Memaparkan catatan dengan label kasut raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasut raya. Papar semua catatan

28 Julai 2012

Kasut Raya 2012

Melampau betulllll....tajuk tak agak-agak...hehehe...sajaaa..syok sendiri...kasut raya tu pun bukan untuk aku, untuk anak-anak tercinta.  Tapi yang peliknya, orang yang berpuasa biasa aje, budak kenit dua orang yang tak puasa ni pulak yang hover...kalah abang ngan kakak yg puasa.


Qaseh keluar dari kedai kasut tu aje dah sibuk nak pakai...ko rasa dia faham ke kenapa kita tak bagi pakai kasut baru tu??? ehh dah beli kenalah pakai kan...dan hari-hari selepas itu pun asyiklah duk menerai kat dalam rumah...lepas tu biarkan aje bersepah.  Sekali dua boleh lah aku layan kan, semalam aku dah warning dia dengan danial, lagi sekali ibu nampak kasut ni bersepah...ibu nak hantar balik kat kedai tu...


Tengoklah gambar kat atas tu, sampai tertidur duk berangan ngan kasut baru.  dah lah terbalik!
Ingatkan qaseh aje, next day tu pulak aku tengok danial pun sama dah tertidur dalam terloncat-loncat ngan kasut baru dia tu...masa ni kita orang tengah nak tunggu waktu berbuka.  Hari tu dia tak berjaya nak pakai kasut baru pergi sekolah...siap buat muka sedih lagi...no..no..no..
tengok...dia berjaya juga pakai kasut baru dia tu...eksyennn lah tuuu....
Lepas tu orang sibuk nak beli baju raya, dia sibuk duk kutip barangan Dora...siap cakap lagi tu, Aceh nak ambik banyak-banyak...suka hati ko ajekan qaseh

28 Julai 2011

Kasut Raya

Melampau betul kita orang...anak bulan nak puasa tak nampak lagi, dah beli kasut raya... hehehe...semua ni adalah secara tak sengaja.  Kebetulan masa tu tujuan asal adalah nak beli kasut untuk eimran aje.  Anak bertuah aku tu memang tak suka nak pakai kasut kalau berjalan, dia suka selipar or sandal yang simple2 aje.

Dah hari tu dia nak pergi tengok chelsea kat Bukit Jalil, tak kanlah nak pakai selipar!  Buatnya dlm ramai2 tu bertolak2 dan terpijak selipar dia, tak ke haru???  dahlah dia sorang2 sebab aku mau pun ayah dia tak pergi...nak tak nak aku paksa jugak dia beli kasut sukan.  Aku kata sekali untuk kasut raya sebab dah alang2 nak dekat raya nikan...tapi gambar kasut dia aku tak ambik gambar pulak.  Tulah sekali dia pakai kasut tu, lepas tu masa pergi KL hari tu pakai balik selipar sakti dia balik!

Yang kaler pink kat atas tu untuk yasmin.  dia tak boleh tengok abang dia lebih dari dia.  hangin aku...kita orang belikan eimran kasut dan stokin pun dia boleh kata, kenapa abang dapat 2 barang amin dapat satu aje?  apa yang dua nyer?  tu kasut dengan stokin, amin kasut aje...
Danial ni lagi haru, lalu aje depan kedai kasut terus berkenan dengan kasut tu.  padahal tahun lepas pun beli lebih kurang cam tu jugak.  Tapi dia memang bagus, pakai sampai lunyai...memang berbaloi belikan untuk dia.  Lepas bayar aje kasut dia ni, sibuk nak pegang sendiri beg kasut dia nih, aku pun ok lah...elok sangatlah tu...sekali bila aku dah jalan ke depan, dia kat belakang tengah duk mengeluarkan kasut baru dia ni sebab nak pakai...laa kata nak pakai raya...suka hati ko lah danial...

Okaylah lepas ni cari kasut raya untuk qaseh dan aku lah pulak...oppsss...aku pun nak kasut raya jugak ke?  kasut raya cum kasut kerja...mengadakan...

21 September 2010

Entri Tertinggal...Kasut Raya Danial

Beli kasut ni hari Selasa sebelum balik kampung.  Sebenarnyer nak cari kasut utk abangnyer eimran, tapi bila masuk jer kedai kasut tu, dia terus terpa kat kasut ni, aku pun ok jer sbb mmg tx ada beli kasut raya pun utk dia org ni kecuali yasmin.  Sudahnyer kasut utk eimran tx beli sbb dia tx berkenan.  Anak bertuah aku yg sorang ni dah pandai memilih, tu yg byk tx berkenan di hati dia.  Kalau ikut aku, ambik sama jer ngan danial habis citer.  Kasut raya utk eimran beli pada raya ke 4.  nanti aku story mory...
Related Posts with Thumbnails