citer sikitlahkan, tiket kidzania ni kita orang beli online masa bulan 9 hari tu. Boleh aje kalau nak beli kat kaunter. mula2 masuk kat sini, kita orang pun blurrr giler...tak tahu nak terjah kat mana. Lepas tu punyalah ramai budak sekolah duk lari2 sana sini...apa jugaklah dia orang ni buat...slowly baru dapat tangkap apa ke benda nak buat kat sini...
so ni kira 1st job dia orang lah kat ward emergency ni. mulanya yasmin tak nak masuk sebab dia takut kena jadi pesakit..sabar ajelah aku.
Yang duduk baju hitam tulah pesakitnya...so yang lain2 tu tukang letak ubat-ubatan ngan plaster segala. Kat sini dalam 10 minit aje kot. Sebelum buat kerja, kenalah dengar penerangan lepas tu ambil gambar, lepas tu gambar tu kalau nak beli boleh beli, tak nak tak payah...harga aku tak ingat, 10 ringgit ke 20 ringgit...
Dah habis kerja, dapatlah upah atau gaji. Duit tipu-tipu aje, tapi kalau di kumpulkan dia orang boleh beli barang kat dlm tu. so tulah 1st gaji danial. terus simpan masuk poket. aku nak pegangkan pun tak bagi...jangan dah besar nanti pun macam tu ...
abang yang malu2 nak ambil gaji..teruk betul dia ni...
yasmin pun dapat gaji jugak walaupun lambat masuk kat sini...
Lepas tu ingatkan nak suruh dia orang ambil driving license, tapi kena pergi check mata lah pulak, dari awal lagi aku tengok kat tempat check mata tu ramai orang...malas nak tunggu. so pergilah buat kerja-kerja buruh dulu.Baru tahu kan betapa susahnya nak dapat duit kan...ingat duit tu datang melayang...jadi lepas ni kalau nak suruh ibu beli sesuatu, fikir dulu 1000 kali...ni tak sedap main order aje! sengih-sengih anak aku bila aku cakap macam tu...
kat mana pun ko pergi, ada aje cameraman duk snap gambar. aku pun snap sekali lah. tapi setakat guna telefon ajelah. Kakak aku nak bawa camera gajah dia tu, tapi aku yang tak bagi, leceh nak mengusung kehulu kehilir...lepas buat kerja kat sini pun dapat lagi gaji. berapa bayaran yang dia orang dapat tu, tak pasti pulak aku. tapi tak adalah mahal pun dia orang bayar, paling mahal 15 kidzo aje.
Ingatkan nak suruh dia orang cuci tingkap bangunan, sekali sampai turn dia orang aje, orang yang jaga tu nak rehat pulak...nak suruh mengecat, ramai pulak. jadinya pergilah jadi ahli bomba. citer ahli bomba lepas ni ya.
terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan