Memaparkan catatan dengan label sate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sate. Papar semua catatan

17 Januari 2013

Sate

Kata duduk Kajang...haruslah tahu kat mana sate yang tersedap kat Kajang ni ya tak...Bagi tekak aku dan anak-anak tetaplah suka sate yang kat belakang rumah aje.  Lagipun kitaorang selalu beli time raya untuk bawa balik kampung...yang belum dibakar lagi lah.  
Macam gambar kat atas tu...tu sate belakang rumah lah.  Nama sebenarnya Mai Sate.
Willy sate pun sedap juga tapi rasanya kalau makan kat situlah, masih panas-panas lagikan.  Aku dah dua tiga kali makan kat sini.  Selalunya berdua dengan en suami.  Nak bawa anak-anak belum berkesempatan lagi.  Tapi hari tu bungkuskan untuk dia orang, nampaknya kurang mendapat sambutan.  Siap boleh panaskan lagi untuk sarapan keesokan hari lagi... muahahha...
Ni gambar yang aku makan kat situlah...
semua orang tahu dah kat mana lokasi sate willy ni...
kat food junction sg ramal...
Datanglah beramai-ramai...masa nak order pastikan
no. meja dulu tau...
Ni baru hari Isnin lepas...kebetulan Isnin hari tu aku puasa, lepas tu kena buat one to one dengan boss...terus sentap.  Nasib baik puasa...Always think positive...Tak tahu masa berbuka nak makan apa...teringat kawan aku kata ada sate sedap kat Sg Sikamat...ajaklah en suami melencong ke situ.  Selalunya memang ramai orang dan kena tunggu lama... Mungkin rezeki orang berpuasa, kejap aje aku tunggu...sempatlah berbuka kat rumah.  Yang ini pun sama, kurang mendapat sambutan juga...slow aje dia orang makan.  Siap tanya lagi tu beli kat mana...
Tu cerita kesedapan kat tekak kami...orang lain aku tak tahu.  macam sate yang dekat Sg Sikamat ni, kawan aku tu duduk kat Sri Petaling...sanggup tu pergi beli kat Kajang ni...Sedaplah tu kat dia orang kan...
Terima kasih sudi datang dan baca...

17 Oktober 2012

Willy Satay @ Ramal Junction food Court

Ni dinner semalam.  Semalam kan hujan...jalan jamm kat kolumpo ni.  Masa kat dalam bas, en suami called bagitahu dia dah on the way balik...ooohhh sukaaaa...terus cakap aku nak turun kat Sg Ramal ni.  Masa aku sampai sini, dia tak sampai lagi, so eloklah aku order dulu satay ni, sebab kat sini kalau lambat dah beratur panjang.
Semalam sedang elok aje aku sampai tu, memang tak berapa ramai sangat orang, mungkin sebab hari hujan.
Kat sini kalau nak order kena sebut no. meja.  So kenalah cari meja dulu baru pergi order.  Sib baik semalam dapat tempat bawah bumbung...alhamdulillah...
Nilah satay willy idaman tekak aku...sedappp...terasa rempah ratusnya...kiranya yang ni kedua sedap selepas satay kat belakang rumah...muahahaha...yang kat belakang rumah jugak yang sedap...dua dua pun sedaplah...
anak-anak aku tapaukan chicken chop aje...
tengok dah beratur panjang...tapi cepat aje servis dia..tak lah lama
mana pun beratur tu...

25 September 2012

Satay...Satay...

Minggu lepas lepaskan, tekak aku teringin sangat-sangat nak makan Willy Satay yang kat Sg Ramal tu.  Selalu lalu bila balik kerja, panjang orang beratur.  Itu petanda awal menunjukkan sedaplah kan.  Tapi memang dah tak ada rezeki aku kot, dua kali kita orang pergi, tutuplah pulak...sob..sob..sob...lepas tu adalah sekali lepas tu ajak jugak en suami pergi lagi, tapi dia sibuk, balik malam, tak sempat nak pergi...makan hati betul aku!
Sudahnya aku order ajelah satay kat belakang rumah.  Kecewa kan...lepas tu rileks aje aku gi order 80 cucuk...hambekkk kau!!  sampai orang tu tanya, ada tetamu ke?? tak lah, saya anak beranak aje makan...ngeh..ngeh..ngeh...
Satay belakang rumah ni jugaklah yang kita orang selalu order masa time raya.  Kuah dia bagi pun banyak.  Aku masih simpan lagi kuah lebihan satay ni, lepas tu makan dengan nasi panas...sedapppp....Satay tu tak habis sekali hadap tau, besoknya jadilah sarapan pagi kita orang...panaskan aje, still sedap.
Lepas tu hari Sabtu lepas my sister ajak pulak makan satay kat Satay Station Kg Pandan tu.  Bolehlah...lama jugak tak makan kat satay station.  Yang lain makan mee rebus, aku aje makan satay...Gambar mee rebus tak ambil pulak...dah aku tak makan, kuasa nak ngambil gambarnya...

Satay daging ni...*mcmlah orang tak tahu*.  Kuah satay dia biasa aje, bagi tekak aku ni, sedap lagi kuah satay yang kat belakang rumah aku tu.  So nanti lepas ni kalau order utk raya, tak payah lah korang nak outer2 lagi.  Gitu pun sedap.  Secucuk satay kat sini RM 1.  Kalau kat belakang rumah aku tu 70 sen.  Tapi yang satay station punya memang besar lah. Meleleh dah ni tengok satay2 nih...tapi nak Satay Willy jugak!!!
Oklah...tq for reading ya.

15 November 2010

Belakang Rumah jer


Ni menu dinner minggu lepas...hari Jumaat kot...aku yg teringin sebenarnyer nak makan sate ni.  Ni bukan hj samuri punyer, ni aku beli kat blkg rumah jer...bagi aku yg pakcik ni jual pun boleh tahan sedap jugak.  Sebenarnyer aku lagi suka beli kat pakcik ni, mmg sedaplah...

Yasmin ngan danial sdg menikmati makan malam...hehehe...
Related Posts with Thumbnails