danial follow aje abang ngan kakak dia
kan main fokus lagi eimran...sebenarnya main jigsaw puzzle...
ni aku tak tahu dia orang buat apa...dia orang pun tak nak cerita buat apa kat sini...
Last sekali nak masuk cadbury coklat ni, tapi tak kesampaian pulak. masa ni dah pukul 2.30 ptg, dah nak tukar sessi petang pulak. so yang masuk sesi pagi kenalah keluar...tu yang tak sempat nak masuk kat sini...nasib baik yasmin ok, sebab ibu pun dah boleh buat cokelat kat rumah kan...ehhemmni apa ke nama tempat ni, tak ingatlah pulak.. tapi boleh lah untuk anak2 kecil macam qaseh tu nak main and rileks2 kat sini.
yasmin sebenarnya berminat nak jadi cikgu...tapi kat kidzania tak ada pulak...nampak papan ngan kapur tu laju aje dia menulis...eimran gemok ke dimpol...
Masa awal2 kita check in tu dia ada bagi cek ni with amount 50 kidzos seorang untuk kanak2 sahaja. ibubapa tak dapat. Lain kali kalau dapat ni, masuk aje kat situ, teruslah gi cashkan kat cimb dalam tu ya...aku tak tahu, dah nak balik baru nak pergi cashkan...dahlah orang kat cimb tu duk tanya, masuk bila...masuk bila...saya masuk sesi pagi!
kat sini pun semua dia orang kena buat sendiri...punyalah beratur panjang nak bank in kan duit kat cimb ni...danial sibuk ngan duit dia tu
Dah settled semua, dapatlah kad cam ATM tu...aku suruh dia orang simpan sebab dah kesuntukan masa nak pergi memilih barang apa yang nak di beli dengan duit gaji yang dia orang dapat tu...kalau dah simpan tu...faham2 ajelahkan...mestilah kena datang lagi...
Lagipun banyak lagi kerja-kerja yang dia orang tak cuba macam jadi CSI, PDRM, Majistret, Model...eh banyak lagi lah.. tu kilang cadbury tu tak masuk lagi...haruslah kena datang lagikan...tapi aku dah cakap dengan anak-anak aku ni, kalau nak datang lagi lepas ni, sila simpan duit belanja ya. Dah tahukan macam mana susah nak dapatkan duit...bukan terbang melayang ya!!!
Antara info yang aku nak sharekan kat sini dan untuk rujukan aku dan family aku jugak nanti...kat sini ada dua sesi, pagi ngan petang. sesi pagi start pukul 10 sampailah pukul 3. so kalau masuk pagi, by 2.30 pm tu kalau rasa nak membeli membelah ke, atau nak bank in duit ke, boleh lah beratur kat tempat2 tu. Lagi satu kalau nak beli gambar...pun kenalah beratur awal...
Harga makanan kat sini, yang macam aku makan tu setakat fishball ngan air mineral tu, aku rasa oklah...mampu beli lah bak kata orang...hahaha...tak adalah sampai mencekik darah. kalau boleh tahan tak makan sampai pukul 3, boleh aje makan mc d kat the curve luar tu. kitaorang pun sambung jugak makan mc d sebab yasmin kan dah kelaparan...
Harga tiket dewasa RM 35. Harga tiket qaseh pun sama, cuma next year kalau pergi lagi kenalah bayar RM 55. Suka hati nak beli online ke nak beli masa walk in.
Tu ajelah cerita pasal Kidzania. Habis sudahhhhhh...
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan