07 Jun 2013

Like Mother Like Daughter...

muahahahaha...sesuai sangatlah tu kannnnnn...aku sebenarnya tak susah nak makan ubat, cuma tak suka aje...boleh bagi alasan cam tu???  Hari tu masa admitted, dah lah tekak aku tengah pahit, dah tak makan apa-apa 3-4 hari, terus nurse suruh makan ubat lima enam biji...hoooiiii...leks aje aku campakkan ubat tu dalam handbag!  Tak kuasa aku nak menelan tengah tekak pahit masa tu...bila dah baik ni, barulah aku tahu, siksanya nak bagi makan ubat pada orang yang tak suka makan ubat...hahahaa...
Jenuh weiii nak memujuk qaseh makan ubat...dahlah masa tu aku pun baru aje baik...tenaga yang ada pun baru 80% aje.  Bila aku kepit nak paksa makan tu, dia berjaya melawan balik...huishhh teror budak kecil ni.  kalau eimran dulu, kena kepit tu, terus surrender dah...yang ni beberapa kali aku cuba tak berjaya...kuat betul dia!
Nak bagi dia ubat tu dua jenis aje.  Ubat demam ngan antibiotik...kat sejam ada kot aku memujuk dan  memaksa budak bertuah ni.  Cakap lembut tak jalan, aku marah pun tak jalan...tu yang aku kepit aje tu...pun tak jalan juga...jenuhlah berjanji yang ni last makan ubat, lepas ni tak ada dah...Aceh tak nak makan ubat hari isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat tau ibu..! Itu ajelah ayat yang dia duk ulang berpuluh kali...Bila aku dah betul-betul naik hangin, dia rela terpaksa aje telan juga ubat tu...siap standby bekas nak muntah lagi kat sebelah dia...Kita orang sama sebab tak suka makan ubat jer...muahahahaha...

Okey terima kasih datang baca...Salam Jumaat.

06 Jun 2013

Dinner @ Ramal Food Junction

Semalam balik kerja perut aku bernyanyi samba kelaparan...padahal tengahari tu dah makan nasi, still kebulur lagi.  Sejak baik demam ni, nafsu makan aku menjadi-jadi... Tengah elok berkeroncong tu, ajaklah en suami makan kat Ramal Food Junction ni.  Bolehlah pekena satay willy sekali.  Tapi agenda yang utamanya aku nak pekena meatball abang burn yang heboh dah satu tanah melayu ni kesedapannya!
Ko ingat aku tak terliur ke tengok lepas sorang-sorang duk tayang meatball abang burn ni...hoooiiii tak boleh tahan tau...dan semalam berhentilah meleleh air liur aku ni...hilanglah sudah kempunan aku nih...terus terang aku cakap, aku tak berkesempatan lagi nak pekena meatball kat ikea nun yang juga di war-war kan tersehdap kat area kolumpo ni...dah memanjang panjang aje beratur kat food court ikea tu...ko ingat en suami aku suka suki nak menunggu...kim salam...jadi makan ajelah meatball abang burn ni dulu...panas-panas masuk perut aku...sehdapnyaaaaaaaaaaaaaaaa...aku suka kalau perut kosong lepas tu makan something yang panas...fuhhhh rasa meletup-letup kat dalam perut ni...hahaha...Ini pun kira nasib baik abang burn ada buka cawangan kat area kajang.  Kalau tak ada, terpaksalah aku memaksa kakak aku bawa gi makan meatball ni kat Taman Dagang nun...
Ni eimran punya...ayah dia, aku orderkan burger kambing...memula nak makan sate kambing kat willy tu, tapi tak ada pulak.  So makan burger kambing ajelah ya...yang lain-lain berkongsi makan meatball, wedges dan satay willy.  Simple dinner aje malam tadi.

Tu ajelah nak bagitahu...terima kasih datang baca.

05 Jun 2013

Candy Crush

Mengapalah payah bebenor level 147 ni
dah dua bulan rasanya aku stucked kat level ni
menci...menci...menci...
orang yang lambat main dari aku pun
aku tengok kan main mencacak laju aje kedepan dah
hari tu tinggal lagi satu aje
tapi nyawa dah habis...hampir aje aku
nak purchased...sib baik masa tu kat dalam bas...
fuhhh selamat...
jadi teruskan ajelah permainan ini
walau sangat-sangat menguji kesabaran...
terima kasih datang baca...

Confirmed Dengue

Rentetan dari demam hari tu, aku akhirnya memberanikan diri untuk diambil darah.  suhu badan pun masa tu dah 39 lebih...bahang memang berbahang.  Dr suruh balik rehat masa tu juga, tapi memikirkan pasti en suami keberatan nak balik pukul 3 tu, maka aku batalkan juga hasrat nak balik berehat awal kat rumah.  Dr dengan baik hatinya bagi aku cuti rehat on the next day tu.  2 hari terus.  Lepas tu terus cuti Wesak.

Petang sebelum balik, Dr call bagi tahu result darah.  Masa tu platelet aku dalam 197...Dr suspect denggi tapi dia harap tekaan dia salah...atas nasihat Dr, dia suruh aku pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah untuk di ambil darah sekali lagi.  So, the next day tu aku pepagi lagi dah tercongok kat klinik kita untuk di ambil darah...redha ajelah  kannnnn...petang tu platelet aku turun lagi ke 147 gitu.  Besoknya tak sempat dah nak ambil darah Dr dah suruh pergi hospital terus...masa tu aku memang dah lemah sesangat!!  Kat hospital baru Dr ambil darah dan masukkan air...lepas sejam Dr bagitahu platelet aku dah merundum jatuh ke 47...aku pun cam sedih aje masa ni...Dr pun terus suruh admitted.  Lepas 3 botol masuk air barulah aku ada selera nak makan...sedap bebenor rasanya nasi kat hospital masa tu!!muahahaha...

Petang tu juga kakak aku datang hantarkan air zamzam.  Next day tu kawan aku pulak datang bawa air penawar...aku lupa namanya...beli kat surau office kita orang aje.  Bila dah admitted ni, maka melepaslah aku nak makan nasi minyak anak abang aku yang nikah hari Jumaat tu.  sob..sob..sob...

Bila platelet aku makin turun, Dr suruh ambil darah 2 kali sehari...aduhhh sabar ajelah kannnn...paling rendah platelet aku turun 34.  Lepas tu baru naik 40 dan aku terus minta keluar.  Sebabnya hari kedua aku admitted tu, qaseh pun demam panas sampai 40 suhu dia.  Berkejarlah pulak aku ke emergency kat bawah...nurse tolak lah dengan wheelchair!  Sampai kat emergency tu, terus nurse mandikan dia...dan masukkan ubat vontot...malam tu dia tidur kat spital dengan aku...

Aku admitted dalam 4 hari gitu.  Bila kena denggi ni, hospital akan report kat Kem kesihatan.  Malam tu juga orang kem kesihatan called aku interview bagai...tanya keluar kerja pukul berapa, balik pukul berapa, ada makan kat luar tak...bla..bla...macam2lah dia tanya.  Aku pun pasrah ajelah jawab...yang kat rumah pulak lain cerita, ada orang datang checked jentik2.  Bukan rumah aku aje, habis selorong sejalan dengan rumah aku tu di ketuknya...ampun ya jiran-jiran....Hari aku discharge tu pulak, upacara fogging kat area rumah aku.  Untuk rumah mangsa denggi, siap sampai ke dalam-dalam rumah di semburnya! Lepas tu orang tu siap tanya kat budak2 ni, sapa yang kena denggi?  ibu...hahaha...
Ni gambar dia orang sembur kat area jalan rumah aku lah ni...

Ni gambar kat dalam rumah selepas di sembur...buka kipas laju-laju...jenuh jugalah nak mengemop lepas tu.
Ni pulak gambar qaseh nak kena ambil darah.  Diakan demam juga, masa ni platelet dia 97.  Lepas berperang bagi makan ubat demam dan antibiotik, alhamdulillah dia okey, tak kuasa lah aku nak bawa lagi dia ambil darah.  Kesian betul tengok cara Dr ni ambil darah dia.  Aku siap tanya kenapa ambil darah macam tu??? Dia kata, budak2 memang macam tu caranya...

Okey tu ajelah cerita buat masa ni.  Sekarang ni Alhamdulillah...aku dan qaseh dah sihat sepenuhnya.  Makan tak usah cakaplah kannnn...masa nak admit hari tu, kena timbang berat...berat aku turun 3 kilo tuuuuuuuuuuuuu....sekarang ni dah naik dua kali ganda kot...hahahaa...

Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails