02 Oktober 2012

Sarapan Pagi Kami

Nilah antara menu sarapan pagi yang sempat aku snap pepagi sebelum pergi kerja.  Gebus2 mini sausage tu.  Kat dalam tu ada cheese dan ada lagi satu tu ada black pepper. Bolehlah kalau nak cepat pagi2 tu, aku rebuskan ajelah untuk anak2 sebelum ke sekolah.  kadang tu yasmin nak juga bawa bekal ke sekolah agama.  

KFC ni lebihan malam sebelumnya.  Selalunya mmg beginilah kalau ada lebih aje, memang di panaskan untuk sarapan terus ke lunch time.  
Ini pulak idaman tekak aku lama dah.  Beberapa kali pergi ke pasar tani asyik tak ada aje.  Minggu lepas baru dapat...satu tu aku boleh habiskan sorang2-no sharing.  Macam mana nak sharing, tak ada sapa pun yang suka...aku ajelah yang sukaaaa...selamat talam berlauk aku!!
Ni pulak sarapan hari Ahad lepas.  Tak nak makan nasi lemak lah kononnya, so aku belilah mee rebus ni.
Untuk yang lain aku belikan lontong ni.  Nampak sangat kan kemalasan aku semakin menjadi-jadi...berlemak sungguh.  Ehhh ada hari tu aku buat spaghetti untuk dia orang tapi masa tu makan untuk dinner.  Siap aje terus makan, malas benar nak ambil gambar.  Tu ajelah yang rajinnya, lepas tu malas balik...
oklah terima kasih kerana sudi membaca walaupun saya malas memasak..hehehe

1 ulasan:

  1. assalamualaikum... salam kenal tuan rumah... singgah sini tengok bekfes.. :) and follow skali.. :) sosej memang sedap.. paling anak2 suka.. kan.. :)

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails