Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

13 Februari 2013

Cikgu nak gambar...

Sebulan lebih dah cikgu minta gambar ukuran size passport...mak dia buat endah tak endah aje.  Semalam baru berkesempatan bawa dua orang budak kecil ni pergi kedai gambar.
Qaseh awal-awal dah siap nak pakai tudung sekolah lagi...
Danial tak tahu nak senyum ke tak...dia kan perahsaan sikit...
so senyum ajelah danial ya...
hahaha...entry pendek aje
janji ada...
terima kasih datang membaca...

08 Januari 2013

Sekolah 2013

Awal-awal tahun ni mestilah up cerita anak-anak ke sekolah, ya tak?  Ahkak pun tak naklah ketinggalan, lagipun bolehlah nanti anak-anak baca apa yang omak eh menceceh kat blog ni hah...Tahun ni memang perancangan awal nak menghantar qaseh ke sekolah tadika.  Nanti kalau dah tak ada bibik, nak hantar dia duduk nursery aje...kesian pulak kat dia sorang-sorang tak ada abang or kakak yang temankan kat nursery nanti...tu pasallah aku nak hantar juga dia ke sekolah.  Lagipun budak kenit ni memang over excited nak pergi sekolah.  Hari-hari memang dah pesan suruh beli baju sekolah...masa pergi ambil baju sekolah dia hari tu, terus di peluknya, tak mau lepas dah...dia juga yang pegang sendiri sampai rumah.  
1st day sekolah hari tu pagi-pagi lagi aku dah ke hulu ke hilir...walaupun ada driver tapi penat juga turun naik kereta...hahaha...pepagi lagi dah berkejar ke sekolah agama yasmin nak settle yuran.  Lepas tu berkejar pulak ke sekolah menengah eimran nak membeli buku segalanya...tengok beratur panjang, tak jadi beli.  Time ni budak dua orang ni sibuklah duk called tanya bila nak hantar dia orang pergi sekolah...amboiii tak sabar korang ya...Pagi lagi dah siap pakai baju sekolah.  
Balik rumah by tengahari tu tengok yasmin pulak nak bersiap ke sekolah kebangsaan.  Terus hantar qaseh dan danial ke sekolah Pasti.  Danial biasalah terlebih manja kan...muka dah cuak aje bila tengok ada budak nangis jerit-jerit...aduhaiii...lepas tu boleh pulak demand tak nak naik kelas atas...qaseh masa ni rileks lagi...
tu qaseh tengah gigit jari tu...leka tengok ada budak nangis jerit-jerit...mesti dia pelik...naperlah pergi sekolah nak nangis...
Tu danial duduk kat depan sikit.  Demand kan tak nak naik kelas atas.  Murid 6 tahun kena naik kelas kat atas, danial cakap kat aku suruh bagitahu cikgu yang dia tak mau naik atas... ni bukan sekolah ibu ya sayang...ikutlah arahan anak ku...
Qaseh melilau ajer cari aku...mak ko sibuk ambil gambar dari pelbagai sudut...hahaha...
Bila cikgu kata nak kunci pagar aje, aku pun berkejar pulak ke sekolah yasmin pula.  Budak dua orang tu aku tinggalkan aje...
Sibuk lah pulak mencari kelas yasmin, kat tingkat 3 rupanya.  Tapi aku cam pelik juga apasal tak ada ibubapa pun ni, kecuali kat ruang legar untuk murid tahun 1.  Konon nak bayar yuran untuk sekolah keb. sekali guru kelas dia cakap tak ada yuran puan, tunggu surat sekolah untuk yuran PIBG...wahhh...bagusnya...baru ahkak tau...janji ditepati gitu...
Dari sekolah yasmin, pergi pulak sekolah eimran...nak membeli buku yang tak berjaya pada waktu pagi...sib baik belah petang ni tak ramai sangat orang, bolehlah aku beratur.  Settled semua baru boleh balik rumah nak bernafas sekejap.  Dapatlah jugak selayang dua...Terkejut ngam-ngam lagi lima belas minit pukul 4.  Kelam kabut pulak nak mengambil danial ngan qaseh.  Nak cari kan van pun ya juga.  
Sekali masa aku sampai nak ambil dia orang tu, cikgu cakap dua-dua menangis...aduhaiiilah ...tapi masa masuk kereta tu, elok aje senyum senyum...tapi mengakulah menangis sebab cari ibu tak ada...alololoooo...
Hari kedua sekolah lagi haru...dua-dua menangis tak kasi aku balik...Ntah kenapa hari kedua tu lagi ramai pulak budak menangis...ada yang siap baring-baring jerit panggil omak eh...aku suspek tu pasal lah qaseh pun ikut menangis...hari kedua tu, qaseh siap meraung-raung...cam berlumba-lumba lak sapa paling kuat nangis..hahaha...danial pun sama menangis-nangis manja...panggg karang baru ko tahu!!!
Hari ketiga sekolah tu aku dah start kerja, dan balik rumah tu dapat tahu yang qaseh tak pergi sekolah.  Hari Isnin pulak, masa aku ajak nak pergi bayar yuran, meraung-raung tak nak ikut...hahaha...selalu meraung-raung nak ikut, sekarang tak nak dah ikut...sebut sekolah pun cam trauma aje dia...Suprisingly malam tu masa aku balik kerja, dia nak pulak pergi sekolah...haiii qaseh...kejap nak pergi, kejap tak nak pergi...suka hati ko ajekan...
Kiranya dah tiga harilah dia pergi sekolah dan dah tiga lagu dia belajar nyanyi kat sekolah. Tapi bila suruh nyanyi kat ruma, malu malu...auwww...So tengoklah dalam sebulan ni, berapa hari dia pergi sekolah...harapnya berterusanla...
Ni ajelah gambar kakak min yang sempat aku ambil.  Dari hari pertama lagi dia pergi dan balik sekolah naik van.  Sendirian berhad aje dia...tapi minggu ni ada juga dia buat perangai nangis-nangis bangun pagi tak nak pergi sekolah...aku cuma warning...jangan bagi ibu jerit pagi-pagi ni ya!!!muahahha...kejamkan...terus dia masuk bilik air.  Sekarang ni aku tengah mengajar dia supaya berjimat cermat...kata nak pergi Legoland...so far berjayalah dia menyimpan RM1 dari sekolah agama dan sekolah kebangsaan. 
Gambar abang eimran berbaju sekolah menengah aje tak ada...dia tu sukalah kalau aku tak berjaya ambil gambar dia...tak nak masuk blog ibu, sudahhh...
Terkedek-kedek budak kenit ni balik sekolah...beg tu lagi besar dari dia...Ada cerita, qaseh kata, ada budak tu nak pegang beg aceh, ibu..habis aceh cakap apa? aceh kata jangan...wahhh kan main garang ko ya!!! Lepas tu dia tengok beg adam pulak ibu...aceh marah ke dia tengok beg abang...tak biarlah...amboiiii...jaga barang dia aje ya...abang punya dia biarkan aje...bertuah betul...
ok tu aje cerita persekolahan anak-anak aku.  Tq for reading...

06 Januari 2012

Cerita Anak-anak ke Sekolah

Tahun ni menyaksikan 3 orang anak aku ke sekolah.  Belanja besar kita orang tahun ni nak menyengolahkan anak-anak.  Hehehe lama dah tak dengar perkataan 'menyengolahkan'... nak tahu sapa selalu gunakan perkataan tu dulu?  Arwah mak aku lah...Al-Fatihah untuk arwah mak aku.


Aku tak tahulah kenapa setiap tahun mesti ada aje problem kalau beli barang2 untuk Eimran.  Last year dia komplen kata seluar dia ketat, padahal masa nak beli dah suruh dia cuba.  This year pun sama, tapi kali ni, baju dia aku tengok macam kecil aje.  Masa nak beli hari tu dah cuba juga.  Aku yang tengok macam ok aje...sekali bila dia pakai 1st day nak ke sekolah hari tu, cam kecil lak.  Ke dia yang membesar...Tambah pelik lagi plus nak gelak pasal kasut sekolah dia.  Dah lah dia nak yang bertali, aku dah cakap beli yang lekat tu lagi senang + cepat...nak juga yang bertali..okey mak ikutkan aje....sekali masa kat sekolah dia tengok kasut dia besar sebelah...size lain-lain...hahaha...tak tahulah macam mana boleh jadi cam tu.  Padahal malam sebelum pergi sekolah tu aku suruh siapkan kasut ngan stokin letak depan pintu, masa tu dia duk cuba lagi kasut tu, tapi tak perasan pula yang size lain-lain...pakai ajelah bang...tu gambar masa 1st day nak pergi sekalah...


Yasmin pulak naik dajah dua.  Awal-awal aku dah warning dia jangan nak menangis-nangis macam last year ya.  This year ibu tak layan, sebab ibu nak layan adam yang masuk tadika 5 tahun...berjaya tau ugutan aku tu...hehehe...dasar emak yang kejam...yasmin tak banyak ragam kali ni cuma dia duk pressure aku suruh balut buku teks sekolah kebangsaan dia.  Dia baru dapat buku teks masa hari pertama sekolah hari tu, tu yang duk tak henti-henti suruh aku balut.  Bukan aku tak nak buat, cuma time tu tak kena.  Sekali bila dia balik dari sekolah agama, tengok semua buku dah berbalut terus senyum sampai telinga...
ni pun gambar pagi sebelum pergi sekolah on 1st day hari tu..khas untuk tatapan mak de di Brunei...


Ni pulak gambar hero segala hero kat rumah aku ni.  Dia kata dia superhero...suka hatilah danial.  Kenalah letak gambar danial lebih sikit sebab 1st timekan pakai uniform sekolah... Masa pendaftaran hari tu, punyalah excited terlebih dia nak ke sekolah...tapi semalam masa nak suruh pakai baju sekolah, keliling rumah bibik kena kejar dia sebab tiba-tiba dia tak nak pergi sekolah...apa sudah jadi danial???  Lepas sesi pujuk memujuk barulah dia nak pakai baju sekolah...agaknya dia gementar kot...
Sekolah dia nikan hari tu masa register danial dapat sesi petang.  Okeylah, tapi aku cuba juga nak tukarkan ke sesi pagi...fresh sikit budak-budak ni...cikgu kata kalau ada kanak-kanak yang tak nak pagi, dia akan masuk kan danial ke sesi pagi.  Lepas tu kata masa orientasi dua hari ni, budak sesi petang kena datang waktu pagi, next week baru mula sesi petang...sekali masa pergi ambil baju sekolah hari tu, cikgu lain pulak cakap, sesi petang kena datang waktu petang...mak dah ambil cuti tau, nak ajar dia naik van pagi petang... okey fine...boleh cancel leave itu... lepas tu aku tanya pulak, sesi petang start pukul berapa??? Pukul 12 datuk harimau...sooooo semalam mak dengan tergopoh gapahnya bersiap lah selepas membalut buku-buku teks yasmin, terus ke sekolah danial pulak...peluh-peluh aku tau tak...sekali aku tengok budak sesi pagi pun tak habis kelas lagi...aku pun dengan ringan mulutnya tanyalah kat cikgu yang ada kat situ...sesi petang start pukul berapa???  Pukul 1.30 datuk harimau...gggrrrrr..hari tu saya tanya kata pukul 12...hari ni sudah tukar ke?  Masa tu baru pukul 11.55...arghhh lama lagi tu...
Ni sementara nak menunggu pukul 1.30.  Masa ni dia okey lagi...tak heran satu apa pun.  Dia main segala mainan yang ada kat sekolah tu...qaseh pun tumpang sekaki...Sambil tu aku cakap kat dia, ibu tak boleh tunggu tau...nanti ibu balik...petang nanti ibu datang balik tengok adam naik van...Ibu tunggulah adam...adam sayangggg ibu...adam nak belajar pandai-pandai...nanti adam nak bawa ibu pergi angkasa...terharunya aku dengar...ibu pun sayang adam tau...adam janji jgn nangis ya...adam tak nangis..adam kan superhero...masa beratur nak masuk kelas, dia siap buat thumb up lagi kat aku...okey...good boy adam!  Diam-diam aku pun balik lah rumah...petang tu dekat time nak habis kelas, pergilah tengok dia...ho ho ho...aku baru nak skodeng kat celah pintu, sekali tengok dia tengah menangis hiba...olololo..sianlah anak aku tu...dia nampak aje aku, terus datang kat pintu tu...adam tak nak sekolah ibu..adam nak balik rumah...kesiannya lah aku dengar...pujuk pun pujuk juga...tapi cakap juga kat dia, adam kan superhero...mana boleh nangis.  Nanti sapalah nak bawa ibu pergi angkasa ni...hahaha...saja pulangkan paku buah keras...hehehe


Helloooo...sekejap aje dia menangis ok....lepas tu dia kembali jadi betul-betul superhero... Melompat sana sini...rupanya masa dia menangis tu dia dah cakap kat cikgu yang dia mengantuk...alahai kesiannya adam...

22 Oktober 2011

Walkathon SKKP

Aktiviti sekolah anak2 terchenta aku awal bulan oct.  Kutipan untuk menampung bermacam2 kos kat sekolah.  Antara yang aku ingat untuk membaik pulih tandas murid2. Mulanya aku pun berminat jugak nak take part dlm acara walkathon ni, tapi bila tengok 8 km utk peringkat umur aku ni, rasa cam tak confident lak...kalau 4km tu boleh lah kot...hehehe..
aku keluar rumah awal lah jugak, kena cepat2 sebab tak bawa danial dengan qaseh...dia orang tidur lagi...selamattttt...jln kaki aje berdua dengan yasmin.  Eimran dah pergi dulu dgn kawan dia.  Nak dekat sampai sekolah, jumpa ngan budak2 sekolah ni tengah berlari... hellllloooo ni jogathon ke walkathon??? cikgu yang jaga kat simpang tu siap jerit2 suruh dia orang jalan...
Yasmin sibuk nak masuk playland ni.  sekali masuk kena bayar rm4.  Masa hari Jumaat pun dia minta duit belanja lebih sebab nak masuk playland ni masa pendidikan jasmani.  Tapi aku tak bagi, terus nak merajuk...tau dia cakap apa?? Habissss ibu nak suruh amin duduk sorang sorang dalam kelas ke??? Terror ko menjawab ya...sekali tu cikgu dia tak jadi bawa dia orang masuk playland...hahaha...so hari sabtu tu sibuklah dia nak masuk sini...tak kisah pun kena beratur lama...
Berebut2 nak turun dari ala-ala gunung berapi ni.  Yasmin sekali aje masuk kat situ.  dia kata tak ada gang, tu yang dia tak enjoy sangat masuk sini.
Lepas tu dia duduk aje kat situ, menunggu masa habis...hangin aje aku ngan dia.  Masa nak masuk beria, dah masuk kat situ, duduk diam aje...
Jangan eimran, sampai 4 kali masuk.  Cikgu pun perasan dia dengan kawan2 dia dah banyak kali masuk...hehehe...padan muka ko bang...

29 Julai 2010

Danial


Alaaaa rajinnyer anak aku yg sorang ni. baru 3 tahun tp dah menunjukkan kerajinan dia nak menulis...tu dia tulis atas buku yasmin. beg sekolah tu eimran punyer masa darjah 1 dulu. skrg dah drj 4 malulah pulak nk bawak beg ben 10 gi sekolah. so sumer tu di turunkan kepada danial. skrg ni kalau tanya nak gi sekolah tx, laju jer dia angguk kepala nak gi sekolah!!!bagusss..nanti sonang sikit kojo den tahun depan, tx yah nak pujuk2 kalau nangis...kalau tgk kat gambar tu dah ok cara pegang pensil...cuma pensil tu kena di asah dan mindanyer juga kena di asah bg tajam lagi...
Related Posts with Thumbnails