain tolong sekejap aje.  Agak-agak dah kenyang sorang-sorang bangun...
Cokelat tu aku tak berapa nak 'hentak' sangat tu yang ada lubang-lubang kecil.  
Aku beli cekelat tu hari Jumaat on Merdeka Day tu, lepas tu terus pergi Desa Pandan dengan cekelat tu sekali berjalan.  Sekali malam tu terlupa nak bawa balik rumah.   Sib baik esok tu nak balik Linggi, so kakak aku bawa lah sekali cekelat tu.  By the time balik ke rumah balik, cekelat tu pun dah cair.  Simpanlah dulu dlm fridge.  Pagi Ahad tu Yasmin dah bising suruh buat cekelat ni.  Sib baik dia tolong sampai habis.

Cekelat tu dah habis.  Bubble rice ni ada lagi sikit.  Yasmin siap bawa pergi sekolah untuk jamuan raya kelas dia...tapi lepas tu tanya, kalau tak ada orang nak makan macam mana?  suruhlah kawan bawa balik...takutlah tu kawan dia kata tak sedap...sekali bila balik sekolah excited kan main lagi cakap, kuih yang ibu buat tu pun habis kawan amin makan...amboiii selama ni dia duk risau kalau kawan dia kata tak sedap...cissss...

19 Julai 2012

Riang Ria Di Hari Ahad

Ya Allah...dah masukkan gambar rupanya, cuma tak letak bebelan aje.  Kejadian hari Ahad lepas.  Selepas makan durian, anak-anak aku sibuk ajak mandi kat kolam ni.  Dah lamakan tak bercanda kat tepi kolam, kasi chancelah kat dia orang.  Lagipun lepas ni tak boleh mandi-manda lagi, sebab dah nak puasa...tengok ajelah orang lain mandi dari atas.
Yasmin demam-demam pun merengek nak ajak turun mandi juga.  Balik rumah terus singgah klinik.  Dapat MC satu hari.
Qaseh ntah berapa kali tenggelam.  sib baik memang kat kolam kanak-kanak.  Menangis sekejap aje...seronok kan mandi kolam, kejap ajelah nangisnya.  Ada sekali tu abang danial tolak...merah-merah mata dia datang kat aku nak mengadu...pun sekejap aje sentap nya.
peace...
ibu ambik lah gambar qateh berenang...cam tulah rupa dia berenang. 
tenggelam lagi...kak min datang pujuk...omak eh duduk aje kat tepi ambil gambar...

13 Mac 2012

Tutti Frutti @ Kajang Lagi

Tiap kali pergi tutti frutti ni kan, aku mesti terliur tengok wang solo kat sebelah dia.  Tapi masa pergi baru-baru ni aku tak pandang pun wang solo, nanti makan hati...terus laju aje masuk tutti frutti...Ada ke tak tahu Tutti Frutti Kajang kat mana?  Senang aje...carilah Hospital Besar Kajang.  Pasti akan jumpa Tutti Frutti ni, sebab dia kat belakang hospital aje...senang kan...lepas tu bersebelahan dengan Wang Solo...
Ni aku punya...lupa lah apa ke nama dia.  memori aku teruk betul lah sekarang ni... sebenarnya tak adalah teruk mana pun, cuma banyak lagi benda lain yang aku nak fikirkan.  tapi sapalah yang sudi nak kata tutti frutti tak sedapkan...yang aku punya ni masam masam gitu...sedapppp...terliur dah ni...yang lain tak sempat nak di ambil gambar...

24 Julai 2011

Jom Pergi Taman

Haaa...pantanglah kalau aku sebut ayat tu...Laju dan bertubi2 anak2 terchenta akan tanya balik terutama danial.  ibu nak bawak adam gi taman ke?  me kasih ibu...adam saaaayang ibu...ni antara ayat2 cinta dari danial...sebenarnya dah3 minggu kita orang terperap kat rumah tak kemana2.  kesian kat aku dan anak2 aku...

Berlarian nak pergi taman.  happy aje dia orang.  panas pun tak peduli dah janji dapat pergi taman.  masa ni pukul 6 petang dah.  Tapi masih panassss...



Rajinlah kakak yasmin membuaikan adik2 dia. 
Related Posts with Thumbnails