Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

21 Mac 2013

Novel

Dah keluar cerita kat TV baru aku hegeh-hegeh mencari buku cerita ni.  Hari tu masa cerita Adam & Hawa pun sama...tapi Adam & Hawa tu memang dah pernah baca, cuma Sehangat Asmara ni aje yang tertinggal keretapi sikit...
Buku ni pun aku dah habis baca...best juga.  Sekarang ni tengah membaca buku dari penulis yang sama.  Tajuk buku tu " Chan Rak Ter...Aku cinta Kamu.."  Tapi gambar tak ada pulak.  Camner nak ambil gambar...hp pintar dah admitted kat Samsung...sob..sob..sob...
Gambar PLK dari google
Perempuan Lindungan Kaabah ni memanglah terbaekkk...Pergilah dapatkan sekarang di pasaran...aku hari tu beli kat Konnikuniya KLCC.  
Tu ajelah nak cerita petang-petang ni...terima kasih datang baca.

25 Januari 2013

Novel Untuk Di Jual

 Murah! Murah!  Cepattt...siapa cepat dia dapat...
Aku nak let go novel-novel yang ada dalam simpanan
Sebabnya kat rumah aku dah tak ada ruang nak menyimpan
Sebab utama aku nak beli novel baru lerrr...hehehe
kat shelf tu dah hampir penuh...
kalau aku beli lagi, tak ada tempat nak simpan dah...
lepas tu nanti mesti tak larat nak dengar suara-suara 
sumbangsih kannnn...so sebelum berbunyi
baiklah aku buat sesuatu yang berfaedah...
Untuk novel yang ketebalan yang standard ni,
aku jual setiap satu pada harga RM 12
pada novel yang tebal dan harga asal melebihi RM 30
aku hanya jual pada harga RM 20 sahaja.
 Cinta Awek dan Pakwe
 Gemersik Kalbu
 Suamiku Encik Perfect 10
SOLD
 Kejora Di Langit Cinta
Setulus cinta
 Chan Rak Ter...Aku Cinta Kamu
Jodoh Itu Milik Kita

kalau ada yang nak beli novel lain, boleh jengah kat fb saya ya...
saya kurang update novel utk dijual kat blog...so sudi-sudikanlah 
menjengah ke fb saya.

26 September 2012

Awak Suka Saya Tak

Mestilah sukaaaaa....maunya tak suka...hahhh orang dah lama khatam baca buku ni, aku baru hegeh2 nak baca.  Dah tinggal separuh dah.  Gigih ni nak menghabiskan...oppsss... kang ada lak yang komen, novel baca, al-quran tak baca...takkanlah baca quran nak cakap kat sini.  Yang itu biarlah Allah aje yang tahu...betul tak??
Baru beli kat Popular Ampang Point hari Sabtu lepas.  Menemankan eimran yang sibuk nak tambah game baru kat PSP dia...ikutkan ajelah.  Kali ni tak fikir dah, nampak aje buku ni, terus pegang...tapi sayangnya eimran boleh pulak tak bawa kad popular dia...haishhh kalau tak dah boleh dapat discout.
Tak sabar ni nak menghabiskan cecepat.  Lagipun ada 3 lagi novel yang tengah menunggu untuk di baca.
Tq korang baca entry aku yang ntah apa-apa ni..

18 September 2012

Dalam Diam Ada Cinta

Tak menyesal beli...dah habis baca pun.  Sekarang ni dah bertukar tangan dengan kawan aku.  Masa nak beli tak baca pun sinopsis kat belakang.  Aku rembat aje.  Masa baca tu siap gelak sorang sorang lagi.  Aku kan kalau baca novel mesti nak feeling2 lebih...lepas tu ada ajelah yang menegur, naper ibu senyum sorang sorang...kelakarlah baca citer ni.  Tajuk macam serius ajekan...tapi rugi kalau sapa tak baca.  Pergilah cepat cari kat kedai buku.
Aku rasa tak lama lagi akan di drama swastakan...sekarang ni pun aku terpaksa rela mengorbankan time tidur aku...aku mana boleh tidur lambat, paling lambat pun pukul 10 aku dah kerah anak-anak aku masuk bilik.  Tapi sebab nak menengok Adam & Hawa punya pasal, pedih-pedih mata aku bangun pagi.  Tapi selalunya aku tengok yang marathon aje...hehehe...
Lepas ni ada satu lagi novel...tebal gils.  Beratlah handbag nak bawa gi opis...hehehe...

19 Jun 2012

Akulah Juwita Itu

Perasanlah sangatttt...novel-novel ni bukan aku beli tau...sekadar meminjam dari kawan-kawan.  Kalau drawer aku kat opis ni, penuh dengan ntah apa-apa...sampah sarap + tempat simpan handbag aje.  Tapi kawan aku ni punya drawer...bolehlah dikatakan mini library kat opis.  Telan air liur aku tengok novel dia punya lah banyak.  Tu tak termasuk yang kat atas mejalah, yang dalam handbag(tengah baca) lah, kat rumah pun ada lagi katanya...
Aku berjaya pinjam 4 buah.  Baru habis baca satu..Akukah Juwita?  Best cerita ni.  Aku sampai gelak-gelak baca.  Anak-anak aku pelik aje tengok aku baca buku lepas tu gelak sorang-sorang.  Ibu kenapa ibu gelak?  cerita ni kelakarlah...jap lagi tengok aku duk senyum-senyum pula, tanya lagi, naper ibu senyum?  Bagi aku best cerita ni...keluaran kaki novel.  Silalah dapatkan di pasaran...hahaha...

12 April 2012

Isteri Separuh Masa

Tapi aku full time wife tau!!!  Tak ada maknanya half-half ni ya...hehehe...


Buku ni aku beli online kat Kakinovel.  Agaknya sebab ramai sgt yang beli buku ni, jadi penghantaran novel ni terlewat sehari.  Selalunya dlm 2 hari mesti aku dah dapat.  Bunyi macam banyak aje membeli kat kakinovel kan?  Banyak tak banyak lah...adalah 3 novel dah kalau tak silap.


Best cerita ni.  Ada satu part tu memang buat aku gelak.  Gelak yang memang lawak habis...
Khabarnya masa Pesta Buku hujung bulan ni, penulis buku ni akan turun padang.  Nilah penulis buku M.A.I.D juga...

19 Disember 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Dah habis baca buku cerita ni.  Hasil karya Siti Rosmizah juga.  Novel yang ni mengisahkan konflik keluarga...yang mana bapanya tak boleh menerima kehadiran anak keduanya.  Ehhhh...aku bukan terror bab-bab nak mengulas ni.  Tapi confirmed buku cerita ni memang best sangat.
Tak rugi beli.  Silalah cari kat kedai buku popular.  Jangan minta pinjam dengan aku ya, sebab aku pun pinjam dengan kawan.  Tapi di sebabkan jalan cerita yang menarik, rasanya aku pun nak beli satu buat koleksi.

26 November 2011

7 Hari Mencintaiku & 434

Mana boleh 7 hari jer mencintaiku...bukan ke hari tu kata forever...gediks kan...Tu tajuk buku cerita terbaru yang aku baca.  Dah habis pun.  Tebal kan main lagi buku cerita ni, 1000 lebih muka surat, tapi aku berjaya habis kan tak sampai 7 hari...hehehe...


Penulis buku ni Siti Rosmizah.  Ni novel dia yang ketiga aku baca.  Tengah baca lagi satu novel dia tajuk Lafazkan kalimah cintamu..cam tulah lebih kurang. Bagi aku novel ni biasa aje...tak macam novel dia yang sebelum ni.  Bila part yang sedih tu...tak segan2 airmata aku mengalir laju...novel yang ni pun ada jugak part sedih, ehhh suka2 hati aje nak komen kan...cuba ko tulis novel..padan muka, kan dah kena kutuk...ini adalah pendapat aku saja.  Pendapat kita kan berbeza.  Citarasa kita tak sama.  okey tunggu aku habiskan lagi satu buku tu ya.
Sambil2 baca buku tu minumlah kopi 434 ni.  Lagi terang biji mata.  Aku rasa aku dah ketagih lah ngan kopi ni.  Terima kasih pada kak Linda yang supply kopi ni...Anak2 aku pun sama, pantanglah nampak aku tengah mengacau air, laju aje minta secawan. 

07 April 2011

Andai Itu Takdirnya


Aku beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa 2010 tahun lepas.  Dah 3 kali aku baca, berpuluh kali aku nangis...sedih betul dekat certain part cerita ni.  Tak rugi aku beli.  Menyesal jauh sekali.  kawan aku yang recommend kan.  Best sangat novel ni...
Related Posts with Thumbnails