Memaparkan catatan dengan label sambal sotong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sambal sotong. Papar semua catatan

16 Oktober 2012

Sambal Sotong

Ni pulak antara lauk dinner yang sempat aku masak lepas balik kerja.  Antara coney sausage ngan sup cendawan tu lah.  Aku pun dah tak ingat hari apa.  Kiranya minggu lepas adalah sedikit kerajinan untuk masak dah datang.  
Bukanlah hebat mana pun...setakat sambal sotong ni aje.  Sap sap soi semua orang pun boleh buat...hehehe
Kalau makan dengan nasi lemak sedap juga kan.  Tapi dah buat malam, tak kan nak makan dengan nasi lemak pulak...kang berlemak-lemak lah ahkakkkk...
Tu ajelah satu lauk untuk dinner.  Siang anak-anak dah makan lauk lain...so malam makanlah pulak yang maknya masak.
tq for reading...habis sudah...wasallam

06 September 2012

Nasi Lemak Merdeka

Sesuka hati aje kan nak bagi nama nasi lemak...di sebabkan aku buat masa cuti hari merdeka hari tu, haruslah letak nama nasi lemak merdeka.  Tapi gambar nasi lemak aku boleh pulak lupa nak ambil.  Masa nak masukkan gambar ni baru perasan....sadisss betul!!!
Ulam timun sudah semestinya.  Tak kuasa pulak aku nak mendadarkan telur mata kerbau... cukuplah dengan sambal sotong terendam aje.  Untuk aku ada tambahan petai.  
Disebabkan tak ada gambar nasi lemak, aku up lagi satu gambar close-up sambal sotong ni.  Sedap ke??  Untuk kami seisi keluarga sangatlah sedapppp...mana tak sedapnya, omak eh yang masak...sapalah nak puji kalau tak diri sendiri...

18 Januari 2012

Sambal Sotong & Talam Berlauk

Sambal sotong ni pun menu minggu minggu lepas.  Sotong tu beli kat Tesco.  Dah lama tak nampak sotong ni kat tesco, hari tu kita orang pergi awal sikit, tengok ada...apa lagi...harus mak rembat kan...
Sotong rendam ni sedap aje kalau di masak sambal gini.  Sonang baitu aje nak buatnya.  Blog aku ni kan memang blog sambal kicap...hehehe....masak apa pun semuanya sambal aje.  Jadi haruslah sotong ni pun aku sambal kan dia.
Ni pulak kuih talam berlauk.  Favorite aku nih.  Kalau aku ke Pasar Tani Prima Saujana memang benda nilah yang aku cari dulu.  Takut habis...dahlah susah nak cari...dulu ada jual kat pasar malam, sekarang ni orang tu jual kat Pasar Tani aje.  Dahlah Pasar Tani tu hari Sabtu...memang tak ada chancelah nak sambung tidur lepas subuh.  Balik dari pasar tani baru boleh sambung zzzz...teruk kan...
Biasanya aku akan beli 2.  Satu untuk aku makan sorang-no sharing.  Kedekut kan...satu lagi untuk sapa-sapa yang nak makanlah.  Kalau sampai tengahari aku tengok tak ada juga orang yang sudi makan, haruslah aku juga yang perabihkan...sebab aku mengamalkan jangan membazir.  Membazir itu sahabat syaitannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....renung renungkanlah...***tetiba...***
Related Posts with Thumbnails