Memaparkan catatan dengan label big bro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label big bro. Papar semua catatan

18 November 2013

JJCM - Big Bro Grill & Chop

Big Bro Grill & Chop ni dah banyak kali kita orang datang makan...dari gerai tepi jalan, sampailah berkongsi kedai dan sekarang satu kedai tu dia ajelah yang meniaga.  Time bulan puasa, kat bazar ramadhan pun kita orang cari Big Bro ni juga!

Kitaorang sangat puashati makan kat sini.  Service pun cepat...Portion boleh tahan banyak juga.  Harga sangat-sangat berpatutan.
Yasmin punya ni...Lamb chop.  Sekarang ni dia kalau makan western mesti nak lamb.  Sorang tu pun kadang dia tak habis, passlah kat sapa yang nak.
Ni suasana dalam kedai...macam tak ada orang ajekan...tapi sekejap-sekejap ada aje orang datang.  Kat belah luar pun ada meja lagi, orang suka duduk kat luar, berangin.  Kat kedai ni, inilah 1st time aku datang.  Sebenarnya kita orang tak perasan pun dia dah bertukar tempat...duk tertanya-tanya juga, sampai satu hari budak-budak ni nampak dah ada kedai...wahh bagus, makin maju bisness...

Big Bro ni terletak di area Prima Saujana, Kajang.  Terima kasih datang baca.

16 November 2012

Dating...

with en suami berdua aje last friday.  mestilah berdua, sebab balik kerja aje terus perut bernyanyi2 minta di isi.  Singgahlah kat Big Bro Grill & Chop ni lagi.  
 ni mix grill aku punya
lamb grill en suami punya
tapaukan juga untuk anak2 yang kat rumah.
Sementara aku sibuk mengemas baju nak ke utara tu, jeling2 juga
tengok anugerah skrin yang ntah apa-apa tu...
siap kemas terus tidur, tak tengok sampai habis pun...bohhhhsannn
cerita ceriti kat langkawi mungkin lambat sikit kot,
aku nak menunggu gambar2 dari camera kakak aku...
setakat gambar dari ph samsung aku ni, tak puas nak tengok nanti...
muahaaahahaha...ok tunggu next entry ya.
tq for reading...oppss lupalah...Selamat Menyambut Maal Hijrah
Related Posts with Thumbnails