Haiii kenapalah pulak gambar ni tak mahu tegak...dah tak mahu tegak, korang ajelah pusingkan kepala kalau nak baca ya...hehhee...
Tu kira birthday kad untuk ayah dia oranglah tu...Birthday ayah dia bulan dua belas hari tu. Sorrylah lambat nak update.
"Happy Birthday Ayah. Semoga ayah dimurahkan rezeki dan panjang umur(kitaorang tak nak buat ayah marah lagi) yasmin suruh tulis..." hahaha...gelak aku baca part ni...
"walaupun tak ada hadiah tapi kitaorang boleh lukis hadiah..." apa hadiah yang korang lukis tu..? ayahkan nak X6...lukislah gambar X6...
okey tu aje cerita anak-anak...tq for reading.
Memaparkan catatan dengan label en suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label en suami. Papar semua catatan
08 Januari 2013
16 November 2012
Dating...
with en suami berdua aje last friday. mestilah berdua, sebab balik kerja aje terus perut bernyanyi2 minta di isi. Singgahlah kat Big Bro Grill & Chop ni lagi.
ni mix grill aku punya
lamb grill en suami punya
tapaukan juga untuk anak2 yang kat rumah.
Sementara aku sibuk mengemas baju nak ke utara tu, jeling2 juga
tengok anugerah skrin yang ntah apa-apa tu...
siap kemas terus tidur, tak tengok sampai habis pun...bohhhhsannn
cerita ceriti kat langkawi mungkin lambat sikit kot,
aku nak menunggu gambar2 dari camera kakak aku...
setakat gambar dari ph samsung aku ni, tak puas nak tengok nanti...
muahaaahahaha...ok tunggu next entry ya.
tq for reading...oppss lupalah...Selamat Menyambut Maal Hijrah
07 April 2012
Berdua Denganmu...
pasti lebih baik...aku yakin itu...ala-lala...gediks kan...hari tu menemankan en suami ke JPJ atas urusan seri paduka baginda...banyak betul urusan seri paduka baginda aku kan...dah alang-alang ke area wangsa maju tu, aku pun apa lagi...laju aje ajak lunch kat Alpha Angle. Lama weeeiii tak datang sini...
ni ajelah yang dapat aku snap. Faham-faham ajelah kalau jalan berdua ni...tak ada maknanya dia nak tunggu aku ambil gambar...ni pun siap geleng geleng kepala lagi...
ni ajelah yang dapat aku snap. Faham-faham ajelah kalau jalan berdua ni...tak ada maknanya dia nak tunggu aku ambil gambar...ni pun siap geleng geleng kepala lagi...
Kalau dah sampai sini tak sahlah kalau tak menjamu selerakan...kata nak lunch together gether...dari zaman bujang trang tang tang lagi kalau ke Alpha Angle ni mesti nak makan kat food court dia. Kali ni kita orang ambil yong tau foo. Untuk dua orang makan...boleh lah...
Lepas tu jalan jalan kat Jusco/Aeon tu. Tak ada sales pun so jalan-jalan cuci mata aje. Sebelum balik beli donut big apple dengan biskut famos amos untuk anak-anak tercinta.
06 April 2012
Rendang Ayam Adabi
Jenuh mencari rempah rendang mak siti, boleh pulak tak ada seantero kawasan rumah aku tu...jadi nak tak nak gunalah rempah rendang adabi. Not bad juga. Masak rendang ni hari Sabtu lepas. Untuk menyambut kepulangan en suami...Sebenarnya hari Sabtu tu aktiviti pagi sampai tengahari penuh...cewahhh...tapi demi yang tercinta aku gagahkan juga mencari bahan nak masak petang tu...
Tak tahu nak masak apa sebenarnya...kalau ikutkan aku nak ajak makan kat luar aje...tapi cam tak syok pulak kan...pasti lah dia pun rindu nak makan masakkan isteri tercinta dia kan...aku aje yg perasan...Dalam duk fikir-fikir tu ini ajelah yang sonang baitu bagi aku. Anak-anak pun suka...so terhasil lah Rendang Ayam Adabi...
Labels:
anak-anakku,
en suami,
rendang ayam
15 Mac 2012
Sambal Telur Jer
Tak habis-habis citer hari Ahad lepas lagi tau...padahal hari ni dah khamis...ni lauk hari ahad malam, lepas balik dari Alamanda...tengok..makan aje kan. Padahal dah makan kat Tmn Warisan Pertanian tu...tetap juga nak makan malam tu. Tapi aku tak makan pun malam tu...Den kekonyangan...
Saja masak sambal telur ni, manalah tahu tengah-tengah malam nanti ada yang lapar buka periuk nasi pula kan...tengok nasi ada tapi lauk tak ada...nangis nanti...betul juga apa yang aku rasa...sebab pagi tu tinggal 3 biji aje telur tu...3 lagi telah di makan oleh en suami...3 biji tau dia makan...dia rindulah tu ngan masakan aku...ngeh..ngeh..ngeh..

dinner,
en suami,
sambal telur
25 Mei 2011
D.E.M.A.M.
Bukan sorang yang demam tapi 3 orang sekali demam kat rumah aku. Tapi sekarang ni yang dua orang dah baik tinggal lagi sorang. Macam mana nak baik kalau tak nak pergi klinik??? Kalau budak kecil boleh jugak aku dukung bawa masuk klinik, tapi ni bapak budak...sendiri mau ingatlah kan....
Memula yasmin yang mengalami sakit kepala lepas balik dari Saba Ahad lepas. Masa nak tidur tu dia dah mengerang2 sakit kepala, amin risau ni apalah yang ada dalam kepala amin ni...muahahaha...tengah malam dia kejutkan aku sebab badan dia panas dan sakit kepala lagi. Aku bangun tengok jam pukul 1.20 pagi. aku ambikkan ais letak kat kepala dia sambil urut2 kan sikit kepala dia sampai dia lena balik. Dalam pukul 4 lebih dia kejutkan lagi sebab sakit kepala lagi. Picitkan kepala dia sampailah dia tidur balik. Lagi sekali dia kejutkan dah nak dekat pukul 6 aku pun terus bangunlah.
Kebetulan ayah dia pun tak berapa nak sihat sebab sakit tekak, bawa dia pergi klinik. Dapat MC satu hari. Padahal minggu ni minggu exam. Semalam pergi lagi klinik sebab Danial pulak demam + muntah2. Actually yasmin pun ada muntah jugak tapi doktor kata angin- lambat makan. Rasanya kalau yasmin tu tak ada maknanya lambat makan. Hari Ahad tu aje, tengahari aku suapkan dia dengan danial makan. Petang tu, pergi Ampang dia sorang aje semangkuk ABC, mee goreng, aiskrim dengan chewing gum. Lepas tu malam pergi Saba, dia makan chicken chop dengan mushroom soup. Boleh ke angin masuk???
Danial tu kalau masuk angin bolehlah di percayai...sebab dia ni memang susah nak makan. Kalau nak makan tu siap nak cium2 dulu makanan tu...Rupanya danial start muntah lepas balik dari hantar yasmin pergi klinik. Sampai rumah aje terus melepek...lembik...makan pun tak nak. Petang masa dia ikut ambik aku kat Kajang, dia terbaring aje dlm kereta. Aku cakap kat dia, tulah danial muntah sebab banyak sangat makan t**k hidung... muahhaha... kuman ada banyak kat dlm perut tu...Lately ni dia memang kuat 'melombong' lepas tu selamba aje bawa masuk mulut sambil cakap, hhrrmmm sedapnyaaa....disebabkan geram dengan aktiviti tak bermoral dia tu, kita orang saja tipu2 bagi kita orang punya pulak, selamba aje dia cakap, eeee mengotorlah...tapi masa dia demam tu aku dah suruh dia janji jgn makan lagi benda alah tu..dia angguk lemah...hahaha...setakat entry ni aku tulis, dia dah baik demam...back to normal, tp tengok tak ada lagi aktiviti 'melombong' tu...
Di sebabkan 3 orang sekali demam, terpaksalah aku ambik cuti kecemasan satu hari. Tu pun sebab aku sendiri dah pening asyik bangun tidur..bangun tidur aje malam tu. Mana tak nya, kejap danial kejut nak air, kejap yasmin kejut nak suruh picit kepala...kepala aku ni pening sapa nak tolong picit ??? sendiri picitlah...Sekarang ni Alhamdulillah yasmin dan danial dah baik demam. Yasmin pun dah pergi sekolah, danial pun dah start balik melompat sana sini...tinggal ayah dia orang aje yang masih sakit tekak...nak buat cam mana, dah dia sendiri tak nak pergi klinik........................penat mulut aku ni nak bagi tazkirah hari2...muahahah....

24 Mei 2011
Ahad
Dah byk kali aku suarakan kat en suami minta dia pasangkan jaring kat tingkap rumah, baru ni dia ada kelapangan. Selalunya dia sibuk sokmo...Bila dia dah start buat kerja memang tak boleh nak ajak ke mana2 lah walaupun eimran dengan yasmin duk sibuk ajak keluar. Dia orang berdua tu mencipta bermacam alasan nak ajak keluar. Esok nak periksa, pensil tak adalah, kaler pensel hilang lah...ada aje dia orang tu...
Dah siap pasang semua baru boleh keluar.
29 Mac 2011
Mr Mama
Ni lauk hari Rabu lepas untuk dinner sebenarnya. Since en suami sedang cuti2 M'sia lagi, dia take overlah kerja2 rumahtangga. Terima kasih awak...Eimran yang pada mulanya tak nak makan nasi, terus tanya ada nasi lagi tak? ngeh..ngeh..ngeh...tau sangat abang tu, mana boleh tak makan kalau dah ayah yg masak!
Ikan Talapia masak apa ya? Sweet sour ke sambal? mana2 pun boleh...
Ikan Talapia masak apa ya? Sweet sour ke sambal? mana2 pun boleh...
Siap buat tauhu sumbat lagi! kuah guna kuah steamboat aje.
Labels:
en suami
27 Disember 2010
Happy Birthday Sayang...
image from google
Malasnyyyeeerrr nak update blog. Tapi hari ni kena update jugak, sebab special day for en suami. Hari ni birthday ayah kepada anak2 bertuah aku tu, so kenalah masuk blog jugak. Tahun ni tx ada hadiah ya, sebab sibuk membeli membelah untuk persiapan 2 orang anakanda tercinta yang akan bersekolah pada tahun 2011. Kalau ada pun mungkin lambat sikitlah, alaaaa barang yg awak nak tu pun, bila2 masa saya boleh bagi kan?kan..kan..kan...barang yg awak nak tu, saya kena order dulu, tu yang leceh sikit..harap bersabar ya...
Selamat Hari Lahir ..., semoga dengan penambahan usia hari ini, akan mematangkan kita untuk meniti hari2 yg mendatang(tetiba jer ayat skema). Semoga di murahkan rezeki, dirahmati olehNya dan apa jua yg dilakukan mendapat keredhaanNya...
Labels:
en suami
18 Disember 2010
Breakfast hari ni...
ala-ala roti john
roti telur
nasi goreng
Hari ni breakfast roti john, roti telur ngan nasi goreng. Heavy giler punyer breakfast...Tapi bukan aku yg buat pun, my darling en suami yg buat...rajin dia... selalu tolong menolong...puji lebih sikit...supaya hari2 seterusnyer pun dia nak buat lagi...muehehehe...Jommmmm makan...
27 November 2010
Tembakan dari tingkat 37
dua puluh...camlah org tx tau..
tiga puluh empat, dlm perkataan...
tiga puluh tujuhhhhh.....
Tajuk n3 dasat, tx mau kalah punyer..hehehe. ni sumer hasil tembakan en suami...akulah yg suruh dia buat part time job ni. dah lama dah dia tolong klik2 kan pemandangan yg menarik ni, aku jer yg cam kura2 nak masukkan kat blog...
ni kat site office dia di Putrajaya, dia buat kerja kat tingkat 37, bangunan apa, aku tx pastilah pulak...tp kalau balik kerja tu, dia selalu lah citer yg dr tingkat 37 ni, pemandangan cantik, tu yg aku suh dia ambik gambar tu...
Posing dr tingkat berapa ni tx tahulah...sompek gak posing ya...
Labels:
en suami
27 Oktober 2010
Telur Ikan
Dinner minggu lepas. Telur ikan masak ala-ala lada hitam gitu...tx ada resepi khusus. Semua main campak jer. Maklumlah balik kerja jer terus zassss...tapi bukan akulah yg zasss...hehehe..en suami aku punyer air tangan...dia kalau masak mmg tx ikut resepi punyer, semua lebur jer...tp tetap licinnnnn....
Labels:
dinner,
en suami,
telur ikan
20 Oktober 2010
Cendol Uncle Husain
makanan dah habis baru teringat nak ambik gambar...
Ini acara santai aku ngan en suami minggu lepas. Kadang2 kalau ada benda nak discuss, kita org akan discuss kat luar, selalunyer lepas balik kerja terus singgah kat mana2 tempat yg sesuai...kalau balik rumah nnt, confirmedddddd.....sendiri mau ingatlah kan...
Kedai ni kat belakang sepital kajang jer. Aku nampak masa duk ulang alik ngantar anak sedara yg praktikal kat sepital ni, tu yg try test tu...nama kedai uncle husain tp bukan meet uncle husain tu...tp tx taulah pulak kot ada kena mengena...aku pun tx interview lak kat adik yg ambik order tu...kadang2 aku buat gak selambar interview sesapa yg ambik order tu...tanyalah sapa owner, bila bukak kedai ni, selalu lalu tx nampak pun...tulah antara ayat2 power aku...en suami selalu bebel kat aku, kata sibuk jer nak tahu...hellloooo sy prihatin okey...
Boleh tahan gak lah makan kat situ. Aku makan cendol ngan mee goreng. en suami darling aku tu makan kue tiaw...dia tx kata boleh tahan, dia kata, bolehlahhhh...
04 Ogos 2010
Mangga Muda
Ini buah mangga dr pokok depan rumah. hasil tangan en suamiku. Ini kira kali kedua berbuah. yang pertama tahun lepas ada berbuah gak, tp tx sempat nak besar dah gugur. Kali ni banyak jugak hasil nyer. beberapa biji dah di sedekahkan kepada jiran tetangga. rasanyer boleh tahan masam jugak, tp ada gak rasa lemak2 gitu.
02 Ogos 2010
Dinner
ikan pari goreng ngan madu..sedap bangattt..
Ni menu hari rabu lepas. semua ni dimasak oleh en suamiku. bukan aku tx sudi nak masak, tapi bila masuk rumah ajer, qaseh dah merengek nak susu, sebagai ibu yg mithali, aku utamakan dia dululah. lagi pun dia kan baby lagi...bukan reti org nak masak ke tidak...atas dasar timbang rasa dan kerjasama, en suami lah yg masak utk makan malam kalau hari bekerja...dah dua2 bekerja, kenalah give and take kan...tx gitu!? selalunyer menu campak2 dan yg simple mimple aje. walaupun simple tetap sedap di anak tekak aku ni...hehehe...resepi jgn tanya, sbb mmg tx ada resepi khusus, apa yg ada kat dlm peti ais jer...
18 Julai 2010
Jalan TAR
Langgan:
Catatan (Atom)