Memaparkan catatan dengan label kudap2an. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kudap2an. Papar semua catatan

02 Ogos 2010

Popia Nestum+Horlicks




Tak taulah nama sebenar kuih ni apa. ni projek hari Sabtu pagi hari tu. Resepi ambik kat rumah hasue. Dah pernah buat sebelum ni, ini kira kali ke 2 lah percubaan berani mati aku. kalau nak resepi silalah ke rumah hasue. apa-apa pun terima kasih utk resepi ni.

23 Jun 2010

Cekodok Nasi

Ni pulak breakfast hari Sabtu. Disebabkan malam tu tx ada sapa yg makan nasi, so nasi byklah yg berlebih. Nak buat nasi goreng, cam tx berapa nak rajin. Lagipun aku dah lama ambik resepi cekodok nasi ni, mintak ampun lagi sekali, tx ingat kat umah sapa aku skodeng resepi ni. Sebenarnya, ini percubaan kali ke 2. Masa yg pertama dulu tx ada blog, so tx letak lah kan. Aku blend nasi + ikan bilis. Bagi tekak aku ni, sedap jer...sendirik buat sendirik lah kena puji kalau tx sapa lagi nak puji...cicah ngan sos cili jer. Kenyanglah sampai tengah hari. Lagipun lepas breakfast tu kitaorg(aku + anak2 jer) balik kg jap sbb nak tempah baju raya.

Cendawan Goreng


Ni menu kudap2an hari Jumaat lepas. Aku order 500g cendawan tiram dari sorang kawan opis-husband dia pengusaha cendawan ni, besar2 cendawan ni. Masa goreng pun, aku goreng sekuntum2 gitu, tx koyak2kan pun. Kalau beli yg kat luar tu, dah di koyak2kan, dpt ciput jer dah RM2.00. Selalunyer aku guna tepung kentucky yg dah siap jer, tp hari tu dah kehabisan stoklah pulak, nak gi kedai belakang, malaslah pulak, so campur jer lah segala tepung yg ada, tambah ngan blackpepper + telur. Setiap kali angkat dr kuali jer habis, maknanyer aper tu???? sedaplah kannnn....nakkk...sila buat sendiri ya, dah licin. Malam tu jugak habis 500g cendawan tu di goreng shj. Kalau dah makan cendawan sampai 500g, tx makan nasilah jawabnyer malam tu. Gambar ni eimran yg ambik sbb tu krg cun sikit.

Related Posts with Thumbnails