30 November 2013

Rice Dispenser

Buat pertama kalinya aku tepek gambar rice dispenser ni kat blog.  Aku dah ada rice dispenser ni, dah aku dealer tupperware...haruslah ada seketul, ya tak...
Kalau tengok kat katalog harga seketul tu RM 295.00.  Tapi hari ni aku nak jual at very special price + free postage!  Kalau ada yang berminat boleh email ke pn.noryatimdali@gmail.com.

Terima kasih datang baca.

27 November 2013

Dinner Hari Sabtu

Sabtu lepas aku tak berapa nak sihat, jadi lunch beli aje kat kedai...malam baru aku masak...dah beberapa hari asyik makan ayam aje, jadi mari kita makan ikan pula.  Teringin nak masak siakap 3 rasa, resepi kak ipar.    Tapi aku tetap sesuka hati aje tak kuasa nak sukat-sukat.  Aku ikutlah juga step by step yang aku belajar ngan dia masa kenduri tahlil dulu...ngeeee...tumis lada,bwg putih, bwg merah & halia.  masuk kan sos tiram, kacau sebati...masukkan sos cili dan sos tomato.  kacau lagi.  masukkan kiub pati ayam knorr...masukkan beberapa helai daun limau purut dan serai yang dititik.  kacauuuu lagi...perisakanlah dengan garam dan gula.  masukkan bawang besar yang di dadu.  Aku masukkan juga timun lebihan makan nasi lemak beberapa hari sebelum tu.  Sebelum tu pastikan ikan digoreng terlebih dahulu.  Kali ni aku goreng ikan tu bersalut dengan tepung,kunyit dan garam.  Dah siap, hidangkan lah...

Lepas tu masak pula sayur simple ni...budak-budak makan macam tu aje.  Dia orang suka soo hoon.  Tapi tak tahu nak sebut...mee hoon jadinya.  Suka hati koranglah.  Tapi aku letak nasi dalam sup tu masa suapkan danial dan qaseh.

Tu aje resepi makan-makan kami.  Terima kasih datang baca.

26 November 2013

Sakit Tekak

Aku ni dah batuk dan sakit tekak sejak hari Khamis lepas lagi...Danial dan qaseh pun batuk tak hilang lagi.  Semalam bawa pergi klinik yang ke 3.  Doktor kata, dari pemerhatian di tekak qaseh...dah ke arah pemulihan tapi ada sikittttt aje lagi merah.  

Since dua-dua orang tu dah lama batuk, Dr suruh buat neubilizer malam tadi.  Bila dah buat tu, jelas kat muka doktor tu kelegaan...sebelum tu berkerut-kerut muka dia bila dengar kat dada danial ngan qaseh.  Dan malam tadi dapatlah Danial tidur nyenyak tapi qaseh ada juga sekali dua terbangun sebab batuk.  Sebenarnya dah beberapa malam aku dan dia orang tak boleh nak tidur sebab kejap-kejap danial terbangun batuk lepas tu berlari ke tandas nak muntah...aduhaiii kesian betul kat dia.  Dan Alhamdulillah malam tadi dia tidur dengan lenanya.
cuma sekarang ni aku ajelah tak recover lagi dari sakit tekak dan batuk ni.  Ni stok ubat aku beli kat farmasi.  Strepsils ti dari yang extra strong dah sampai Max aku hisap tapi tak hilang juga sakit tekak dan batuk ni.  Aku siap kemam lagi strepsils tu time tidur...tekak ni tak usah cakaplah macam mana peritnya. 

Dah beberapa hari asyik makan bubur aje...tak boleh tahan, semalam tolak juga nasi masuk ke mulut...hehehe...

Tu ajelah nak bagitahu...korang ada cara lain ke nak hilangkan sakit tekak ngan batuk ni?  Terima kasih datang baca.

23 November 2013

JJCM Pulau Mutiara Char Keow Tiau


Dah banyak kali kita orang ke Pulau Mutiara ni...bukan kat Penang tu ya.  Ni dekat Sg Sikamat kajang aje.  Betul-betul tepi jalan.  Sg Sikamat tu dulu kan jalan lama nak ke KL.  Sekarang ni dah berselirat highway, tapi jalan tu tetap juga sibuk.
This is my favorite...aku akan order tauhu bakar ni.  Tak makan kue teow pun tak apa.  Harga sepiring tu aku tak berapa pasti pula, tapi selalunya bila makan kat sini tak lebih RM 50.  Bagi aku okey lah tu.
Yasmin dengan abang eimran makan char kue teow ni.  Ayah dia orang makan kue teow sup.  Danial dengan qaseh tak nak makan, tapi ada otak-otak, dia orang makan tu ajelah. 
Gambar kedai kat atas nun aku ambil sambil jalan masa nak balik.  Tu yang jadi macam tu...shy-shy catlah katakannnn...

Okey tu aje cerita JJCM kali ni.  Terima kasih datang baca.
Related Posts with Thumbnails