Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

21 Mac 2013

Novel

Dah keluar cerita kat TV baru aku hegeh-hegeh mencari buku cerita ni.  Hari tu masa cerita Adam & Hawa pun sama...tapi Adam & Hawa tu memang dah pernah baca, cuma Sehangat Asmara ni aje yang tertinggal keretapi sikit...
Buku ni pun aku dah habis baca...best juga.  Sekarang ni tengah membaca buku dari penulis yang sama.  Tajuk buku tu " Chan Rak Ter...Aku cinta Kamu.."  Tapi gambar tak ada pulak.  Camner nak ambil gambar...hp pintar dah admitted kat Samsung...sob..sob..sob...
Gambar PLK dari google
Perempuan Lindungan Kaabah ni memanglah terbaekkk...Pergilah dapatkan sekarang di pasaran...aku hari tu beli kat Konnikuniya KLCC.  
Tu ajelah nak cerita petang-petang ni...terima kasih datang baca.

09 Januari 2013

Tambahan Lagi

Hurrrmmm...tx dpt nak menceceh panjang lebar...mengupdate dr telefon pintar...keyboard kecil, jari besor...asyiklah tersalah tekan...
Tergoda lagi...lalu terorder...kemudian terbayar...akhir sekali sudah sampai dengan selamatnya.

22 Disember 2012

My New Collections

 Bukan selalu pun...
Kad dang...kad dang saja...
ada musim-musimnya
 Beli dengan kenalan di FB
Dapat free gift lagi
 Macam biasa
simpan kat opis dulu...
Tu frame gambar as a free gift
thank you dear
and you too...thank you for reading...

17 Oktober 2012

Buku & UTC

Baru habis baca buku ni.  best...tu ajelah yang aku boleh cakap.  aku bukan reti nak komen lebih-lebih.  yang pasti korang pergilah cari kat kedai buku...sapalah tak kenal penulis terkenal tu kan...fames amos tuh...tak rugi beli.
Buku tu dah habis, buku ni pulak menanti...sebenarnya aku dah pernah baca buku ni dulu, pinjam kat kawan...tapi sejak cerita adam dan hawa keluar kat astro, rasa nak baca lagi sekali...tu yang beli tu.  Aku beli kat kedai buku 1Malaysia kat UTC minggu lepas.  so dapatlah diskaun dalam RM 2.

 nilah kedia buku 1Malaysia kat UTC tu.
ni pulak kedai kain 1Malaysia.
sempatlah juga rembat kain dan tudung untuk yasmin kat sini.
tq for reading...

26 September 2012

Awak Suka Saya Tak

Mestilah sukaaaaa....maunya tak suka...hahhh orang dah lama khatam baca buku ni, aku baru hegeh2 nak baca.  Dah tinggal separuh dah.  Gigih ni nak menghabiskan...oppsss... kang ada lak yang komen, novel baca, al-quran tak baca...takkanlah baca quran nak cakap kat sini.  Yang itu biarlah Allah aje yang tahu...betul tak??
Baru beli kat Popular Ampang Point hari Sabtu lepas.  Menemankan eimran yang sibuk nak tambah game baru kat PSP dia...ikutkan ajelah.  Kali ni tak fikir dah, nampak aje buku ni, terus pegang...tapi sayangnya eimran boleh pulak tak bawa kad popular dia...haishhh kalau tak dah boleh dapat discout.
Tak sabar ni nak menghabiskan cecepat.  Lagipun ada 3 lagi novel yang tengah menunggu untuk di baca.
Tq korang baca entry aku yang ntah apa-apa ni..

18 September 2012

Dalam Diam Ada Cinta

Tak menyesal beli...dah habis baca pun.  Sekarang ni dah bertukar tangan dengan kawan aku.  Masa nak beli tak baca pun sinopsis kat belakang.  Aku rembat aje.  Masa baca tu siap gelak sorang sorang lagi.  Aku kan kalau baca novel mesti nak feeling2 lebih...lepas tu ada ajelah yang menegur, naper ibu senyum sorang sorang...kelakarlah baca citer ni.  Tajuk macam serius ajekan...tapi rugi kalau sapa tak baca.  Pergilah cepat cari kat kedai buku.
Aku rasa tak lama lagi akan di drama swastakan...sekarang ni pun aku terpaksa rela mengorbankan time tidur aku...aku mana boleh tidur lambat, paling lambat pun pukul 10 aku dah kerah anak-anak aku masuk bilik.  Tapi sebab nak menengok Adam & Hawa punya pasal, pedih-pedih mata aku bangun pagi.  Tapi selalunya aku tengok yang marathon aje...hehehe...
Lepas ni ada satu lagi novel...tebal gils.  Beratlah handbag nak bawa gi opis...hehehe...

29 Ogos 2012

Tak Terkata

Memang tak terkata dah aku masa masuk dapur kat rumah Mak De aku ni...bukanlah makcik aku tu yang collect semua ni...ni kerja anak dia lah iaitu sepupu aku.  
Melopong ajelah nengok punyalah banyak...Yang terlekat kat white board aje ada 2.  Dia kata dia paling sayang yang collection Hard Rock tu...Ada yang di beli sendiri, ada jugak beli melalui internet dan tukar ngan kawan kawan..

Bukan setakat FM aje, masuk lak kat bilik bawah tu, ada koleksi kapal terbang...macam-macam airlines ada.  
Koleksi motor pun ada.
Superbike...
en suami aku meleleh air liur tengok motor merah tu...impian yang ntah bila nak jadi kenyataan...

12 April 2012

Isteri Separuh Masa

Tapi aku full time wife tau!!!  Tak ada maknanya half-half ni ya...hehehe...


Buku ni aku beli online kat Kakinovel.  Agaknya sebab ramai sgt yang beli buku ni, jadi penghantaran novel ni terlewat sehari.  Selalunya dlm 2 hari mesti aku dah dapat.  Bunyi macam banyak aje membeli kat kakinovel kan?  Banyak tak banyak lah...adalah 3 novel dah kalau tak silap.


Best cerita ni.  Ada satu part tu memang buat aku gelak.  Gelak yang memang lawak habis...
Khabarnya masa Pesta Buku hujung bulan ni, penulis buku ni akan turun padang.  Nilah penulis buku M.A.I.D juga...

22 Mac 2012

Suka Sangat

Sebenarnya kan pergi CM tu bukanlah nak beli putu bambu sangat.  Itu urusan sampingan aje.  Urusan utama adalah nak membeli FM Kolumpo tu...nampak tak?? Atas Cameron Highland tu...Lepas tu nampak juga negara ku tercinta Malaysia tu...tak kan nak biarkan aje...Harusssss...lepas tu tengok tengok yang lain, jatuh hati pulak dengan kebaya pink itu...tulun bang brahim..tulunnnn...sib baik salegirl tu kata beli 3 ada discount...discount sangatlah tu kan...tapi aku tetap suka...suka dan suka...nanti nak pergi CM lagi...

Ohhh...hok yang ni pun tak bawa balik lagi...tungguuuu...

21 Mac 2012

My New Collections

new fridge magnet ole-ole dari kawan opis.  Paling baru yang cameron highlands tulah...cantik lah pulak...selalunya gambar sayur or lori sayur aje...Lake toba tu pun kira baru juga, last month.  Belum boleh bawa balik lagi, yang dekat rumah pun dah habis rosak di main dek danial...kalau ada yang baru aku selalunya tunjuk gambar aje or suruh dia orang tengok kat blog.

19 Disember 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Dah habis baca buku cerita ni.  Hasil karya Siti Rosmizah juga.  Novel yang ni mengisahkan konflik keluarga...yang mana bapanya tak boleh menerima kehadiran anak keduanya.  Ehhhh...aku bukan terror bab-bab nak mengulas ni.  Tapi confirmed buku cerita ni memang best sangat.
Tak rugi beli.  Silalah cari kat kedai buku popular.  Jangan minta pinjam dengan aku ya, sebab aku pun pinjam dengan kawan.  Tapi di sebabkan jalan cerita yang menarik, rasanya aku pun nak beli satu buat koleksi.

26 Oktober 2011

My New Collection

Tak nak citer banyak, layan ajelah gambar fridge magnet terbaru dalam koleksi aku...Masih elok tersimpan di office.  Tak boleh bawa balik lagi, kalau bawa balik mesti kapal terbang tu terbang satu rumah...hehehe....


Ni sebahagian yang kawan2 kat office bagi...pun tak bawa balik lagi.  Yang kat rumah punya kalau tengok boleh menangis...

07 April 2011

Andai Itu Takdirnya


Aku beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa 2010 tahun lepas.  Dah 3 kali aku baca, berpuluh kali aku nangis...sedih betul dekat certain part cerita ni.  Tak rugi aku beli.  Menyesal jauh sekali.  kawan aku yang recommend kan.  Best sangat novel ni...

18 Julai 2010

Setem


Aku happy sangat sbb dah jumpa balik album stamp yg aku cari2 ni. Ada rupernyer tersimpan kat lam beg2 lama. tp tulah sayang sgt sbb dah kena gigit ngan...
Aku syg album yg hitam ni pasal album ni aku dapat hadiah dr arwah abah aku. dia bagi sbb aku dpt 5A masa penilaian drj 5. sob..sob..sob...sedih dah jadi mcm ni...


Ni antara koleksi setem yg ada kat dlm album tu. Dulu susah sgt nak dpt setem2 cam ni tau, lg pulak sekolah kat kg...manalah ada kedai2 yg jual setem...harap kat cikgu2 yg berulang ke s'ban.
Related Posts with Thumbnails