Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak. Papar semua catatan

28 Julai 2011

Good Luck Malaysia

Tetiba aje buat n3 pasal bola...tak per ni blog aku, suka hati akulah...semenjak 2 menjak ni aku patriotik sikit.  Almaklumlah tak lama lagikan kita nak menyambut kemerdekaan...

Aku harap harimau malaya boleh ngap itu singa malam ni!  Tak kisahlah sapa pun penjaringnya, pasti menanglah malam ni.  MALAYSIA BOLEH!!!


Danial laaagggggiiiii boleh!!!

22 Julai 2011

Dalam Kenangan - Chelsea vs Malaysia

Walaupun dah habis dah perlawanan Chelsea ngan Malaysia, aku tetap nak letak jugak kat blog ni.  Kenangan tu...bukan senang nak pergi tengok bola live kat stadium.  Ni bukan akulah, ni utk anak aku eimran.  Lagilah budak sekolah cam tu, dpt peluang gi stadium tengok live, sure terujakan.  Eimran sendiri teruja, tak sabar.  Dan dia dikira bertuah jugaklah sebab dapat pass tengok training hari Selasa sebelum game.

Jangan tak tau, bila dia baca kat blog tengok aku letak tiket aje, terus call tanya sapa punya tiket ???  Aku kata kawan punya...habis kenapa ibu lak yang beratur 20 minit... hahaha...kantoiii...bila dpt offer pass tengok training lagilah dia seronok.  Siap plan masa training nak pakai baju chelsea, masa game nak pakai baju malaysia...akulah tu suruh pakai baju malaysia!!
Budak ni pulak time aku nak ambik gambar pass tu, dia pun sibuk nak ambik gambar ngan power rangers dia tu...sukahatilah danial...dah malam ni, tak tidur lagi...dia ni memang tidur lambat punya kaki...
Related Posts with Thumbnails