20 Ogos 2015

Qaseh

Dialog pagi ini :

Qaseh : ibu, kenapa mak long ayah tu baik? (Merujuk kepada kakak kepada en suami)

Ibu : memanglah mak long baik. Kenapa aceh cakap macam tu?

Qaseh : ya lah...dia bagi macam-macam makanan kat kita (iaitu jajan)

Ibu : hahaha...(gelak besar aku pagi-pagi ni) habis tu mak long ibu tak baik ke? (Merujuk kepada kakak aku)

Qaseh : baik sikit aje...sebab dia suka cakap abang aceh bangla( sambil tunjuk kat danial)

Ibu : ( lagi kuat aku gelak...jujurnya dia)

Kepada mak long ibu...jangan sentap ya....

Terima kasih datang baca...

posted from Bloggeroid

10 Ogos 2015

Cerita Ahad Lepas

Tragedi sangat petang ahad lepas...ceritanya bermula begini...hahaha...skema sangat
Petang-petang sabtu or Ahad memang sangat dinantikan oleh anak-anak aku ni...tak lain tak bukan nak mengajak pergi ke tamanlah...memandangkan sebulan puasa hari tu tak ke taman pun, jadi aku dengan baik hatinya offerlah kat dia orang pergi taman petang sabtu tu lepas majlis khatam al-quran yasmin.  Tapi petang tu, hujan lebatlah pula...so offer tu di tarik balik...dan di cadangkan pada petang ahad pula.  Dan kebetulan hari ahad tu cuaca sangat cantik, dapatlah dia orang ke taman.

Aku yang nak exercise sebenarnya...almaklumlah dah makan macam-macam...exercise satu pun tak ada...bukan nak berlari sangat pun, sekadar jalan kaki keliling taman permainan tu aje...yasmin di tugaskan memantau qaseh dan danial.  Danial pun tak adalah di pantau sangat, sebab dia sibuk mengayuh basikal...


Happy aje kan, bila kehendak hati berjaya di laksanakan...sampailah bab nak ajak balik...
Biasalah tu...tak nak balik...tak puas nak main lagi...ok, ibu bagi 5 minit lagi...cukup time kita balik...masa nak balik ni lah tiba-tiba danial kata dia tak larat nak jalan...amboiiii tadi sakan mengayuh basikal, sekali bila nak balik tak larat pula ya...aku pimpin dia sambil jalan sampai melintas jalan...tiba-tiba dia mencangkung kat jalan...nak tak nak aku dukung juga dia...sambil tu mulut membebel kat dia juga...sekali aku tengok mata dia tertutup dan bibir dia dah putih pucat...aku apa lagi...laju-laju lari balik ke rumah. Tapi masa ni tak panik sangat...siram air dan panggil dia...dia buka mata...bagi minum air...oh ya...masa ni jiran sebelah pun datang tolong panggil dia...tak bagi dia tidur...

Bila dia dah sedar, aku papah bawa masuk rumah...masa nilah aku panik giler...bila aku duduk kan atas kerusi, dia langsung tak buka mata...aku sapu air kat muka pun dia tak bangun...panggil pun tak respon nak buka mata...nampak macam dia sedap sangat tidur...tapi kenapa nak tidur pulak time ni kannn...aku dah selebat-lebatnya hujan...
tapi yang 3 orang lagi tu ingat danial main-main...almaklumlah dia kan drama king.  abang eimran geli-geli kaki pun dia tak respon. qaseh duk cucuk kat pinggang pun dia tak respon...yasmin called ayah dia bagitahu danial tak sedar...mungkin dengar aku menangis, laju aje bapak dia balik...terus bawa pergi klinik dalam keadaan yang tak sedar tu...Doktor terus bagi oksigen...baru dia buka mata...
Bila buka mata pun dia macam terpinga-pinga aje...pandang keliling...nak pastikan kat mana kot.  Aku panggil dia, dia pandang aje.  Lepas tu mata melilau pandang keliling lagi. Aku ada rasa cuak juga di situ...Aku suruh sebut Allah...dia sebut.  

Doktor kata mungkin dia pitam, sebab check perut dia banyak angin...tapi Doktor tetap nak refer ke hospital untuk further check up.  Lagipun ini pertama kali berlaku.  So lepas tu ke hospital kajang lah kita...

Masa kat emergency, doktor terus buat x-ray, ECG dan ambil darah.  Semua tu ok tapi doktor still nak pantau dalam masa 24 jam.  so bermalamlah kami di hospital.
Alhamdulillah masa kat hospital Danial sihat-sihat aje.  Tak ada beza langsung time sihat dengan sakit...sempat juga pow aku kat kedai hospital tu...nak kereta mainan.  Sebab admitted, aku layanlah juga...
Ni gambar Danial tolong bapak budak tu nak bagi ubat...anak dia duk jerit tolong...tolong...hahahaa...pandai sangat adik tu...terus danial datang tolong pegang kepala dia...memang seksa nak bagi budak-budak kecil makan ubat kan...aku dah merasa tu dulu zaman abang eimran.

Tu aje cerita kali ni.  Harapnya Danial akan baca kisah ni.  

Terima kasih datang baca.

07 Ogos 2015

Majlis Khatam Al-Quran dan Rumah Terbuka

Majlis ni berlangsung hari Sabtu lepas untuk Yasmin dan kawan-kawan yang sama mengaji dekat nursery.  Seminggu lagi dia dah sibuk suruh beli bunga telur dengan pahar tu. Bunga telur tu aku beli kat Mydin aje.  Sebab dia perempuan, aku beli yang kaler pink.  Telur tu aku rebus hari Jumaat malam.  Tak pernah buat kerja keras tangan ni, terhegeh-hegeh mengikat telur tu dengan benang.  Esoknya tu sambung ikat dengan dawai.
 Punyalah bersemangat dia nak pergi nursery petang tu, tak sempat nak bergambar kat rumah...bergambar di jalanan aje.  Aku tempah pulut kuning sebab aku mengaku aku tak pandai nak mengukus pulut.  Lagi pun aku punya pengukus kecil aje...tak sesuai nak kukus mengukus ni...takat nak kukus kuih pau 4 ke 5 ketul boleh lah.
Ada dalam 8 orang yang khatam quran beramai- ramai ni.  Budak lelaki dalam 3 orang selebihnya semua perempuan.  Aku rasa ni baru pertama kali kot pihak nursery ni buat majlis seumpama ni, sebab aku ada interview sorang budak yang khatam sama yasmin ni, dia kata dia dah lama habis baca quran, tahun lepas lagi.  cuma majlis khatam baru buat baru-baru ni...
 Pihak nursery baik hati menyediakan cenderahati untuk anak-anak yang dah khatam al-quran ni.  
Yasmin dapat sehelai blouse dan tudung.  Terima kasih ummi!  Pesanan untuk yasmin, ummi suruh jangan berhenti membaca al-quran.  Lepas ni belajar tajwid pula.

Selesai majlis khatam ni, ada majlis rumah terbuka pula kat nursery ni juga.  Memang tiap tahun ada majlis rumah terbuka kat sini.  Aku baru 2 tahun ni menghantar dia orang kat sini, so dua kali lah menghadirkan diri.  

Selesai kat sini, ada lagi satu jemputan rumah terbuka kat kejiranan aku ni.  Rumah kawan Eimran juga.  1st time aku pergi rumah kawan dia ni...dari luar dah cantik aku nengok kan rumah dia...kat dalam lagilah...english style gitu...makanan pun not bad. Ada sate minang, mee bandung, tepung pelita...ehhh macam-macam lagi lah...so kiranya hari tu kalau tak makan malam pun tak apa...tapi petang tu hujan lebat...biasa kalau hujan ni perut mesti lapar kan...anak-anak aje yang makan malam.  Aku dah tak boleh nak masuk dah...

Tu aje cerita hari sabtu lepas.  Terima kasih datang baca.

24 Julai 2015

Raya 2015

Tiba-tiba post pasal raya...tak ada story pasal puasa...shopping raya...baju raya segala, terus lompat cerita raya.  Biasalah tu ya...

Tahun ni aku cuti awal, dua hari sebelum raya aku dah balik kampung.  Semangat sangat kan...Sehari sebelum raya, adalah hari paling sibuk...nak masak rendang, rebus nasi impit..ehhh tu semua sama ngan korang juga kannnn...tapi kita orang ada extra sikit...hari tu juga sibuk cari mesin basuh...hahaha...paksa juga hantar hari yang sama.  Astro pun sama.  kalau tak ada astro...tak tahulah nak kabor kan...

Sayangnya tahun ni, tahap kemalasan nak mengambil gambar menjadi-jadi pula.  Segala penat lelah mengacau rendang tak ada gambar langsung.  Dekat phone aku ada gambar raya semata-mata.  Jadi...jamu mata lah dengan gambar raya aku ya...

Gambar ni minggu akhir puasa...lepas berbuka qaseh tidur peluk kasut raya dia.  Jenuh weiii mencari kasut raya dia tu...haruslah dia tidur peluk kotak kasut tu...
 Baju raya kami...tema tahun ni kelabu.  Baju ni cari last minute kat Jakel.  Maka dapatlah harga happy hour...berbaloi-baloi...orang pun tak berapa nak ramai sangat.  
Pengumuman raya...lepas tu penuh semangat nak dengar takbir raya.
Budak kecik ni memang suka berinai...malam raya tulah kerja dia.  Maklang dia rajin melayan...
Di pagi raya...tu pun tak cukup corrum tu...kakak aku lagi sorang lambat benar sampainya...so kita orang posing dulu lah ya...
Petangnya kita orang dah bergerak ke KL pulak.  Nak raya sebelah en suami.  Memula beraya rumah abang dia kat ampang...ehh dia orang memang semua duduk ampang...aku berkenan kan buaian yang dia orang duduk tu...sib baik rumah aku kecik, kalau tak aku dah merengek kat en suami suruh beli...

Dari situ, kita orang beraya rumah adik ipar pula.  Gambar tak ada.  Macam biasa, dah penat beraya walaupun dua rumah aje...balik rumah sendiri...mandi manda, bersiap nak balik kampung semula.  Dah masuk dalam kereta, aku cakap macam malas aje nak balik. Apa kata kita tidur kajang, esok pagi2 kita balik...mulanya mendapat bantahan dari budak-budak ni...sibuk dia orang nak main bunga api ngan sepupu sepapat kat kampung.
Belanja lah dia orang beli bunga api...settle masalah nak balik kampung...hahaha...


Last sekali...mohon maaf zahir batin kalau ada tersalah bicara...Selamat Hari Raya!
Terima kasih datang baca.

Related Posts with Thumbnails