17 Oktober 2012

Willy Satay @ Ramal Junction food Court

Ni dinner semalam.  Semalam kan hujan...jalan jamm kat kolumpo ni.  Masa kat dalam bas, en suami called bagitahu dia dah on the way balik...ooohhh sukaaaa...terus cakap aku nak turun kat Sg Ramal ni.  Masa aku sampai sini, dia tak sampai lagi, so eloklah aku order dulu satay ni, sebab kat sini kalau lambat dah beratur panjang.
Semalam sedang elok aje aku sampai tu, memang tak berapa ramai sangat orang, mungkin sebab hari hujan.
Kat sini kalau nak order kena sebut no. meja.  So kenalah cari meja dulu baru pergi order.  Sib baik semalam dapat tempat bawah bumbung...alhamdulillah...
Nilah satay willy idaman tekak aku...sedappp...terasa rempah ratusnya...kiranya yang ni kedua sedap selepas satay kat belakang rumah...muahahaha...yang kat belakang rumah jugak yang sedap...dua dua pun sedaplah...
anak-anak aku tapaukan chicken chop aje...
tengok dah beratur panjang...tapi cepat aje servis dia..tak lah lama
mana pun beratur tu...

2 ulasan:

  1. dah lama dengar pasal willy satay ni.. adik ipar pun ada bagi tau pasal willy satay yg sedap sangat.. tapi asyik lupa je namanya.. last2 ke hj samuri gak.. nak kena test gak ni.. mekasih bagi tau..

    BalasPadam
  2. kat sg ramal, kajang. memang sedap.silalah cuba..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails