Memaparkan catatan dengan label breakfast. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label breakfast. Papar semua catatan

15 Februari 2013

Spaghetti dan Balik Kampung

Breakfast spaghetti sebelum bertolak balik kampung
Kali ni aku tukar bahan sikit...dulu selalu guna
jenama Prego, untuk kali ni aku tukar kepada
jenama Leggo ke apa ntah...tapi dalam botol...
not bad juga rasanya...siap bawa bekal balik kampung lagi..
Balik sekejap aje
Dalam pukul 6 lebih dah balik KL balik...
Tak tahulah bila nak balik kg lagi...
terima kasih datang jenguk kat sini..

31 Januari 2013

Kita Minum dulu...

Lama ya tak ada cerita...cerita biasa-biasa aje...tu yang macam slow aje nak mengupdate blog.  Macam entry ni, bukti sahih tak ada idea...jadi carilah idea dengan mengambil gambar kotak biskut...
Kawan akulah duk cerita masa dia dalam pantang, suka betul makan biskut Jacob's ni.  Sampai boleh turun hampir 10 kg...wahhh itu sudah hebat...masa beli barang kat Tesco hari tu, sambar lah sekotak biskut ni.  Kata nak kurussss...asyiklah duk carry forward azam tahun lepas...hahaha...
Okey dah selamat bawa ke office dan dah selamat di masukkan ke dalam bekas tupperware.  Dan dah selamat juga masuk ke perut.  Nilah breakfast aku kalau sampai office ngam-ngam soi...cicah dengan Nescafe secawan...wallahhh..kenyanglah juga sampai lunch.
Itu ajelah ceritanya.  Tq for reading...

06 Disember 2012

Sarapan Pagi Anak-Anak

Time cuti sekolah ni kan kepala otak asyik duk ingat nak masak apalah untuk anak-anak yang duk kat rumah tu...time cuti nilah dia orang duk nak makannnn aje.  Kalau sempat pun aku hanya boleh buatkan sarapan pagi aje.  Itu pun kalau cepat dan sempat.

 Ini menu breakfast minggu lepas rasanya. 
 Sesekali pekena omputih apa salahnya.  
Ini aku goreng pagi-pagi sebelum pergi kerja.  Balik kerja tengok habis licin, alhamdulillah.
Bukan lah hari-hari pun aku sempat nak siapkan sarapan dia orang ni, kalau tak sempat aku tinggal aje duit, nanti suruhlah abang eimran pergi beli nasi lemak or kuih muih kat kedai belakang rumah.  Paling teruk pun kat rumah ada roti sapu kaya lorrrr...
Mee rebus ni breakfast hari Ahad lepas.  Hari tu kureng sedap pulak mee rebus ni.  Mee rebus ni beli ya...anak-anak aku belikan lontong.
Ni sarapan pagi hari ni.  Saja aku belikan roti canai sebab dah lama tak makan roti canai...asyik roti sapu kaya, nasi lemak, kuih hijau(fav danial)...
okey tu aje sarapan pagi anak-anak aku.  tq for reading...

10 Oktober 2012

Breakfast Dulu

Plan nak pergi Kidzania ni masa bulan raya hari tu.  semua ni gara-gara bengang sebab tadika danial terlepas pandang nama dia yang tak pergi...sian lah kat budak tu...sampai hari ni danial lah orang yang paling happy lepas balik dari kidzania tu...hari2 duk jerit...kidzania..firefighter...disebabkan en suami aku memang selalu kerja sabtu ahad, jadi aku awal-awal lagi dah ajak kakak aku yang kat sa pandan tu ikut sekaligus merangkap driver kita orang...jangan maree...

Dalam pukul 9 lebih kita orang pun geraklah.  Kakak aku nak breakfast dulu kat area rumah dia, tapi anak2 bertuah aku ni dah tak sabar2 nak pergi kidzania, sudahnya kita orang breakfast kat Mc D aje.

Eimran 24 jam ngan PSP dia aje.  Itu hadiah harijadi dari ibu dia iaitu akulah...hehehe.  Menurut eimran, dah 2 tahun dia tak dapat main PSP, so dia nak main for the next 2 years. Ko pernah rasa penampar tak?  Mainlah dua tahun....
muka toye bila suruh bergambar...rasa nak bagi penampar laju-laju...
Berbeza dengan Danial yang happy dapat berjalan...dia batuk masa ni...actually dari hari Khamis lagi dia dah batuk, cepat2 bagi makan ubat takut melarat dan terpaksa batal kan rombongan ini.

02 Oktober 2012

Sarapan Pagi Kami

Nilah antara menu sarapan pagi yang sempat aku snap pepagi sebelum pergi kerja.  Gebus2 mini sausage tu.  Kat dalam tu ada cheese dan ada lagi satu tu ada black pepper. Bolehlah kalau nak cepat pagi2 tu, aku rebuskan ajelah untuk anak2 sebelum ke sekolah.  kadang tu yasmin nak juga bawa bekal ke sekolah agama.  

KFC ni lebihan malam sebelumnya.  Selalunya mmg beginilah kalau ada lebih aje, memang di panaskan untuk sarapan terus ke lunch time.  
Ini pulak idaman tekak aku lama dah.  Beberapa kali pergi ke pasar tani asyik tak ada aje.  Minggu lepas baru dapat...satu tu aku boleh habiskan sorang2-no sharing.  Macam mana nak sharing, tak ada sapa pun yang suka...aku ajelah yang sukaaaa...selamat talam berlauk aku!!
Ni pulak sarapan hari Ahad lepas.  Tak nak makan nasi lemak lah kononnya, so aku belilah mee rebus ni.
Untuk yang lain aku belikan lontong ni.  Nampak sangat kan kemalasan aku semakin menjadi-jadi...berlemak sungguh.  Ehhh ada hari tu aku buat spaghetti untuk dia orang tapi masa tu makan untuk dinner.  Siap aje terus makan, malas benar nak ambil gambar.  Tu ajelah yang rajinnya, lepas tu malas balik...
oklah terima kasih kerana sudi membaca walaupun saya malas memasak..hehehe

06 September 2012

Nasi Lemak Merdeka

Sesuka hati aje kan nak bagi nama nasi lemak...di sebabkan aku buat masa cuti hari merdeka hari tu, haruslah letak nama nasi lemak merdeka.  Tapi gambar nasi lemak aku boleh pulak lupa nak ambil.  Masa nak masukkan gambar ni baru perasan....sadisss betul!!!
Ulam timun sudah semestinya.  Tak kuasa pulak aku nak mendadarkan telur mata kerbau... cukuplah dengan sambal sotong terendam aje.  Untuk aku ada tambahan petai.  
Disebabkan tak ada gambar nasi lemak, aku up lagi satu gambar close-up sambal sotong ni.  Sedap ke??  Untuk kami seisi keluarga sangatlah sedapppp...mana tak sedapnya, omak eh yang masak...sapalah nak puji kalau tak diri sendiri...

21 Jun 2012

Jiwa Kacau

Jiwa kacaulah kononnnnnn...ntah hari apa hari tu aku teringin sangat nak makan roti canai telur.  Memandangkan sampai awal pulak masa tu, tapaulah roti canai telur 2!  Diulangi 2! D U A...Dal wau aliff...cubalah bayangkan makan roti canai telur sampai 2...ehhh dont worry...tak habis pun.  Lepas tu terus sambung makan masa lunch.  So lunch tak payah keluar lagi dah...safe sikit.  Kenyang pun kenyang sampai petang!


Okey tu jerlah nak citer...



21 Februari 2012

Patutlah tak turun-turun berat

 Hahaha...tajuk entry sengaja menyakitkan hati sendiri.  Motivasi untuk diri sendiri pun ya juga.  Jalan 2 round aje pun kat taman...sebenarnya aku nak jalan lagi, tapi hari dah hujan...makan ngalahkan ehem..ehem...sendiri fikirlah kan...


Tu kira sarapan untuk anak-anak juga.  Nanti balik rumah, sure penat nak prepare breakfast dia orang kan.  Senang baitu kita makan aje kat kedai...roti canai untuk eimran, yasmin dan qaseh.
 mee rebus tersedap seantero kajang adalah milik aku...
danial nak makan nasi lemak.  sebab budak ni susah sgt nak makan nasi, aku laju aje ambik nasi lemak bungkus.  walau pun tak habis, tapi masuk juga lah ke perut dia tiga empat suap. walaupun dia tak habis, aku pun tak menghabiskan nasi lemak tu seperti selalu.
 Lontong ni pun tersedap seantero kajang.  eimran punya.  dah lama tak makan lontong ni.  yasmin dapat rasa sikit-sikit aje.  Terus malam tu dia minta nak breakfast lontong.  So as ibu mithali, hari Ahad tu aku tunaikanlah hasrat hati anak pompuan aku tu.  dapatlah dia menikmati lontong lagi sekali.
 nak kuih tapi lepas tu tak nak makan...ni baru namanya membazir.  
danial cukup elergi kalau nampak cupcake cantik-cantik macam ni.  haruslah dia melompat-lompat nak satu...tapi dia makan cream aje.  cake tapau bawa balik.  memang cantik pun cupcake ni..pink kaler gitu...

16 Januari 2012

Sarapan Pagi Anak-anak

Minggu lepaskan berjaya buat sarapan pagi untuk anak-anak.  Lepas tu aku rasa happy sangat bila tengok dia orang selera aje makan pagi-pagi tu.  Siap bawa bekal lagi.  Yang rajin bawa bekal of course lah anak perempuan aku, Yasmin.  Eimran setakat makan kat rumah tu kira dah bersyukurlah tu.  Walaupun bawa bekal, duit belanja tetap di beri, tapi peliknya, bekalan habis, duit belanja pun habis.  Sabar ajelah kan...
Ni sarapan hari Selasa kalau tak silap.  Hari Isnin dengan Khamis setakat ni puasa, so breakfast roti sapu kaya ajelah.  Sosej gulung dengan roti lepas tu golek dalam telur, lepas tu golek pulak kat breadcrumbs.  Resepi ambil kat dalam internet.  Ada ramai dah orang buat breakfast cam ni.  Cicah dengan sos cili lagilah sedap.
Ni sarapan hari Khamis kot.  Goreng nugget dengan fries aje.  So aku tambahkan dengan buah pisang.  Pisang kan memberi tenaga.  Hari Khamis pun aku puasa lagi, tu sebablah dia orang punya breakfast simple aje.
Ni sarapan hari Rabu kot.  Makaroni goreng biasa-biasa aje.  Dapatlah Yasmin bawa bekal ke sekolah.  Aku pun sama bawa bekal juga.  Kenyang makan sampai tengahari.
Macam manalah pisang ni boleh terjunam ke bawah sekali ni...tak kisahlah kan..tapi nilah pisang yang kita orang buat breakfast hari tu.

16 Disember 2011

Breakfast Ahad Lepas

Pertama kali buat fettucini ni.  Guna sos putih yang kat dlm tin prego tu lah.  Aku ikut aje instruction kat tin tu, cuma tambahkan daging cincang Ramly ngan hirisan cendawan butang dlm tin.  


Di sebabkan tak pernah buat, jadi haruslah anak2 aku cam pelik sikit.  Sambutan pun kurang memberangsangkan.  Yang paling lawak, bibik akulah.  Rasa sikit kat hujung sudu terus kemam mulut dia...hahaha...mesti di luah balik kat bilik air tu...cissss....aku yang tengok ni pun rasa nak gelak aje...


Tak perlah...1st time kan.  Nanti bila dah masuk 2nd or 3rd time mesti dia orang semua dah boleh terima kan...

09 Disember 2011

Mee Goreng Lagi

 in the making
Buat mee goreng ni minggu lepas jugak.  Kalau tak hari sabtu, hari ahad.  Buat untuk breakfast.  Aku kan kalau hari sabtu or ahad kena buat yang berat sikit.  Tapi tak selalulah... ikut juga pada tahap kerajinan aku.  Anak2 aku suka aje kalau omak eh yang masak.  Makan bertambah2...aku rasakan kalau kita masak dengan rasa kasih sayang, lepas tu anak2 pulak makan bertambah2 rasa puas sangat hati kan???  Terus jarum meter rajin akan naik mendadak...

23 November 2011

Mee Hoon Goreng

Ni bukan buat untuk makan tengahari ya...ni sarapan minggu lepas.  Hari Jumaat rasanya.  Hari Jumaat lepas eimran ngan yasmin dah tak pergi sekolah, kira dah start cutilah...jadi kenalah aku buatkan breakfast...tapi jangan ingat aku buat setiap pagi lak ya...bila berkesempatan aje.  Kadang2 beli aje kat kedai belakang rumah ni...omak ko kan nak cepat gi kojo...

18 Disember 2010

Breakfast hari ni...

 ala-ala roti john
 roti telur
 nasi goreng
Hari ni breakfast roti john, roti telur ngan nasi goreng.  Heavy giler punyer breakfast...Tapi bukan aku yg buat pun, my darling en suami yg buat...rajin dia... selalu tolong menolong...puji lebih sikit...supaya hari2 seterusnyer pun dia nak buat lagi...muehehehe...
Jommmmm makan...

07 Jun 2010

Breakfast pagi Ahad




hasil gigitan yasmin
Ini breakfast aku ngan yasmin semalam. ala-ala benjo malaysia gitu. ada telur mata kobau, hirisan kobis n bawang besar. letak mayonis n sos cili. kenyang sampai tengahari. lain kali boleh try guna roti burger lak.


22 Februari 2010

Nasi Lemak Kopi O


Hari sabtu lepas, sajer jer masak nasi lemak. ni second time aku masak nasi lemak. masih byk yg nak kena diperbaiki lagi. mungkin lain kali aku nak letak daun pandan lak. dulu masa aku kecik2, tiap kali arwah mak aku masak nasi lemak, mesti dia suruh letak daun pandan(ambik kat belakang umah jer) kasi wangi. untuk lauknyer pulak mungkin aku boleh tambah ayam goreng kot, tp hari tu cam malas sikit nk goreng ayam,lain kali lah. tp gambar kat atas tu gambar nasi goreng the day before. gambar nasi lemak tx load lam folder lagi lah.cisss... nasi goreng tu utk eimran makan sbm gi sekolah. tx ada hiasan, aku cuma masukkan sayur campur(jagung+kacang pea), itupun eimran tx makan, di asingkannya.
Related Posts with Thumbnails